Tuesday, November 04, 2008

Kek Coklat Auyun

Assalamualaikum wbt


Saya berjaya menyiapkan kerja saya tepat jam 6.30 pagi tadi. Memang bersengkang mata habis-habisan. Dah siap kerja barulah saya tidur. Bangun tidur, satu perkara je yang saya ingat. Hari ini saya akan dapat kek yang saya tempah daripada Auyun, rakan se-batch di sini. Dan lebih kurang pukul 3 petang, kek pun sampai. Serius, kek coklat Auyun memang sangat sedap. Dia selalu buatkan kek untuk sambutan hari lahir kawan-kawan di sini. Waktu malam sambutan hari lahir Aizat hari Sabtu lepas, saya jamah sedikit keknya dan terus lepas tu saya tempah kek daripada Auyun. Saya ni hantu kek. Tak boleh ada kek dalam peti, mesti saya akan jenguk peti berkali-kali. Tapi sekarang sibuk. Tak sempat buat. Untuk warga Moscow yang ada membaca entri kali ini, jangan segan-segan nak tempah kek Auyun. Kek coklat yang saya tempah ni harganya 120 Ruble saja. Berbaloi sangat cik oi. Ni kira murah kan kat sini. Dan hasilnya sangat sedap.

Ha, tadi Auyun baru je datang bilik saya. Berborak pasal exam, studi dan macam-macam lagi. Selamat ber-exam Khamis ni ye Auyun. Terima kasih juga sebab bagi tip-tip untuk posting saya ni. Ha, nanti saya nak tempah lagi kek awak ok =)

24 comments:

SyaHRul FaIZ & NuR AuyUN said...

hehehe.. time kasih sbb sebut nama saya... waaa.. rasa best lak ada nama besar2 kat blog org lain.. heehehe...

Sarah Mohd Shukor said...

Yun, jgn lepas ni tak menang tgn layan order dr budak2 ni ye. huhu =)

Anonymous said...

ks!!!mcm sedap kek tuh!!macam mana nak tempah kek tuh??nak!!!

Sarah Mohd Shukor said...

Syikin, ym atau call je kak auyun. tak pun gi kt bilik dia, 807 ;)

SyaHRul FaIZ & NuR AuyUN said...

sori sarah tmpg lalu.. hehehe... My phone no +79265814711 (oyun)..

Sarah Mohd Shukor said...

No problemo yun. sila2 =) (org tak berani nak kaco2 awk sbb faiz ada. huhu)

Dr Amad said...

waaa....sedak ye.Leh wat calon ni..hehe.Pelik bukan,kalu lelaki letak syarat perempuan sebagai isteri kena pandai masak,dah si laki azan pun tak reti,nak suh jadi imam... gelap gambarlah lagi...by d way kek itu nmpk sedak...

Anonymous said...

salam sarah :)

makan hati je la jwbnye saya tgk gmba ni jek :P nk tau apa saya rs?? terasa2 kek coklat ni cair dlm mulut..huuuuuu~~~

Anonymous said...

haha siap promo..klu bukan melayu tolong melayu sape lagi kan
nanti balik M'sia bleh oder kan?
eh, bukan ke sarah alergi/tak berapa sangat dengan coklat?

shamsul said...

salam.......
pehhhhh!!!!meleleh air liur saya nie.mesti sedap kan? nak sikit! :p ...150 Russian rubles = 19.7612236 Ringgit Malaysia kan?hehehe...

Su @ Aya said...

Nampak cam sedap sgt.. meleleh air liur! Akak dh cuba acap kali buat kek coklat yg betul2 sedap.. tp, still not satisfied! Walaupun org dh ckp sedap, tetap tk puas hati..sbb dh pernh mkn yg lg sedap. Kena byk cuba lg ni!

faridmw said...

salam.. sedapnya coklet tu... mmg sedap...

Azra Ain said...

kak sarah,
terliur tengok gambar kek cokolat!
(T_T)

Anonymous said...

sedapnyaaaaa..Pntg btul nmpk kek cklt ni..Aduhh,jerit kesedapan sket..sedappppp!!!

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

grrrrrrrrrr

Sarah Mohd Shukor said...

Fahmi:
tu la laki. jarang cermin diri molek2 dulu sblum nk mintak itu ini.

Falin:
sampai camtu sekali ye. hehe.

Tiang Purnama:
sy fobia dgn minuman coklat/malt coklat/susu coklat. bukak kek coklat atau coklat2 makan. tp klu kek atau coklat2 mkn yg terlalu manis mcm kitkat, snikers sume tu pun sy x makan. manis sgt. sy tak boleh.

Shamsul:
120 ruble aje la shamsul. jgn banding dgn ringgit. org msia sure kata mahal. kat sini, mana nak jumpa kek coklat gini harga murah.

Sarah Mohd Shukor said...

Kak Suraya:
bukak aje mesra.net. ada mcm2 resepi kek best2 n kalau buat ikut step mmg menjadi n sedap. hehe.

Farid:
yup. mmg sedap!

Azra:
pegi la beli azra. kat msia senang je kan nak cari kek takde alkohol sume ni. kat sini, kami selalu buat. banyak kek yg dijual ada alkohol. kena hati2 bila nak beli. hmm.

Kylex:
sedapppppp~~~

Izu:
aummmmmm~

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

m goin to art cafe after work to get cake n ice cream..huh

Sarah Mohd Shukor said...

Izu:
hihi. teruja la tu ;) не забудьте мою часть!! huhu

Anonymous said...

aiyooo...
terembes segala ayaq yang berkenaan dari kelenjar liur ku...
dalam gambar nampak yummy,
kalu dah depan mata..
oh, terus aku rembat to make sure i'm the one to taste it firstt!!!

org m'sia nak order camne???

-joe-

shamsul said...

saya bukan kira pasal duit ye..just buat tukaran currency je..kekeke..ala apa da pada duit..yang penting sedap dan berbaloi..tu yang penting..kan..kan :)

Shahril Hisham said...

wah kek !!!

kek span aka sarang lebah da buleh ?

Sarah Mohd Shukor said...

Joe:
kalau org msia, toksah la order yg kat sini plak. kt msia boleh dpt yg jauhhhhh lg best n murah. huhu. eh cepat2 tutup mulut. dh meleleh2 dh. huhu.

Shamsul:
ha betul. sy setuju sgt dgn awk. sy pun pentingkan sedap n keberbaloian membeli tu. hehe. 120 ruble tu mcm RM14 la lebih kurang. td sy ke kedai kek d pasar sebelah rumah ni. sy usha kek coklat. harga sepotong kek coklat tu 34 ruble. nipis aje. huh. tak berbaloi kan. klu 120 ruble order kt kawan sy ni sy dh dapat sebiji kek. sgt la berbaloi. hehe.

Bro ASHAR:
kek sarang lebah? mcm mana tu? klu kek span tu tau la.

Shahril Hisham said...

kek span pangillan dr kg lebak dan bukit tajau

kek sarang lebah...
yang bro beli kat bangi 2 minggu lepas
dik kerana mengidamkan kek span ...
RM 7.50 sejengkal kali setengah jengkal saiznya