Sunday, November 30, 2008

Senyum

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang, apabila bertemu dengan sesetengah orang, saya tidak mampu bercakap apa-apa. Paling habis, saya hanya boleh tersenyum sebagai bahasa badan bahawa saya mengenalinya dan menyedari kehadirannya dalam sesuatu majlis atau situasi itu. Tapi ada juga kalanya, saya tersenyum tanda saya suka dengan kewujudannya di tempat itu tanpa perlu kami merancang atau berjanji temu untuk hadir ke majlis yang sama. Apatah lagi jika pertemuan itu berlaku tanpa disangka di tempat yang tidak diduga.

Senyum itu menjadi petanda mudah dari saya bahawa saya menyenanginya. Tadi, saya nampak dia juga memberi senyum balas beberapa kali. Moga-moga maksudnya juga menyenangi kewujudan saya di situ. Kadang-kadang, enam tahun tanpa perbualan boleh dihubungkan hanya dengan satu senyuman yang penuh kemesraan.

(Untuk kesan bunyi dan latar cerita yang berkesan bagi entri ini, sila dengar lagu di sebelah. Ha ha ha.)

Nota: Internet sudah ada *tak sempat menangis*. Selamat berhujung minggu untuk semua =)

28 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Sarah. saya pun sarah jugak. saya mengomen di sini utk mengingatkan awak tajuk lagu di sebelah. nanti kalau awak dah tukar lagu, awak dah tak ingat tajuk lagu tu. Dia Malu-malu (Salih Yaacob). oh ye Sarah. awak sedar tak yg awak dah mencipta rekod untuk blog ni dengan menjadikan bulan November 2008 sbg 'Bulan Paling Banyak Entri'. Produktif sangat ni apasal? haha.

Aishh. Saya hyperactive plak malam-malam buta ni. ini komen pertama saya bagi untuk diri sendiri. mat kool~ tanda ingatan untuk entri ke-39 dalam masa sebulan =p

Anonymous said...

haha..
aku hanya mampu senyum membaca komen di atas nie...

uishh!! aku dah pening..
tido jap..

Nini Marini said...

haha,menareklah komen entry sendiri.klakar lak tuh.^-^

mesti sweet gile senyuman tuh,sebab tu tak jumpe 6tahun pun boleh mesra hanya dengan sekuntum senyuman.

keep smiling ya.jangan nanges2.=)

~salam dari France ke Rusia~

Anonymous said...

kita selisih aje kt blog. jd aku senyum ye sarah :)

[MH] said...

senyum je bc entry ni.walaupun senanya bru lepas 'hujan' td.
huhu

cumel la ks..eh silap..macho la ks..hihi

ks,mcm mana mahu macho semula lepas nangis? huhu

Hafiz said...

teringat lagu lama,

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

:)

Anonymous said...

senyum,senyum dan senyum..sy pun skrg ni byk menghabiskan masa dgn senyuman dgn org lain,heheh..

Anonymous said...

:)

:-)

:)=

;)

laki cikgu kimia said...

hins.. hins.. hins.. asal senyum je idung kembang.. cane?

13may said...

saya pun cuma mampu tersenyum :)

Anonymous said...

KS, macam mana KS buang kotak kecil warna biru cutest blog on the block tu? boleh tlg ajar?

Nurul Nadiah said...

Eheh, ade orang tu kan sarah, kalau dok sengsorang, selalu sangat tersenyum senyum, ntah hape ntah yang disenyumkan, orang2 yang tengok mesti menggeleng tak sudah. huhu.

Siapa lah tu ek?

=p

Sarah Mohd Shukor said...

Sarah:
Oh. awak ingatkan saya pasal ni. terima kasih cinta! *peluk-peluk* terima kasihlah kat awak jugak sarah sebab awak yang rajin sangat menulis bulan ni. nanti rajin-rajinlah lagi ye *senyum seorang*

Menteil:
huhu. sarah yang sengal =p

Nini:
hihi. bukan tak jumpa selama 6thn tp 6thn kurang sedar akan kewujudan seorg kawan ni n tak pernah bertegur sapa dgn dia =)

Sarah Mohd Shukor said...

Cikgu Jawe:
saya senyum balik la ye cikgu =)

Thia:
kamu cengeng sgt ni. takleh la gitu. jgn semua benda yg touching2 nak nangis. ks takde petua nak memachokan diri ni thia. semoga kamu dh ok ye.

