Thursday, January 11, 2007

Pink Is Not For Me

Assalamualaikum wbt

3 hari lalu saya terpanggil untuk melaksanakan satu misi setelah terbaca satu entry di blog kawan. Pink tajuknya. Selepas membacanya, saya terasa berkobar-kobar hendak mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh satu iklan rokok, KISS namanya, yang boleh dilihat di Metro Oktyaberskaya, Orange Line of Moscow Rapid Transport Systemm (Metro). Kebetulan, keesokannya saya bercadang untuk ke RIO Shopping Mall, pastinya tidak menjadi masalah kerana saya sememangnya perlu melalui stesyen tersebut ketika membuat pertukaran.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Keesokannya, saya menemani Imen ke Cherkizovskaya, tapak barangan murah, yang dimonopoli oleh bangsa Tatar di utara Moscow. Menuju ke sana tidak perlu melalui Orange Line, terus saja menggunakan Red Line, lebih kurang 30 minit dari stesyen Sportivnaya, di mana letaknya hostel saya.

Sebaik menuruni escalator, saya teringatkan misi saya. Lalu saya mula peka pada setiap iklan yang terpapar di sepanjang pergerakan escalator munuju ke arah bawah itu. Tiada. KISS tidak kelihatan. Di dalam metro, saya mengingatkan Imen agar memberitahu saya andaikata ternampak akan iklan tersebut. Lalu kami singgah sebentar di stesyen Okhodny Ryad, untuk ke mesin ATM. Laju saja mata saya halakan ke dinding stesyen tersebut mencari iklan itu. Kosong! Tapak iklan di sepanjang escalator kosong. Barangkali baru dicabut untuk digantikan dengan yang baru sempena tahun baru ini.

Apabila tiba di stesyen Cherkizovskaya, sekali lagi hampa bertandang. Stesyen itu tidak terlalu ke dalam tanah dan agak kuno kondisinya. Oleh itu, tiada escalator disediakan. Tapak iklan juga pastinya tiada. Pulang ke hostel hari semalam tanpa perasaan. Misi tidak berjaya. Makanya, entry baru juga tidak ditulis semalam. Idea bagaikan kekeringan.

Pagi tadi, saya bersama Imen ke Counselor of Chancery of Italy yang terletak di stasyen Polyanka. Sewaktu membuat pertukaran di stesyen Baravitskaya di Centre, saya hampir terlupa akan iklan itu. Namun, sebaik tiba di stesyen Polyanka, saya mendahului Imen menaiki escalator dan sebaik saja berpaling untuk bercakap dengan Imen yang berada setapak di belakang saya, mata saya tertangkap akan gambar seorang lelaki memakai baju pink di dinding stesyen tersebut.

Terpaku. Iklan KISS! Imen juga berpaling. Sebaik saya selesai membaca kata-kata promosi penghias iklan itu, saya ketawa kecil. Imen bertanya akan maksudnya kerana Imen masih tidak memahami Bahasa Russia dengan baik lagi.

"On pomnit tvoi kiss. He remembers your kiss" Saya memberitahu Imen.

"Owh" Imen berkata. Seperti tiada makna apa-apa. Sebermula dari situ, di sepanjang perjalanan, ligat saya membuat tafsiran peribadi bagi iklan rokok Kiss itu.

Secara peribadi, iklan itu mempunyai 2 maksud:

1) Untuk menunjukkan bahawa rokok itu adalah untuk wanita, kerana lelaki tersebut dikatakan masih mengingati 'kiss' dari wanita tersebut (kerana di dalam gambar iklan itu, mulut lelaki itu dimuncungkan) - Yerks! Apa-apa sajalah Russian ni... Apa-apapun, ini adalah normal.
2) Sekaligus juga menunjukkan bahawa rokok itu untuk lelaki juga kerana model lelaki itu memakai baju pink dan kelihatan agak lembut. Makanya, 'kiss' yang diingatinya itu, mungkin juga dari seorang lelaki! Gay barangkali. Kerana dengan gayanya yang berbaju pink, agak lembut dan memuncungkan mulutnya menjelaskan bahawa dirinya gay. Yerks! Apa-apapun, ini sudah tidak normal.

