Tuesday, January 09, 2007

Stairway To Heaven


Hari ini hari yang sangat membosankan bagi saya. Seharian di bilik, cuba mengulangkaji Neurology (semestinya tidak berjaya sehinggakan ada yang kata saya gila kerana study di musim cuti ini), ke bilik kawan tapi semuanya sibuk dengan hal masing-masing menonton series dan movies, ke bilik Imen tapi dia tiada di bilik, ambil semula kuali kepunyaan bilik saya di bilik kawan tapi yang menyedihkan kuali itu walaupun sudah empat hari digunakan namun tidak dibasuh dengan bersih lagi.

Kebosanan tahap melampau.

Di pagi hari, saya cuba menghabiskan drama Korea yang direkomen oleh Abg Wan, Stairway To Heaven. Saya mula menonton cerita ini sejak bulan lalu. Drama 20 episod ini semamangnya sangat bermakna, tapi terlalu menyedihkan dan dipertengahannya agak lembap. Ceritanya agak tidak tipikal jika hendak dibandingkan dengan drama Korea yang lain. Sebetulnya, pada bulan lalu saya hanya berjaya menghabiskan 6 episod saja kerana terlalu padat jadual harian yang saya susun dan saya hanya menonton 1 episod sehari pada hari-hari yang saya rasakan keletihan study yang teramat, yang memerlukan rehat barang sejam dua.

Dan sejak cuti bermula, setiap kali saya cuba menontonnya, kepala saya akan sakit, migraine! Jalan cerita yang menyedihkan itu seperti menjadi punca kepada sakit kepala yang saya alami. Migraine hanya di sebelah kanan kepala saja. Pelik. Tapi memang sangat sakit, sehingga tidak boleh makan langsung selepas dari itu.

Namun hari ini, saya berjaya menghabiskan 5 episod sekali gus. Bererti saya berjaya mengkhatamkan cerita itu. Sesudah 2 episod saya tonton, sakit kepala bukan kepalang menyerang, lalu saya lebih banyak berdiam diri saja, namun tetap saya tekun menonton untuk menghabiskannya hari ini juga.

Komen peribadi:

Han Jung-Suh: Watak yang terlalu sadis, malang yang bertimpa-timpa, kurang bijak dalam membuat keputusan (bagi saya lah), terburu-buru dalam membuat sesuatu, keras kepala dalam erti kata yang tersendiri, sangat cantik (wink wink) dan seorang adik yang sangat penyayang.

Cha Song-Joo: Serius dalam bertindak, penyayang, sangat setia, tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain, percaya dengan apa yang ada dalam hatinya, pencinta sejati, kacak (sangat) dan 'abang' yang sangat menjaga 'adiknya'.

Han Tae-Hwa: Pentingkan diri sendiri, keras kepala, berani bertindak, sangat mementingkan kebajikan adik tirinya, tahu membezakan yang salah dan benar dalam membuat keputusan, pandai melukis (suka karekter ini), penyayang dan bertanggung jawab.

Han Yu-Ri: Pendengki tapi cantik (sangat-sangat), bagaikan pak turut kepada kemahuan ibunya sehingga sanggup menganiaya abang dan kakak sendiri, metarialistik (benci) dan gila glamour yang melampau seperti ibunya.

Komen tamat.

Dengan tertulisnya komen ini, saya yakin Abg Wan dan Amir tidak akan berpuas hati dengan saya.

Sungguhpun begitu, bagi saya, the real Stairway To Heaven, is by doing the right things, and leaving the don'ts, in the real path named ISLAM.

"O mankind! Verily, there has come to you a convincing proof (Prophet Muhammad) from your Lord, and We sent down to you a manifest light (this Al-Quran)." [An-Nisa':174]

"O children of Adam! If there come to you mesengers from amongst you, reciting to you, My verse, then whosoever becomes pious and righteous, on them shall be no fear, nor they grieve." [Al-A'raf:35]

7 comments:

Zokhri Idris said...

oit oit oit...

anda tdk menonton sampai abis.mana boleh memberi comment sebegitu sahaja.anda kene tonton smp abis barulah anda boleh memberi komen yg sewajarnya.x aci langsung

betul, han tae hwa mementingkan diri sendiri,selfish tp sikapnyer itu telah ditebus dgn pengorbanan yg tiada tolok bandingnya.dan pengorbanan itu akan terzahir di akhir cerita ini.percayalah.sy sendiri terharu dgn pengorbanan yg tiada nilainye ini.sob sob sob. tak tipu nie.

sy mencadangkan agar anda semua menonton sehingga abis.barulah best

apapun sy ttp akan bg ***** pada stairway to heaven.walaupun tuan punyer blog kurang suka.hihi

yang benar,
pengkritik filem ketemporari

Zokhri Idris said...

lagi satu,sape kah abg wan anda itu? beliau tentu mempunyai buah fikiran yang sama spt sy

hihi

Sarah Mohd Shukor said...

eh eh eh...

sy dh tengok sampai abis tau.. sape kate sy x suka han tae hwa..sy suka sbb his love is unconditionally. n dia pandai melukis. sukanya! n dia abg yg sgt bertanggung jawab. mcm ada la sorang hamba allah tu... (wink wink). tp dia kadang2 tu pentingkan diri sndiri..

sape abg wan? abg wan tu is the 1 who loves me unconditionally.. ala2 tae hwa la (^-^)

Zokhri Idris said...

i bet wherever abg wan is n how far he is from you, he knows wat u feel.

May God gives him more time and chance to protect n to take a good care of you. so when the time comes asking him to back off,he'll proudly say, "i'm giving someone a person whom i really care and love"


xxx

Sarah Mohd Shukor said...

hmm...tp abg wan tu ada life dia yg dia kena fikir jgk..x kan selamanya dia dapat jaga sy..kan? kalau nk pass pd org pun, no1 can replace him :(

Zokhri Idris said...

who knows?

time tells..

so long he wont waiver,he always urs

xxx

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

tak layan citer berat especially series..so takleh nak kutuk sarah kat sini