Sunday, October 12, 2008

Hari Minggu

Assalamualaikum wbt

Kelmarin, saya hanya 2 jam sempat lelapkan mata. Itupun hanya setelah 25 jam tak tidur. Awal pagi semalam sudah bangun untuk menyiapkan kuah kacang. Menjelang tengahari semuanya selesai dan saya terus tidur. Bangun saja sudah Zohor. Mengemas rumah ala kadar, bersiap dan sudah mula ada tetamu datang ke rumah.

Untuk Rumah Terbuka universiti anjuran SMSA kali ini memang meriah. Yang datang terlalu ramai sehinggakan makanan tidak cukup. Saya kasihan melihat mereka yang datang di penghujung acara. Ada juadah yang mereka tak sempat rasa. Dapat saja makanan, saya jamah hujung-hujung jari saja. Terus saya ambil keputusan balik ke rumah. Makan di sana sajalah. Rumah pun di tingkat 2 saja. Angkat kaki.

Di rumah, baru makan sedikit, saya dah berhenti. Ada 3 sebab. Pertama, kalau saya dah terlalu lapar (tak makan apa-apa langsung sejak sehari sebelum itu), saya memang akan hilang selera untuk makan bila makanan sudah di depan mata. Kedua, kerana terlalu letih. Ketiga, kegelian melihat telatah beberapa orang yang membuatkan selera makan saya terbantut. Terus saya masuk dapur untuk mengemas. Dapat panggilan daripada junior. Mereka dalam perjalanan ke sini. 9 orang. Alamak. Makanan di rumah terbuka itupun dah habis, takkan nak biarkan mereka pulang begitu saja, kan. Terus saya keluarkan ayam dari peti. Sediakan bahan-bahan untuk buat rendang. Emy tanak nasi dan Fatt sediakan bahan-bahan untuk nasi goreng. Selesai menggoreng nasi, barulah saya dapat menyentuh air. Saya minta Pena belikan. Wajib air sejuk. Sebab berperang di dapur memang sangat panas rasanya. Selepas Maghrib, kami pun makan beramai-ramai.

Selepas tetamu beredar, ada Auyun dan Kreen di rumah saya. Ini rakan 1 batch. Kami pun apa lagi. Berbincang (baca: berborak kencang) tentang isu sejagat. Homoseksualism. Masalah besar ni. Tunggu entri seterusnya untuk kupasan lanjut. Menjelang 11 malam, rumah pun kosong. Saya dah tak larat nak mandi dah. Terus tidur. Sudah 2 malam saya tidur tanpa mandi terlebih dulu. Bau dapur sudah sebati dengan bilik.

Apa saya tunggu lagi merepek-repek di sini. Hari ini hari Ahad. Saya perlu membasuh baju yang sangat banyak. Hajat asal hendak ke Kedutaan hari ini. Ada program di sana. Tapi, malas lebih dominan dan badan lenguh-lenguh. Ate kalo udah maleh tu, maleh le jugak. Ye dak? Hehe. Keknye nok gonekan. Badan kome ni dah tak 'ghok' nak kulu-kilir. Terkohoit dah.

Nota: Siapa faham apa saya tulis di hujung tu, memang saya tabik springlah =)

40 comments:

Inah said...

kalo malas tu malas la jugak..ye kan?? hehe..tapi nak buat mcm mana..badan saya ni x larat nak ke hulu hilir :P..

terkohoit tu x sure ape :P

hi sarah!! rindu sama budak kecik ni :)

Anonymous said...

terkohoit tu penat melampau.

spt:

terkohoit badan koi ngangkat pasu tok kat tebing nun.

hehe.

translate inah tu betul. kefahaman secara mudah.

eh! sapa org temerloh sbnrnya skrg nih. hihi

Anonymous said...

Kak Inah:
haa. bagus3 :D boleh tabik dah ni. tp tak boleh nak spring toing2 lg. hehe. caya la kak inah~

Cikgu Jawe:
haa. cikgu tak aci tau. sy tau cikgu rujuk ke entri lama yg Bahasa Pahang tu. tak aci sungguh. cikgu baca kat komen2 kat bawah tu kan. tp boleh la jgk sy kasi tabik kat cikgu. sbb terer rujuk ke entri lama. huhu =p

Anonymous said...

kekekeke..

kantoi!

hehe.. lain kali tutup le dulu n3 bhs pahang tu. mcm meniru time exam le pulak ye. tp tu le usaha aku dptkan maklumat kan. hehe

dlm bhs jawa penat melampau disebut kesel banget. hehe

Nurul Nadiah said...