Sebaik selesai berurusan di sana, kami berdua menuju ke Manesh Underground Shopping Complex. Ketika solat Maghrib dan makan di food court, saya dan Imen membincangkan tentang manusia akhir zaman. Kebetulan di meja berhampiran, kelihatan seorang wanita memakai baju yang sangat ketat, sangat jarang dan seperti telanjang, dilengkapi gaya jalannya seperti model. Mencukupi gambaran ummat akhir zaman yang Rasulullah S.A.W ceritakan di dalam hadis baginda.

Lalu kami saling memperingati akan gambaran tempoh hidup kita di dunia adalah di antara azan, iqamah dan solat itu sendiri. Sewakti kita lahir, kita diazankan bagi lelaki dan diiqamahkan bagi perempuan. Tempoh antara azan, iqamah dan solat adalah sangat singkat. Begitulah juga musafir kita di dunia ini.

Ketika menjenguk sebentar di Kenvelo menemani Imen mancari hadiah buat Babanya, saya terlihatkan seorang lelaki yang sangat tinggi, memegang payung biru yang dikembangkan! Hujan di luar cik abang oi. Ni dalam bangunan. Bawah tanah pulak tu. Ketika itu, saya tidaklah pula terfikir mengapa dia terlalu tinggi, melebihi ketinggian lelaki normal.

Saya terus berjalan. Tidak mengendahkan dia lagi. Tapi kini saya terdengar suara lelaki ketawa. Saya toleh semula memandang lelaki tadi. Ya Allah. Tingginya tumit high heels yang disarungnya! Beserta payung biru kembangnya itu, dengan sweater kuning cair dan berT-shirt biru laut dan tangannya yang selalu saja menepuk tampar rakan-rakan di sebelah, baru saya sedar bahawa kelompok itu adalah 'mak nyah' semuanya. Imen bertanya: Man hum? Laju saya menjawab: Qaumu Lutt.... Imen menarik tangan saya untuk melihat dengan lebih dekat. Alahai Imen ni. Terkedek-kedek saya mengikut ditarik oleh Imen. Sebaik keluar dari Kenvelo, kelompok itu memasuki kedai 'Women Secrets'. Mak aih. Saya pun masih belum pernah ke sana. Sebaik mereka keluar dari premis itu, seorang Akhrana (guard) mengambil gambar mereka berposing dengan menggunakan kamera handphone-nya. Betapa dunia menerima dan meraikan kaum ini.

Dalam perjalanan pulang ke hostel, saya teringat semula akan tanda-tanda ummat akhir zaman ini. Dalam perjalanan pulang ini juga, saya teringatkan iklan KISS tadi...

Saya faham kini, kenapa baginya pink itu 'So girlish, So gay'. So girlish bagi seorang perempuan. So gay bagi seorang lelaki.

7 comments:

Anonymous said...

waahh panjangnya tapi padat dengan nasihat.macam2 ragam manusia pada zaman sekarang.
Allah mengetahui sebaiknya. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman2 anda di sana bersama kami.

Sarah Mohd Shukor said...

hidup utk saling memperingati...
kawan kita adalah cermin diri kita...
cari yg terbaik. OKAY!

Anonymous said...

OKAY

amano said...

wahh... stakat ni saya kat sini tak nah nampak lagi golongan itu... kat malaysia ramai la

Sarah Mohd Shukor said...

kt sini nmpk x ramai, tp tetap ada..skali diorg dh expose, mmg gelabah abis style diorg tu..terover melebih..huhu

Anonymous said...

wahh, entry kali ini best...
sekarang zaman web 2.0,ekpsresi diri jadi diutamakan...
kalau dulu dipanggil narcissistic, kini semua orang pun obses dengan penampilan...
apa ada dengan penampilan...
dunia yg sgt superficial...

Sarah Mohd Shukor said...

@Hazreen
betul tu..akk setuju. n nowadays, ppl care about what other ppl say n think about their appearances, about their look. so, they always wanna be the most outstanding 1. eventhough they realize that it's not correct, it's beyond the limitations etc.. fashion and look come 1st..what a deep sigh...hmmmmmm....