Wednesday, February 07, 2007

Ada Satu Wajah


Ada satu wajah
Yang selalu di ruang mata
Tetapi wajah itu terlalu jauh
Untuk kutatap selalu

Ada satu wajah
Sentiasa menjadi penyeri
Memenuhi lingkup imaginasi
Bersandarkan pada minda
Yang takkan tahu jawapan
Soalnya di mana dia

Ada satu wajah
Menjadi penggerak nadi
Bagai penyalur kuasa
Buat aku terus mencari
Terasa dia jauh
Tetapi dekat sekali di hati

Ada satu wajah
Yang takku tahu di mana dia
Masih kosong ruang jawapan
Namun aku bagai pengembara
Yang setia meneroka maya pada
Untuk mencari jawapan
Di mana dia
Wajah ilham hatiku


Moscow
04022007

18 comments:

Anonymous said...

adakah wajah itu wajahku?? huhu.. sori,sje melawak..('',)

Anonymous said...

Bagaimana persoalan wajah yang cuba digambarkan dalam puisi ini pula..?

Kulihat wajahnya
Lembut, tenang, bahagia
Mengundang tanda tanya
Dalam diamnya ada cerita
Dalam suramnya ada berita
Dalam senyumnya seribu makna
Dalam ketawanya membungkus bicara
Dalam dukanya mengumpul mesra
Rahsianya terlukis di raut muka
Adakah aku di wajahnya?

Wajahnya yang riang itu
Membuatkan aku terpesona
Jelingan matanya yang tajam
Senyumannya manis terpancar
Hilai tawanya menghalau gusar
Menambat ceria dalam hatiku
Lidah kelu mengucap rindu.

Sesekali kujeling wajahnya
Aku jadi kurang mengerti
Wajah ceria itu redup sekali
Tidak lagi terungkap serinya
Bagai tiada sinar mentari
Dilindungi kabus duka yang tebal
Atau mungkin ada yang terluka
Hatiku mula dilanda keresahan
Persoalan berligar tanpa jawapan.

Kali ini aku tenung wajahnya
Aku ingin menyaksikan kepastian
Bercermin di muka berkaca di dada
Tetapi aku tersendu sendirian
Melihat wajahnya dibasahi air mata
Aku masih terus bertanya-tanya
Adakah aku di wajahnya?

Tiba-tiba kekuatan datang menerjah
Membukakan kesedaran jati diri
Mengapa tidak aku sendiri tanyakan padanya:
‘Adakah aku di wajahmu?’

Anonymous said...

wahh...!apeni..??khairil n sarah..
is SOMETHING going on btw both of you??
cute nye!hee

Anonymous said...

oi,khairil ni sapeeerrr weii???tak tau ape2 pun,,sian aku!

Anonymous said...

whoa,sedapnye 2-2 sajak ni..hmm,dont tell me u guys r referring 2each other..but still,if u do,hw cute!!bak kate anonymous...lol=p

Anonymous said...

dua2 sajak ni puitis n boleh jd dua2 ni refer pd wajah2 tertentu yg ada dlm fikiran msg2. tp mcm boleh jd jugk refer to each other. tp berkias sangat. x sampai maksud nanti.lol ;D tp kak sarah, nak cari wajah ilham hati ni, kenalah cari wajah org yg faham akak mcm mana akak faham dia, regardless of the past. payah jugk tu. nobita san pesan: berusahalah!

ps: ke egypt je ke? bila akak nak mai sini pula?

Zokhri Idris said...

Salam

it seems da speculation is spreading tremendously. 4 less than a day, my world has received more than 6 comments. im sure da public is playing the minds whether this is true.n God knows wats inside da hearts of the authors.

I must say i m not a bm poem expert hence i m not da best 2 interpret those.but upon reading da lines, i cud figure sumting occurs between these two authors.forgive me if im wrong but my instinct strongly suggest dat.

we, da 'my world' reader demand an explaination. lol

p/s. pena, ape kata awak memulakan siasatan rasmi jabatan kepada mereka ini? dan serahkan pada saya selewatnyer minggu depan.

regards
wassalam

xxx

Anonymous said...

ehem ehem ehem. siapakah pemilik wajah2 itu, sarah and idham?