Sarah,

heheh, yg hujung tu 1 je saye x paham, 'ghok'! yg laen tu rasa2 lulua dah =p

** tak mengantuk ke tak tido cik sarah oii =p

Anonymous said...

Cikgu Jawe:
ha tu la. cikgu kantoi dlm dewan peperiksaan. huhu. oo gitu ye dlm bahasa jawe. mari sy cuba buat ayat:

Acai bekerja sampai kesel banget sehingga melupakan saya di sini. Maka saya bersedih hati.

Huhu =p

Nurul Nadiah said...

cikgu:

saye ingatkan cikgu cakap 'indonesia' kesel banget - kesal sangat.

rupanya jawe..

isk isk isk..

mate sungguh 'kero'

Anonymous said...

Nadia:
'ghok' tu sebutnya 'rok' tp 'r' tu pekat mcm huruf 'ghain'. hehe. maksudnya 'larat/terdaya'. kalau badan dah tak ghok, mksdnya, tak lawat sungguh la tu :p

hehe. sy dh biasa gini nadia. awk ni mcm tak kenal je lg sy ni camana ;)

Anonymous said...

Nadia:
hehe. sampai ke situ awk fikir ye nadia ;)

Nurul Nadiah said...

nak komen jugak.
tak kire!

kepada acai:
mengapa bekerja sehingga 'kesel banget' sehingga melupakan cik sarah.

huhu

ok. dah.

nak pi solat =p

Anonymous said...

Nadia:
sy rasa acai terbatuk-batuk dengan My Worm dan My Cow dia kat rumah dia nun. hehe ;)

Anonymous said...

erk.. acai!. ojo koyo ngono too.. sangking tenanan kerjo ne riko. wes kesel2 banget sampek kelalen cik sarah iki. nde'e kelayu riko rupane.. huhuhu

ekekeke..

nadia: ada komen baru kt blog awak. hehe

Anonymous said...

Cikgu Jawe:
huwa.. silalah bagi subtitle cikgu. takpe.. sat lg sy dapat SOS dpr wanie. kalau dia pun tak faham, sy paksa dia tepon mak dia. ekeke.

Shazwani Adnan said...

salam.

ojo koyo ngono too.. sangking tenanan kerjo ne riko. wes kesel2 banget sampek kelalen cik sarah iki. nde'e kelayu riko rupane..

Memandangkan saya ni hanyalah jawe pada nama, bukan semua words saya tahu translate. Tapi lebih kurang macam ni kot :

jangan macam tu.. penat betul kerja awak tu. dah penat sangat sampai terlupa cik sarah ni. Dia ikuti awak rupanya.

Tapi CJ kena betulkan. Sila.. huhu

Anonymous said...

Wanie:
alamak. tu ke maksudnya. aishh cikgu ni. ada2 je la cikgu ni. terima kasih wanie!

laki cikgu kimia said...

ojo koyo ngono too.. sangking tenanan kerjo ne riko. wes kesel2 banget sampek kelalen cik sarah iki. nde'e kelayu riko rupane..

maksudnya

saja je kenakan ko.. makin tekanan kerja ko harini kan.. Weh, jangan menyesal sampai mereng cik sarah tau. -anak melayu yang hensem rupanya

confirm salah kan? HAHAHA.. gurau2.. *saya mohon ampun pada semua org jawa

Anonymous said...

Critical Thinker:
Allahu Akbar. berair mata sy baca komen ni. direct translation ikut bunyi2. lucu! jaga2 kena serang dek sume org jawa. ramai nih org jawa kt sini. haha

Anonymous said...

ekekeke.. ni mana dtg penterjemah jawa jauh tersasar nih. hihi

takpe.. sat lagi falin dtg kasi terjemah betul2 naaa... hehe

n3 sarah ni asalnya terjemah bhs temerloh. tapi dh jadi bhs jawa. kesian acai jd mangsa. tp takpe, mmg acai patut jd mangsa pun. :P

Anonymous said...

wanie: translate sipi2 aje.

