Biiznillah, badan saya memanas tiba-tiba sejak tengah malam tadi. Demam. Sudah terlalu lama badan tidak sesakit selenguh hari ini. Juga tidak ke kelas Surgery dan PYCCKUU RZUK (sebutan : Russky Yizik = Russian Language).
Semalam saya ke hospital menemankan seorang junior yang sakit. Atas pemerhatian umum dan pemeriksaan ala kadar yang sempat saya buat sebelum ke hospital, saya mengesyaki junior tersebut mempunyai neurological problem.

Dan sungguh, apabila tiba di hospital, dia telah diusulkan bertemu neuropathologist untuk terus mendapatkan rawatan lanjut. Alhamdulillah, sakitnya adalah 'peripheral', bukannya dari kerosakan di otak ataupun saraf tunjang (spinal cord). Oleh itu, dia boleh dirawat sepenuhnya. Namun, rawatan penuh akan mengambil masa yang agak lama.
Bersabarlah Saufi. Sakit itu adalah KAFARAH dari Allah untuk kita menyucikan dosa-dosa kecil yang tidak kita sedari.
Untuk diri saya sendiri, sungguhpun hanya demam dan batuk-batuk biasa, tetapi ini juga adalah pengajaran buat diri saya sendiri agar lebih menjaga kesihatan pada masa mendatang.
D untuk Demam. Demam itu dugaan. Dugaan itu tanda Allah sayang.
p/s: Ketika bersendirian di bilik tengahari tadi, saya terbayangkan ruz billaban, juadah buat orang sakit, seperti mana yang disajikan oleh Maria buat Fahri.

10 comments:
"juadah buat orang sakit, seperti mana yang disajikan oleh Maria buat Fahri".
Nampaknya ada yang begitu teruja dengan Ayat-ayat Cinta..
'Sakit itu adalah KAFARAH dari Allah untuk kita menyucikan dosa-dosa kecil yang tidak kita sedari.'
My mum always said the same thing... :)
Get well soon KS!-M
macam best je makanan tu.. orang tak sakit bleh makan?
syafakillah ya habibati..
kalo sy ada dekat sarah,sy akan buatkan ruz billaban utk sarah^_^
take enuf rest k..mu
tp kn KS,klo wani buat ruz billaban tu,sure tambah2 demam KS.. pelik2 kang wani tambah dlm.. nnt bukan ruz billaban yg jd, maybe jd bubur lambuk cam dekat Kg Baru tu.. hihi ('o-,)V
semoga cepat sihat ya~
shafakillah ya habibti..
demam penyembuh dosa..
ruz billaban..
ada resepinya tak??
akak pernah merasa waktu ikuti jamuan hari raya para pensyarah Arabic Division, CELPAD IIUM kat Ampang..
sekali rasa dah jatuh cinta.. :-)
Salam wbt to all,
It has been days i didnt show up here. High fever with cough and flu really make me prefer to lie in bed reading light stuffs and sometimes send my knightfighters to missions =) (i enjoy my fever by doing stuffs i seldom have time to spend with)
To bro mukhriz,
sy bukan teruja, cuma teringat semula je. sewaktu fahri demam panas, ruz billaban dihantar oleh maria sbg 'ubat tangan' drpdnya. lalu sy pun terbayang sajalah, apakah rasanya demam kali ini dihidangkan ruz billaban sbg penyejuk badan =)
To Maddie,
i realized 1 thing. whatever words that came out from me, will always have said by ur mother 1st.
so here i'm. not only ur sis in our usrah. but also kinda a mum to the 3 of u (it's better to be like a sis to syima, not a mum). thanks for the doa!
To Nan,
uiks, org tak sakit boleh pandang je. klu nti ngah buat, awak tak leh. sbb nanti klu awak debab, nak ke farah pandang. haha. kaklong lain la. dia pengerusi buntal sedunia. walaupun dah kurus, buntal tetap sanjung dia esply buntal yg di uitm shah alam tu =p
To Faaiqah,
ni demam rindu kot. faiq, mcm yg habib albiki kata, thn ni misti ada 1 ogos utk kita. moga2 allah lapangkan masa utk kita jumpa lg.
kalaulah awak ada di sini.......
To wanie,
jadi bubur lambur pun ok. sbb semua yg wanie masak mmg semuanya sedap2 aja.
p/s: eh wanie, 2-3 mlm lepas ks tengok dapur kita berasap pukul berapa pagi tak. siapalah yg masak tu ye (^^,)
To Mimie,
Terima kasih byk2 mimie. semoga awak tak sakit lama mcm sy ni. nanti susah sbb kena amik MC lama. kerja tertangguh nanti! susah maa.. =)
To Kak Tikah,
Terima kasih atas doa dr akak tu. sy takde resepinya.tp ala kadar yg diajar secara lisan oleh isteri sheikh ada la jugak ingat lg. tp disebutnya, klu dapat susu kerbau or susu kambing, itu yg terbaik utk badan. susah nak cari tu. baik la kita ubah jd resepi sendiri. guna je susu segar biasa. insya allah akan jadi.
sakit demam biasa ni apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kak chik. semoga doa sy sampai terus padanya.
Dari La Tahdzan - Chapter 33 : KESENGSARAAN ITU PENUH HIKMAH -
"Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga, sehingga harus dibenci.Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang. Sesungguhnya, ketulusan doa muncul tatkala kesakitan yg perit dan ketulusan tasbih sentiasa terucap dtg dari hati yg sakit. Terkadang penderitaan itu justeru memberikan kekuatan bagimu dan akan menjadi sebuah kenikmatan pada suatu hari nanti."
Rabbi yassir wala tu3assir...
SEmoga cepat sembuh ya Sarah?
salam mama sarah,
demam masih belum baik. masih sangat panas dan mengigil-gigil. harapnya akan semakin baik di hujung minggu ni.
Post a Comment