Assalamualaikum wbt
Sejak Ahad yang lalu saya hendak menulis tentang hati. Tetapi aturan kita tidak pernah sesempurna aturan Allah. Saya telah menempuh kesibukan yang tidak terbayangkan sepanjang hujung minggu yang lalu. Beberapa malam saya bersengkang mata bertemankan buku-buku dan yang lebih sadis, insomnia makin menggila. Tidak mengapalah. Allah tidak menguji kita jika kita tidak mampu dengan tribulasi yang didatangkanNya itu. Dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Sebelum mengupas soal hati, saya hendak berkongsi kegembiraan saya mendapat markah penuh (120/120) dalam Research Project on Public And Social Medicine (PSM). Saya telah memilih untuk membuat laporan berkenaan Pengurusan Jangkitan Influenza (Management of Influenza Infection). Laporan saya merangkumi cara mencegah (prevention), rawatan (treatment), fungsi ahli keluarga dalam memberikan sokongan dan motivasi (support and motivation from family members), masalah wanita dan kanak-kanak dalam dunia berkaitan Influenza (I make it on Pakistan's women and children's health problem) dan cara hidup sihat (healthy lifestyle). Kajian yang sangat berbaloi. Banyak masa saya terluang dan terbuang untuk menyiapkannya. Dan ketika diviva oleh pensyarah, Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sangat lancar.
Kembali kepada topik. Hati. Hampir 5 malam tiada istilah tidur yang sempurna untuk saya. Dan dalam pada itulah saya banyak bermonolog ketika diri sedang sibuk dengan nota-nota di keliling badan. Kadang-kadang diluar sedar, hati kita memang bermasalah. Bukannya kerana infeksi atau bengkak kerana komplikasi kesihatan tetapi masalah jiwa yang semakin berkarat. Banyak teori yang boleh kita baca untuk menyucikan hati. Teori teori teori. Tapi di mana aplikasinya? Tidak terlalu melampau jika saya katakan ramai orang yang berdekah-dekah kuatnya bercakap tentang konsep penyucian hati dan tazkiyyatun nafs (penyucian jiwa) dan segala macam yang lain sedangkan mereka sendiri terlibat dengan seribu satu bentuk masalah yang melibatkan hati.
Saya teringat pesan emak. Emak memang sejak dulu selalu mengingatkan supaya saya banyak berzikir. Dan saya 100% bersetuju, zikir membawa ketenangan, memberi rehat dan merawat hati. Dengan zikir, kita tidak perlukan percutian ke Sydney mahupun Mauritius untuk mencari ketenangan. Berteleku sebentar, kesan jejak hati, di mana salah silap dan beristighfarlah. Erti berzikir itu bukan sekadar berselawat memuji Rasul Junjungan. Inilah silapnya mentaliti Melayu-Muslim. Zikir adalah selawat. Selawat adalah zikir. Itu salah.
Zikir adalah implimentasi kita untuk mengingati Allah. Dalam cubaan yang bagaimanapun. Ada yang bertafakur, ada yang bermunajat, ada yang solat dan mengaji dan ada yang menangis menyesali diri. Ini semua cabang zikrullah yang boleh menyucikan hati. Jangan kecilkan skop berzikir itu dengan merasakan tempatnya adalah spesifik di atas sejadah. Bajunya adalah telekung dan pakaian solat yang sempurna. Duduknya pula perlu bersila. Jarinya pula perlu diulit butir-butir tasbih. Bukan. Bukan begitu.
Secara peribadi, saya akui dengan bersendirian di waktu malam, bertafakur, muhasabah semula diri dan dilengkapi dengan solat sebelum tidur adalah zikir terbaik untuk mengecaj hati. Mengecaj semagat, kekuatan, ketenangan, kesegaran dan yang paling utama, hati terasa kuat dan dekat dengan Allah. Ego hilang. Tutur bahasa lembut. Diri semakin rajin dan banyak lagi tanda positif yang boleh saya kesan terbit dari kesan zikir ini. Mungkin ada yang tidak percaya. Buatlah dulu dan alami sendiri keajaiban zikir. Ketenangannya buat saya rasa tidak tidur berbulan pun tidak mengapa. Metafora sunguh bunyinya. Ingat, kita juga ada tanggung jawab pada jasad fizikal. Badan kita masih perlukan rehat yang nyata. Jangan jadi macam saya. Sanggup kurangkan rehat untuk bangun mengemaskinikan blog (aduh).