Critical Thinker: lagiii lee jauh tersasar ke laut lepas.. huhu

clue:
kelayu = tamanna dlm arab. hihi

Anonymous said...

Cikgu Jawe:
sian acai. tak pasal2 jd mangsa kat sini. huhu. sat lg sy nk bgtau dia yg dia telah diumpat oleh ramai kat sini :p cikgu, sy rasa cikgu kena bukak kelas belajar bahasa jawe online. kot2 la lps ni ada yg nak kawin dgn org jawe, senang la nak tackle mak pak mentua. takde la jd kes itu jangan tu, ini jangan ni. hehe. erm. cikgu tamanna apa ye mksdnya? sy dh lupa. tp rasa mcm familiar je.

Dr Amad said...

Wah dah pandai ckp Perak...bakal cik abg dari Perak ke...ehem..ehem. Jangan org asli yg hari tu sudah...hehe

Anonymous said...

Fahmi:
ha. kamu silap besar. ni loghat temerloh la yang. loghat temerloh dgn perak tengah mmg lebih kurang je. cik abg Perak mane la yg nak pandang ks ni ha. org asli hari tu tolak jauh2. shhh. dia bukan org asli la. cina :p ate tu le kamu. len kali kena le amik tau psl bahase2 kat msia ni. hehe. nah baca sini ;)

Bahasa Pahang

dhiyauqalbii said...

akak paham.. heheh

takperlah kohot badanpun dapat masok untuk ghodong-ghodong tu.. bapok sedaknyer dheme mentedaghah yek..

;)

Ain Mardhiah said...

salam..

wahwahwah... riuh betul bahasa jawa kat sini... aritu kat blog radin.. hehe

kas, tammanna maknanya mengharap..:P

mesak'kea de'e cikgu.. orak iso ngomong jowo, kok dikaco + guyon kayak ngerti de'e.. haha... nguyu nyong mboco iki.. kepeyelah kuwe... haha... ^_^

Anonymous said...

Kak Tikah:
haa. ni tekong temerloh dah sampey dah ha. hak ni cakap bapok la pekatnye. kaloh dah kome gini. hehe. kak tikah, bab2 cakap pekat gini, memang sy akan tingat kat kak tikah dgn faezah je la. tp tu la. terkohoit gone gaye pun, keknye dpt jamu ghodong2 datang, sonok amat dah. kite hak tak makan ni pun kenyang lewat dah wei. kenyang senyum. hehe.

Ainul:
aishh kamu ni.. menambah beban ks ye. cepat translatekan apa kamu tulis tu. hehe. oh. tamanna tu mengharap ye. ks dah berkarat dah arab sbb dh bape bulan tak berckp arab. dgn geng ks hak sorang tu, skrg ni asyik ckp english je. mekasih ye bgtau makna tu :)

Ain Mardhiah said...

haha...

gini ks.. maknanya:
kesianla dia tu cikgu. dah la tak reti cakap jawa, lagi dikacau dan gurau macam dia faham .. haha.. gelak saya baca benda ni.. apalah korang ni...

sian ks ek.. hehe.. nak kamus jawa ke? boleh counterback cikgu jawa balik nanti.. ainul boleh kasi.. kalau nk upgrade lagi ngan bahasa utara, hilir perak, kelantan, ganu, selangor + korea, jepun, sila lah kasitau.. serang habis-habisan.. hehe... insyallah bolehlah tolong jadi penterjemah sampingan.. ace...(perasannn...) :P

Anonymous said...

Ainul:
oh. gitu ke. hehe. sebenarnya, apa yg cikgu jawe tulis tu pun ks tak faham2 lg smpai skrg. sbb katanya, yg wanie translatekan tu sipi2 aje. huhu. spasiba balshoi! ;)

Dr Amad said...

Pahang ada bahasa dia sendiri ek...sy idak penah dgr dialek Pahang...Sal lebih kurang cm perak...

Kalu cik abg org Asli tetapi beriman apa salahnya...haha.Jenuh mak kak nak ngantor...kene naik sampan...eee xleh bayang...haha

Ain Mardhiah said...

ojo = jangan
koyo= macam
ngono = begitu
too..
sangking =sangat
tenanan= betul-betul
kerjo ne =kerja
riko= kamu
wes = sudah
kesel2 banget= penat sangat
sampek = sampai
kelalen = lupa
cik sarah
iki= ni
nde'e= dia
kelayu= harap
riko=kamu
rupane=rupanya

itu translation dia.. confirm!!

