Salam wbt
Baru sekarang berkesempatan mengemaskinikan blog. Tengahari tadi, sedang meja berselerak dengan buku-buku Topography Anatomy dan ENT, tangan saya sempat menyelak-nyelak buku catatan peribadi aktiviti harian di sini. Dalam pada itu, mata saya sempat menangkap perkiraan rambang yang dibuat untuk mengetahui jumlah pelajar muslim di Rusia yang sedang mengikuti program tarbiah dan dakwah. Lebih specifik lagi, jumlah pelajar yang sedang ingin bersama-sama mengikat diri dengan Islam agar tidak lari jauh dari jalan-Nya.
Sungguh menggembirakan hati semua pendokong jalan ini di Russia, sebenarnya, dalam pada kita semua bimbang memikirkan ke mana hala tuju kita dan rakan-rakan pada suatu hari nanti, alhamdulillah sebenarnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah buat kita semua masih sangat besar. Setelah perkiraan itu dibuat baru-baru ini, hampir 50% daripada jumlah pelajar Malaysia Muslim di bumi Russia ini terlibat dalam proses peningkatan rohani ini. Syukur ke hadrat ilahi.
Memang kadang-kala bagi yang terlibat sebagai penggerak di sini tidak dapat elak dari gangguan bimbang dan risau melihatkan apakah nasib iman dan aqidah kita di sini. Akan tetapi, apa yang terzahir dari semangat dan keinginan rakan-rakan kita seharusnya kita semua jadikan motivasi terbaik untuk terus bergerak bersama, membawa dan memberikan yang terbaik untuk memelihara iman dan aqidah kita sepanjang tempoh kita bermukim di sini dan seterusnya dijadikan sebagai pemangkin untuk kita terus bergerak tatkala kita pulang berkhidmat di Malaysia suatu hari nanti.
Sejujurnya, perkembangan sebeginilah yang kini nanti-nantikan dari remaja-remaja di seluruh dunia. Dan seandainya timbul masalah-masalah berbangkit berkaitan muamalah (pergaulan) dan apa saja bentuk permasalahan yang lain, tampillah ke hadapan. Kita bincangkan bersama. Mudahan-mudahan gerak kerja dakwah kita sepanjang berada di negara bekas tampuk Komunis ini menjadikan kita lebih bersedia berhadapan dengan pelbagai lagi ragam penghalang yang setia mengintai peluang menjatuhkan panji-panji dan mata rantai perjuangan yang kita terima daripada Junjungan SAW.
(Al-Jumu'ah : 1-5) --> Rasulullah di utus dari golongan yang buta huruf dan jahil lalu menerangkan ayat-ayat Allah buat mereka tetapi mereka masih menolak kebenaran ini semua. Lalu Allah umpamakan mereka seperti keldai yang bodoh. Sedangkan kita semua jauh lebih baik situasinya berbanding mereka semua. Kita semua tidak buta huruf dan tidaklah terlalu jahil hina-dina. Maka seharusnya kita mesti mengelakkan diri kita diibaratkan seperti si keldai yang kebodohannya banyak kali diceritakan Allah di dalam Al-Quran.
Moga-moga suatu hari nanti, bilangan 50% ini berganda menjadi 100%. Kita nantikan proses pizza separuh penuh ini menjadi sempurna, Insya Allah.
Jangan kecewa. Jangan putus asa. Kita semua bergerak bersama-sama!


7 comments:
hye aya,
salam
asal pizza? tak pie ker? kek choc moist ker?
(sila jawab yg berhormat)=)
xxx
Ud'u ilaa sabiilirabbika bihikmah
@abg wan:
salam. knp pizza? sbb semalam makan home made pizza =) sekadar perumpamaan saja.
@ak47:
Jaahidhum bihii jihaadan kabiraa (Al-Furqan:52)
salam..
Alhamdulillah begitulah perkiraannya kan.Apa pun semua ni memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi di samping usaha yang tidak putus asa untuk mengajak semua muslim di russia ni berada pada jalan yang satu, yang diredhai-Nya. Walaupun bergerak dalam satu jemaah tapi tak dapat dinafikan, futur tu menyerang sekali-sekala. Semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan usaha murni ni. Teruskan perjuangan!! KS tak keseorangan..
@amnah
salam..semoga kita semua diberi kekuatan utk terus dan terus bergerak.
When Allah put us to it, He will put us through it...
Salam..
heh. sama...
Last time tgk tajuk je, tak sempat baca habiss..
Oh rupanya isi yg sama... hehe..
@afiqawe
salam..tu la pasal..great instinct belongs to great people (",)
Post a Comment