Hampir 5 malam tidur saya tidak terurus, sudah pasti air muka pun terasa tempiasnya. Jika setakat hendak bergantung pada krim pelembap, penyegar dan segalam macam produk kecantikan lagi, jangan haraplah kita dapat kembalikan seri wajah. Seri wajah datangnya dari hati yang segar bersih. Hati yang segar bersih lahir dari jiwa yang tahu untuk menyucikannya. Jiwa yang tahu itu datang dari akal yang diguna dengan sebaiknya. Dan akal yang baik itu datang dari iman yang terpasak dalam dada.
Hati kita perlukan sumber kekuatan. Carilah sumber itu supaya kita tahu di mana untuk memujuk hati andai tribulasi datang lagi.
__________________________________________________________
Hari buat dia:
63) Wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, atas ketaatan kepada-Mu dan atas jihad pada jalan-Mu.


28 comments:
good info...all the best, selamat berjaya
Assalamualaikum
"Hati untuk dijaga, bukan untuk dimanja."
Kak Sarah, I am back! The highest gratitude goes to HIM.
I still have a lot of things to recall and I will take my time.
InsyaAllah, I will write something soon.
Take care.
thnx 4 the article
*Duhai hati,tetaplah di atas Jalan-Nya
Tahniah dr.Sarah
@-}-
:)
ya, kadang2 orang selalu lupa...thanx for this entry, rasa insaf sebentar bila singgah ke page nie...
tahniah Sarah.. keep up the good work.. full mark :)
p/s: i've linked u to my blog.. love ur blog
Hati : topik yang menarik tapi merbahaya :P
salam..
nice post kak..congrats for the full marks tau..i'm starting to feel the heat of being a medic student..but iA all the sacrifice's worth it..n ur blog is very important n precious for u n for others as well cos there's so many messages in it..so keep it up KS but do take care of urself gk..huhu.. cek out [[As-Saff:14]]
wassalam..
salam,sarah shayang.
rindu ! rindu!
ini penyakit hati :P
Salam utk semua:
Mak Su:
sama2 berkongsi. trma kasih mak su!
Alif:
Alhamdulillah!!! u are back! lega. "Hati untuk dijaga, bukan untuk dimanja." --> ni YM status kamu yg slalu ks nampak kamu guna. alif, teruskan hidup dgn semangat yg kuat!
Oneib:
semoga kita semua teguh di atas jalan-Nya..
Anon:
terima kasih :)
Hazreen:
utk renungan bersama. sbb diri sndiri ni pn slalu sgt lupa2 :( smga kita diberi kekuatan.
Lin:
thanks lin... syukur Allah beri sy semangat n kekuatan utk siapkn project tu on time :) n trma kasih sbb dh link kn blog.
Mimie:
hati yg tgh kecewa plak nak buat mcm mana ye cik mak org? heheh
Nazirah:
Thnks nazirah. kita selalu dgr org sebut2, study no. 1 tapi dakwah bukan no. 2.. tapi praktikalnya??? tepuk dada tanya iman. dakwah pun banyak cabangnye jgk kn :)
Ryn Rynak Yg Sgt dirundui:
kalau sy cakap 'sgt dirindui' tu, maksudnya hati sy 'sgt berpenyakit' la ye? :p ryn, sorry sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt pasal semalam. serius x sedar wkt tu.
congrats sarah on a job well done..hebat bakal dr ni boleh dpt 100% tu..keep up the good work sarah..
Tahniah..kejayaan itu satu permulaan...permulaan kepada mencipta lebih byk kejayaan...
pasal hati...ikut hati mati..ikut rasa binasa...ikut hati bole mati segala kerusuhan, ikut rasa bole binasa segala kedukaan...positive reflexion
err..nak try amal kan berzikir moga dilapangkan hati...
salam.
ooo.. ni la yg ks buat time wanie jumpe ks depan hall pg td. igtkn ape la..
cakap pasal hati ni, susah nk ditafsirkan kn? mmg kene alami sendiri baru boleh rase kesan zikir tu pada hati. mmg terbukti dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.. *esp bile wanie tgh rase down mcm nih.. =P*
hurm.. lg satu, wanie sgt setuju dengan ks. dgn sucinye hati, terpancarlah sinarnye di wajah.. kdg2 org tu xla cantik atau hensem sgt, tp bile kite tgk mukanya, kite lak yg rase tenang.. kn..kn..kn?
*serupe mcm wanie lak yg post entri*
hehe... tahniah la untuk ks for PSM project tu. u deserve it!
~ congrats sarah ku !! well done.. :)
~berzikir bila nmpk bulan..
~berzikir bila nmpk matahari..