Anonymous said...

guling2 tergelak baca the rest of the comments since the one i left..biarlah saya clear kan apa2 sebelum menjelma yang lain pula.no offence.manusia ni secara semula jadi suka pada gosip/khabar angin/benda yang tak pasti etc sebab tu juga lah majalah HAI Mangga URTV dan seangkatannya laku dan sebaliknya pula sebarang bahan ilmiah. sajak sarah ni tulis pada 4/2/2007 tapi sajak saya dah tahun lamanya.secara zahirnya dah pun menunjukkan tak ada sebarang kaitan.secara kebetulan pula perkataan wajah di gunakan untuk tafsiran tertentu dalam sajak sarah. Begitu juga puisi saya. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sama.Suka saya untuk tekankan tak ada sebarang kaitan diantara dua puisi ni mahupun pada penulis puisi ni. Puisi yang saya post hanya untuk berkongsi atas dasar minat yang dalam pada puisi dan mungkin ada sebarang lubang2 kelemahan yang boleh di perbaiki lagi pada puisi saya. Mungkin ada di kalangan pembaca blog ni terdiri dari penulis2 yang hebat..Mungkin dengan post ni saya dapat perbaiki dan belajar lagi bagaimana menghasilkan sebuah puisi yang baik.
To anonymous,idathere,pena,anum san,zack idris & amani saya secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih atas komen kalau ada secara khususnya ke atas puisi saya. Bukan pulak hak saya untuk ber TK atas puisi sarah. Kalian dah menambah perencah bagi melazatkan hidangan namun demikian perencah tersebut tidak kena dengan ramuan,maka hidangan kita semuanya tak jadi...Maka berlaparlah kita semua kerana hidangan yang tak dapat di makan. ; )

Salam Mahabah.Salam Ukhwah.
khairil

Sarah Mohd Shukor said...

salam wbt,

semalam saya tak berkesempatan meninjau my world. kesibukan dan kerosakan laptop saya menjadi penghalang. terkejut juga saya membaca pelbagai ragam komen yang saya terima menerusi entry kali ini. tapi saya tegaskan di sini, sajak itu kebetulan saja saya tulis ketika berada dalam metro menuju ke hostel kawan pada hari ahad yang lalu. dan sesungguhnya sajak itu tiada kaitan langsung dengan sajak khairil. sebetulnya sajak khairil telah ditulis lebih setahun yang lalu dan saya sudahpun pernah membacanya sebelum ini. jika saya boleh memberikan jawapan, mungkin saya tahu siapa sebenarnya yang digambarkan dalam sajak tersebut. dan khairil juga tahu pada siapa dan kenapa sajak saya itu wujud dalam entry terbaru ini.

(sedang saya menulis komen ini, saya menerima email report mengatakan 'khairil just left a message in My Wolrd for Ada Satu Wajah')

cepat betul sesuatu yang kecil boleh dibesar-besarkan. dan cepat juga sesuatu yang kurang pasti dipersoalankan seolah-olah semuanya benar. banyak tafsiran yang boleh di bawa dalam perkataan wajah itu. tak semestinya (bagi sajak saya) merujuk kepada wajah seorang lelaki. dan tak semestinya juga wajah yang digambarkan oleh khairil adalah seorang perempuan yang bernama teman. gurunya barangkali. setiap daripada kita punya tafsiran yang berbeza.

buat anonymous, idahere, pena, anum san, zack idris dan amani, tiada apa-apa lanjutan atau laporan pada jabatan yang perlu kamu semua buat. sejujurnya, saya juga masih belum tahu, wajah siapa yang boleh membawa seribu ilham dalam hidup saya.

"Qul al-haqqa wa lau kana murran"
-berkata benarlah kamu walaupun ianya pahit-

Salam buat semua,
Sarah Mohd Shukor

Zokhri Idris said...

Kecewa nyerrrrrrrr... =)

deam,

u r damn gud poet.bagus giler sih. terkesima abg tgk note2 deam tu. so touching reach str8 2 da heart.ur counter comment seems so professional.macam artis wat press conference plak. menafikan sesuatu dengan cara yg paling baik dan sopan. mmg betul laa derang vote deam sbg president iman moscow chapter. kredibility seorg amir tue jelas ditunjukkan kat sini.
cuma satu jer yg berhormat,(lol) mana kite tahu perencah2 yg disediakan tue tdk kene dgn ramuan sebelum kite merasa tul tak? and seandainya tak kene sekalipun, tak semestinya ia takkan menjadi. bak kata org 'ikan di laut asam di darat' haaa kat mana mereka bertemu? dlm kuali gak kan.. (sy sudah bersedia utk menerima leteran panjang dr KS dgn memberikan peribahasa ini) lol

sarah,

sejujurnya tdklah kami mempebesar2kan perkara yg remeh.cumanye kami prihatin akan anda berdua.dan kami concern pada kalian berdua itu jer.dan sy yakin pendapat sy ini dipersetujui oleh commentator2 sebelum ini. kami hanya nakkan yg terbaik utk sarah. (nie pun masuk yg terbaiklaaa kan) toink sy akan dimarahi lagi.
mgkin wajah yg cik sarah sangkakan dlm sajak khairil adalah wajah yg lalu. bukanlah hidup ini silih berganti? dan mgkin ape yg khairil tahu mengenai wajah anda dlm sajak anda adalah wajah yg sudah tiada.lantaran itu,kekosongan itu sewajarnya di isi.agar sang hati tdk terus meratapi sepi (abis laa sy,sudah tdk blh diselamatkan lagi..=)tulun tulun

love both of u,

x

Sarah Mohd Shukor said...

