Assalamualaikum wbt

Adlan Mohd Shukor
Selamat hari lahir yang ke-18
Semoga Lan menjadi anak yang soleh,
mendengar kata,
dihiasi akhlak terpuji
dan tamat belajar dengan jayanya.
Adlan merupakan anak keempat daripada kami berlapan. Dia kini sedang berada di Terengganu menghabiskan kursusnya. Semalam saya menelefonnya untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Rupa-rupanya saya tersilap waktu! Di Malaysia baru pukul 11 malam! Reminder yang saya setkan di handphone adalah mengikut saving time di sini. Jadi beza waktu adalah 5 jam. Sedangkan beza waktu Moscow-Malaysia masih lagi 4 jam sahaja.
Sedari kecil sehinggalah dewasa, inilah teman bergaduh saya ketika di rumah mahupun di dalam kereta. Tidak sah jika kami tidak mempersoalkan perkara-perkara remeh. Naluri seorang kakak. Siapa yang tidak sayangkan adiknya. Marah-marah pun, tanda sayang sebenarnya.
Semoga Lan berjaya di dunia dan akhirat. Ngah sayang Lan.
Nota:
Gambar di atas diambil ketika di KLIA. Sesungguhnya di KLIA itulah satu-satunya saat kami sekeluarga sempat berkumpul bersama kerana sepanjang cuti lepas, adik-adik saya tidak dapat pulang bercuti pada masa yang sama. Seorang di Bukit Jalil, seorang di Dungun dan seorang di hostelnya. Dan mereka itulah askar-askar keluarga saya! Selepas ini, tiada lagi sambutan ulangtahun dalam keluarga saya :) (Adlan - berkemeja-T biru muda di belakang)
Update yang ringkas saja untuk kali ini. Bila saya sudah sihat dan punya masa, saya akan update lagi, Insya Allah. Bagaimana dengan tadarus di bulan Ramadhan ini? Sudah khatam? Alhamdulillah, saya telah khatam 3 hari yang lalu. Tahniah buat sesiapa yang telah khatam (Acai) dan selamat membuat pecutan terakhir bagi yang belum khatam lagi (pecut Dayat, pecut).
Mari mengimarahkan malam-malam terakhir Ramadhan!
____________________________________________________________________________
Hari buat dia:
57) Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.
Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).
Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang dibuat dari Nur.
Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).
Malam ke-25:
Allah akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke-26:
Allah akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadah.
Malam ke-27:
Allah akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Siratal Mustaqim seperti kilat yang menyambar.
Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 darjat di akhirat nanti.
Malam ke-29:
Allah akan mengurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."


13 comments:
Selamat hari lahir jua Encik Adlan. All the best for your future may leads.
Sudah sampai garisan penamat ya. Nicely done Sarah. Saya sudah sampai garisan penamat seminggu lepas. Seronok rasanya. Bagi yang mereka sedang sprint laju laju tu. Gandakan kelajuan. Jangan takut speedtrap. Redah je caruk biar sampai destinasi. Takdenye eksiden. Eksiden time Tajwid tu biasa la, tak mati. Sila mula kembali. Hehe.
Hopefully by the time saya tekan Submit utk caruk entri ni kat komen. Sarah dah sihat walafiat spt biasa, at least kurang sikit batuk tu. Didoakan yang baik-baik saja.
Fi Amanillah.
Azwang.
slm wak, alhamdulillah awkpun dah abis tadarus wak:) sypun ada 2 group lum siap nih,hihi..happy birthday untuk adik lan ye..moga apa yg diimpikan dalam hidupnya akan jadi kenyataan,amin...moga sentiasa berada dibwh lindungan dan rahmatdariNya,amin..
Selamat ulang tahun untuk adik Sarah en. Adlan..
Salam sarah sayang...
Selamat ulangtahun buat Lan..
:)
oh oh..
tak sehat ke?
patut pun peluncurannya agak perlahan minggu ni ek..
cik ati doakan sarah sehat-sehat ek..
jangan tensi-tensi :)
sarah, ucapkan selamat pada adlan ekk...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
kepada sarah, jaga kesihatan tu tau...byk2 kan berehat!
*kerisoan mode activated*
terase mcm nak membebel macam sorang makcik jek.ahaks!
hepi besdei utk incik adlan.
cik ryn berkenan nan si baju puteh.kahkah !
tp your bro totap dlm hati *malo2*
salam ziarah...
selamat berpuasa n selamat hari lahir...
moga dirahmati selalu....
dan berjaya dalam hidup....
assalammualaikum, akak,
sampaikan salam birthday kat adik lan. beza bape tahun boleh kire tak? hahahahah! larik larik larik!!
btw, selamat sembuh. :)
Salam to all,
Azwan:
terima kasih on his behalf.
sy masih sgt teruk di saat sy membalas komen ni :(
Faisal:
terima kasih on his behalf.
oh, ada 2 group yg lain jgk ke? all the best. smga dpt khatam on time..
sy punya group tadarus pn x khatam lg. yg khatam tu yg sy baca sndiri2.
oneib:
terima kasih oneib~~ :)
Cik Ati:
Terima kasih cik ati.
haah tak sihat. jgn la kena beraya di hosp..sedey..~
eh eh..knp di delete.. surirumah tak bertangga ye? huhu..nanti2 bertangga la tu ;)
Azah:
adik sy lan ucap thnk u.. huhu
iye tatat ajah. sy akn berehat.
tp penat la asyik rehat je.. tp sakit :(
Ryn:
lan pun ucap thnk u pd ryn :p
oh..ramainye yg suka adik sy yg baju putih tu. Adi nama dia. kalau jln dgn dia, sume org asyik pndang dia je. huhu. Tp dia bru 16 ok.
tp tetap mahu my abang ye? ye... sy doakn :)
Farid:
adik sy ucap thnk u :)
terima kasih sbb ziarah lg. sy sempat jenguk je blog awk x sempat meninggalkn jejak lg. nnti tunggu sy sehat dulu baru boleh rayau2 blog org lama2 skit ok :)
Aini:
lan ucap thnk u! umur beza dlm 2-3 thn kot. huhu. sempat lg tu nk tny beza! masih sakit lg. tp insya allah akn cuba menyihatkn diri dgn cepat, bi iznillah.
salam ziarah.
1) Lan, selamat hari lahir! moga pnjg umur, sihat dan diberi kekuatan utk mengejar syurga Allah.
2) Get well soon KS.
I see.
It's awkward to see you very quiet here and there.
Sarah dear, take a good care of yourself.
Post a Comment