~berzikir bila nmpk bintang..
hebatnye ALLAH menjadikan sesuatu dgn hikmah tersembunyi..hanya yg bersyukur sje akan merasa nikmatnye..
Setuju dengan doa "Ya Muqollibul Qulub, Sabbi Qalbi Ala DiNika..."...Ustaz2 dulu pesan baca sebelum beri salam setiap solat...Tahniah di atas tulisan yang memberi faedah kepada semua.
Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]
Hati yg luka, jika diberi kepada Allah nescaya akan dipulihkan olehNya.. =)
wah2,mabruk 'alaik..bagus sarah..sy skrang tgh round peds..sgt2 best..hehe...
btw,pernah x dgr nama syndrome ni "robinson tiny syndrome"...not sure ejaan dia mcm mn...tp lbh krg mcm tu rsnya...saje je tanya kot2 sarah pernah dgr...hehe...nak cr sket info psl tu^_^...
all the best in everything u do ya habibati:)
UncleJ:
thank u uncle. insya allah i'll. pray for me.
Arsaili:
many thanks. betul tu. ikut hati mati. ikut rasa binasa. tp dh nama pun manusia kn. sume pun nak buat ikut suka.
Wanie:
trma kasih wanie. ks down jgk lately. tp kita kena tahu how to manage it. cari sumber kekuatan yg boleh motivate diri. ks doakn u all utk sume test yg ada dlm masa seminggu ni.
Auntie Combi:
trma kasih auntie. doakan sy ye.
Mr. Tomyam:
Allahu ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ala dinik, wa ala to'atik, wa ala jihadi fi sabilik. amin..
Syam:
betul tu. hati yg elok diberikn pd manusia, risau akhirnya akn dihancurkn. hati yg hancur diserahkan pd allah, pasti dibelai dan dipulihkan.
hmm.. semoha hati kita tak hancur di dunia ni.
Faaiqah:
syukran habibati.. rindunye kat awak.. sy dh abis peds. hmm.. rare syndrome ni x blaja dlm kls. tp td sy google sat. ada la jumpa. knp? awk kena study rare cases jgk ke?
all the best to u too habibati. doakan sy.. doakan kita!
alif!!!
"Hati untuk dijaga, bukan untuk dimanja."
(sorry kak sarah, gunakan blog akak lak!)
alhamdulillah u're back! Subhanallah~
speechless!!
btw, kak sarah, terima kasih untuk perkongsian. semoga memperoleh genjaran dengan entry yg bermanfaat seperti ini. :)
salam..
u have just written something that i could never express in my own words..
exactly what i'm going through..
it feels good..
thanks :)
Ohh!
Terima Kaseh untuk entri ni..
Termenangis.. *sebak*
salam...terlalu menarik entry sarah kali ini...suatu perkongsian yang bersifat menyeluruh, semoga apa yang telah sarah nukilkan dalam entry ini akan memberikan serba sedikit panduan kepada seluruh pembaca...sy bersetuju dengan konsep zikir yang sarah cuba ketengahkan...Tahniah sarah!!!!
sarah, tahniah!!!
lagi afdal kalau sarah tidur dulu sebentar, baru bangun bersolat di tengah malam dan bertafakur.
Aini:
syukur alif dh kembali kan :) :) :)
semoga kita sume diberikn kekuatan.
Dr. Am:
yup..it feels good. agknye sy ni ada ilmu psychic dpt baca apa dlm mind dr. am kot. heheh.
Cik Ati:
jgn la nangis...
nnti sape nk tolong tenangkn. ur sweet heart ni jauh ni. x dpt nk tepuk2 kasi tenang :)
Hidayat:
berkongsi utk baiki diri. sbb diri ni sgt byk kurangnya. perlu sntiasa diingatkn spya x lupa. kan?
Azah:
haah. itulah yg sebaiknya. dpt beberapa minit pun sbnarnye dh mencukupi utk melengkapkn maksud qiamullail tu. azah, jom qiamullail mlm ni! :) suruh ryn n tirah skali. cukup korum.
info yg baik... :)
i like it.
selalu bab terbangun waktu malam tu susah sket. dh tido, susah betul nak terjaga walau alarm dh set...
aiii
ai kak sarah.. keep up ur great workk.. i like itt....tp kak sarah ni kira beruntung.. ada peluang ke over cc... dannnn ada seorang mama yang sayang dan memahami... sayang , kasihi dan hargailah seorang insanm bernama mama tercinta.. itulah kekasih hati kita...... itu juga yang telah pasti dapat bahagiakan kak sarahhh... anything nice to meet you... anyway contact me at
www.sha.nuer@yahoo.com
Post a Comment