seems that there is somebody who's counting the day to die ~huhuhu~

tapi memang hidangan tu takkan jadi..cubala bayangkan. nak masak gulai lemak cili api tapi guna ramuan kari ikan. sungguhpun ikan dari laut dan asam dari daratan berkelana jauh untuk bertemu dalam kuali sekalipun, gulai masak lemak cili api tu tetap takkan jadi. nanti ntah jadi warna apa tah gulai tu. (perumpamaan yang tak bape nak kena sebenarnya tapi nak tulis jugak!)

kenapa isu wajah masih dibicarakan? kalau mcm tu, nanti saya tulis pasal 'ada satu topi' la pulak. so nanti kita semua bahaskan ramai2 topi siapa yang saya fikir2kan tu.ntah2 topi abg wan tak? ne ne ne ne ne... dalam diari hidup saya hari ini, tiada tersimpan wajah dulu atau apa2 saja yang mencurigakan ~huhu~ dan tiada kekosongan yang perlu diisi atau apa saja term yang sesuai digunakan kerana sesungguhnya, setiap yang kosong itu ada UDARA yang memenuhi (^o^)

dulu emak saya pesan, kalau kita rasa kosong, ingat allah selalu. banyakkan lagi zikir dan ibadah.

dan emak juga pernah kata dulu: kita tak kurang walau kita seorang.

saya yakin, ramai yang setuju dengan apa yang emak saya kata pada anaknya yang nampak kuat, tapi selalu saja mencari dia bilamana semangat sudah nyawa-nyawa ikan.......

Anonymous said...

salam..hish!!kenape sumer org ni?? caye la,wajah tu bukan wajah khairil atau sarah,tu adalah wajah saye... hahhahaha!!!tol kn KS??ckpla 'betol'..huhum,,si penulis sajak 'ada satu wajah' tu refer pd saye(ni rse sgt PERASAN!!~ak xleh terime!!!)hahaha..neway,KS, we are always praying d best for u!! xkesahla wajah tu wajah sape,yg kitorg sume pasti,wajah tu mesti kiut miut!!huhu
lg satu,ade plak resepi masak ikan kari la,gulai la..saye nk makan sambal tumis sotong!!ade sape leh ckp resepi die??bg secepat mungkin ye..hehehe~~GO KS..GO..
wassalam

Anonymous said...

sarah, saya setuju ngan mak awak!!!

Sarah Mohd Shukor said...

@wanie205:
xyah amik resepi org lain dh.sambal sotong wanie tu is the best ever.ks makan sambal tu dgn nasi dgn kicap pun dh cukup heaven dh walaupun sambal tu dh x de sotongnye dh pun =p

@amani:
& saya lebih2 lg bersetuju dgn emak saya tu...

Anonymous said...

belom sempat pape,private eye pena dh xleh nk jalankn siasatan since case closed..walaubagaimanapn,detik hati detektif amatur ini terasa seperti ada sesuatu yg xkena..bagai ade konspirasi utk menguburkn siasatan ini..jeng3..lol.maaf ya mr zackidris,laporan xsempat ditaip,bahkn xsempat siasat pn..huhu

Zokhri Idris said...

Agen Pena,

huh? ada konspirasi utk menggagalkan konspirasi ini? bagaimanakah? ini satu benda yg serius dan akan diberi perhatian serius oleh pihak jabatan.
waaaaaa detik hati yg mahal tuuuuuuuuu.huhuhu.
apapun,klu ada ape2 upadte,terus saje pada sy,tdk perlu melalui org tgh.nnt berkubur lagi siasatan cik pena tue.

sy yg menjalankan tugas,
x

Sarah Mohd Shukor said...

@zack idris
salam..eh, xde xde...kes dibubarkan kerana tiada bukti2 kukuh dan pendapat peribadi tak diterima dalam perbicaraan. harap maklum.tambahan, agen pena dah dilucutkan jawatan secara rasmi kerana melibatkan diri dengan pihak luar secara rahsia.huhu