Friday, September 26, 2008

Mimpi

Assalamualaikum wbt


Allahumma salli 'alaa sayyidina Muhammad wa'alaa aali Muhammad.

Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Sepanjang Ramadhan ini, saya banyak kali didatangi mimpi yang jarang-jarang saya alami ketika bulan biasa. Dalam banyak-banyak mimpi, mimpi malam tadi paling terkesan. Entah kenapa, saya terasa seperti bukan mimpi. Terasa dekat dengan kehidupan harian dan semua yang terlibat sangat saya kenali.

Walaupun mimpi bukanlah sesuatu yang boleh kita percayai, tapi jauh di sudut hati, saya sentiasa mendoakan yang baik-baik saja untuk kesemua yang muncul di dalam mimpi saya sepanjang Ramadhan ini. Lebih terkesan, malam tadi, arwah Chik Joe saya datang bertemu saya dan berbual panjang dengannya. Semoga Chik tenang saja di sana.

Juga, saya bermimpi tentang saya di masa depan. Tak salah jika saya mendoakan begitu kesudahannya tapi saya ini cuma orang biasa yang tak punya apa-apa. Tak layak untuk saya meminta-minta kepada Allah.

Kuih yang berjaya dibuat malam tadi ialah biskut coklat chip. Tapi saya selalu panggil biskut chipsmore je. Bukannya kami semua tak ada kuih yang dibawa dari Malaysia tapi sengaja hendak merasakan suasana meriah bergotong-royong menyediakan kuih-muih. Hehe. Tapi sebenarnya saya seorang saja yang membuat kuih malam tadi. Si Fatt datang mengempeng menjadi jurugambar. Sekarang ni dia tengah obses dengan jurnal bergambar (photojournalism). Silalah raya nanti ambil gambar banyak-banyak ye Fatt =) Kami serumah ada agenda pada petang ini. Nanti kisahnya pada malam ini insya Allah.

Nota: Setiap kali Jumaat tiba, hati saya menjadi wardah gitu. Hehe.

13 comments:

Inah said...

pandai die buat biskut :)

Anonymous said...

hmmm.. patut le aku bau biskut bakar mlm smlm.. huhu

Mazza Homemade Cookies said...

wah2..tak offer kat kengkawan kat m'sia pun..:)

Nurul Nadiah said...

yeayyyyy yeayyyyyy

biskut sama!

tapi sarah punye demot demot
nadia punye tecit tecit

=p

faridmw said...

salam.. selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir batin.. pandai buat biskut.. nak belajar leh tak? heheheh senyum selalu ;)

Dr Amad said...

sedap ye kuih tu...nasib baik pose... saya setakat duk Indon selama 3tahun ni...raya di.............malaysia je.hehe

shamsul said...

salam doc..

jika org yang dah meninggal datang dalam mimpi dan rapat dengan awk adalah la baik awk sedekahkan yasin untuknya..apa yg boleh dikata ialah hati awk bersih sebab tu awk leh mimpi arwah dibulan mulia nie..

c's said...

wahh.. banyak pula cerita tentang makanan=P

resepi tempatan rusia ad x?nk2!!

dunhill@*london-paris-new york* said...

sedapnya cookies!! :)

Anonymous said...

Kak Inah, CJ, A.Fisol, Farid, MNN:
hehe. biskut comot2 je =)

Nadia:
haah. sy punya tembam2 mcm tuan dia ni ha. haha =)

Ahmad Fahmi:
eii..tak aci kamu ni =)

Hantu Siang:
mcm tu la sebaiknya. bgn sahur tu terus sy sedekahkn apa yg patut =)

Radin:
nanti2 la ks kongsikan ye =)

RozIlah Kamarudin said...

Arwah Chik dtg ke rumah Ngah ke? Atau Ngh gi somewhere jumpa dia?

Did he give you anything?

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

mengape mesti chipsmore? nak carik pasal ngan sy?

Anonymous said...

Sungguh..saya rindu kan Jumaat di kampung
*cam ada nilai komersil je biskut itu...hehhe kalu jual singgit dpt bape?