Hafiz:
evergreen song!

Sarah Mohd Shukor said...

Kylex:
haa. senyum psl apa la pulak ni? =p

Oneib:
=D

Am:
senyumla jugak. kembang hidung tu tanda keikhlasan =p

Sarah Mohd Shukor said...

Maymay:
hihi. mari la kita senyum2 ye =)

Anon:
ks tukar coding di HTML box yg kita letak di blog tu. pd coding tu, kalau tak silap baris akhir sekali tu ada *......, yg tu buangkan. ks cuba jaya je.

Nadia:
haaaaa. sape org tu? acai eh? ke awak? huhu. sbb acai dh cerita yg awak makan pun taknak hari tu sbb nanti nak jumpa mymy. adeh. lucu la awk ni nadia =)

NUHA said...

senyum itu sedekah..
senyum semua! =)
haa, kan manis tu..:)

KA said...

hmm....senyum tu tanda sayang
sayang pd sapa tue?:P hehe

aha aha kantoi lolz

hehehe jgn marah ks....still single?

[MH] said...

ks,ada berita gembira dr kak nadia ayuna eh?sy tak sabar nak tunggu ni..sy rasa cm tahu je sape photographer tu.sbb sy pon mcm nak amik bro A tu jugak nnt..hihi

*nsksl

Ain Mardhiah said...

uiks, busy tapi produktif.. symptom ks pun macam kak asma haslan je nih.. saya tengah mendapat satu penemuan penyakit terbaru.. 'overhyperblogemia'.. hahaha~ ^_^ pesakit kedua dijumpai di rusia selepas pesakit pertama di jordan..ubat masih belum dapat dikesan.. isy2.. layakkah saya dapat nobel prize? hehe =P *malu..*

sapa suka senyum, dia senang dapat kawan.. maka, senyum2 la selalu kalau segan nak cakap2.. lagi satu, sapa suka senyum, dia mudaa selalu.. macam saya.. opss..

Anonymous said...

senyum sambil merenyeh...camner yek..huhuhu...asyik tersenym jer..time bengang kat org pun kite senym,walau dlm hati rase nak trajang je org tu.jahat la plak.asyik sabar je ngan perangai org.takper..yg penting kite snyum je n tuju matlamat kite..mm,;)..sy senym kat awk ni smbil kenyit mata..

Anonymous said...

senyum itu satu sedekah. Apa lagi mari kita senyum beramai²..:). Tapi jangan sengih sorang² pulak..tu kes lain tu..haha

Sarah Mohd Shukor said...

Nuha:
ks mmg senyum sokmo ;)

Khairul:
aish kamu ni. ks single n available lg tau. huhu.

Thia:
amboi2 thia. dah merancang nampak gayanya ye =p

Sarah Mohd Shukor said...

Ainul:
haha. nak tuntut noble prize ye? sila siapkan laporan kajian kamu ni 1000 muka lengkap dlm 4 bahasa utama dunia n serahkan pd noble organization selewat-lewatnya minggu depan. boleh? huhu. ececeh. muda la sgt kamu ye.

Pencacai Tua:
huhu. ayat akhir tu yg tak tahan tu.

Akak:
kalau sy nak nangis, sy akan nangis sama dgn 10 org yg istimewa tu =)

[MH] said...

ks,ada bc email sy tak?
akak bz kot eh

Ain Mardhiah said...

eh, itu kacang poi je tuu.. bahasa inggeris saya suruh teacher saya buat, bahasa perancis saya minta kawan saya kat sana buat, bahasa mandarin saya mintak apek kedai tepi rumah buat, saya melayu karang saya buat sendiri.. siap!! eh, cop.. nak up sket.. bahasa rusia nak tolong buatkan? karang saya masukkan ks dalam list appreciation a.k.a pesakit utama.. haha~ femes la ks nanti..

Anonymous said...

Salam Dik Sarah,
wow..bulan november ada 30 hari..entri sarah ada 39..hurmmm mmg produktif bole mencapai tahap iso nie..hehehe...
Senyuman itu hadiah paling berharga tau...silap-silap ada yg angau dengan senyuman manis sarah..

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

nak senyum yg ikhlas, susah laaa..
heish ape pnyakit ntah