Anonymous said...

Fahmi:
iye. pahang ada loghat. lain daerah, lain loghatnya. ikut pendapat, kepekatan loghat di pahang adlh mengikut kederasan air sungai pahang yg mengalir. di hulu sungai, mcm di lipis sume tu, laju dan tak leweh sgt bahasanya. di temerloh, jerantut dan chenor, bahasanya pekat dan mmg asli pahang la. tp dh semakin ke pekan, bahasanya dah pekat dan berdengung jadi mcm ala2 terengganu skit2. ha. ni la kisahnya. aliran sungai pun boleh jadi cerita yek. hehe. erkk. ks rasa mak ayah ks tak bagi kot kalau smpai siap nak kena naik bot sampan bagai. ngeehee :D

Ainul:
Ya Rabbi. tu ke maksudnya. aishh. nak kena betul cikgu jawe ni. acai tu dah mcm apa je dgn ks. hahaha. mari kita gelakkan cikgu jawe. hahaha. apa2pun, terima kasih ainul! =)

Ain Mardhiah said...

eh.. tertinggal satu.. too tu maknanya ala2 'lah' dlam bm.. tapi area family ainul tak pakai sangat. certain2 tempat je guna.. ^_^
sama-sama.. klu nk tanya lagi bila2 tanya lah.. hehe..

to cikgu jawa:
nak gelakkan sama gak... (^^,)Y jaluk ngopuro seng akeh2 yo cikgu.. hehe..

Nurul Nadiah said...

mana incik acai ye?
belum memunculkan dirik lagi ni

huhuhu =p

** sian incik acai kite, tetibe glamer

Anonymous said...

Ainul:
hehe. terima kasih byk2 atas info yg sgt lengkap ini =)

Nadia:
dia selalu bizi memanjang :p hehe. tp jgn diseru, sampai la dia nanti. mcm ala2 kekasihku seru tu. muahaha~

p/s: acai, ampun. ramai org teringat kat awk kat sini ni ha.

Anonymous said...

meriahnya..mengalahkan raya..hahaha. Kesian kawan kita tu yek..kenapa tak masuk membela diri..:) Tiba² je namanya jadi sebutan kat sini..

Ayat Sarah yang penutup tu akak paham lagi. Terkohoit tu memang baru dengar dan belajar dari cikgu² kat sini.. Tapi bila CJ dah start kelas bahasa..akak dah lost terus. Kene tunggu subtitle jugak..hehehe. Loghat Sarah yang lepas tu pun akak dah kurang paham dah. Mcm nie kene kuar loghat ganu pulak ler..

Anonymous said...

Akak (yg sy rindui):
hehe ;) kesian acai kan. tak pasal2 je dia jd tumpuan. huhu. akak kat kuantan kan? eh, ke sy silap eh? belajar byk2 loghat tu sementara masih kat sana. ha. nanti2 tinggal la komen guna loghat ganu. meh tengok sy faham ke dak. hihik.

RozIlah Kamarudin said...

Ngah, between the two of us... lets make bahasa temerloh popular eh??

Anonymous said...

Mak Andak:
bereh aje mak andak. boleh ya amat. hehe. ni bahasa tok-tok kita ni. kena jaga =)

snm | snm said...

salam sarah
seronoknya sarah keluarkan bhs pahang ni. tp kan sarah, kwn saya ckp, klu org Pekan, Phg pun bhs dia lain kan?sebuatn belakang tu mcm ada huruf 'en' cth mcm Pekan = Peken..saya pun mcm x sure sgt tah iye tah tidak..

buat pembetulan ckit utk cikgu J
saya x pakar bab bhs jowo ni. x hbs khatam lg dgn abah&nyai :p

@xiM said...

tetiba tersinggah kat sini..kira halal la yek...:)

Anonymous said...

Falin:
haah. betul la tu. kat peken nun, mmg jd ghupe tu. bunyinya ngade2 skit. diorg maken iken banyak sgt gamaknya. hehe.

Axim:
halal aje axim. salam kenal ye =)