Friday, March 09, 2007

Ruz Billaban


Suatu waktu dulu
Aku dilamarmu
Tanda setuju
Kata hati dan aturan tuhanmu

Tertulis di Luh Mahfuz
Akulah bakal isterimu

Telah aku lalui jua

Saat kau datangi hidupku dengan lafaz syahadah
Bekal katamu buat harungi dunia
Juga pasak kehidupan kita berdua
Lalu dengan itu aku terima
Kau datang dengan penuh adanya
Kerana kau suamiku
Habibi jiwa pundak aku letak segala

Bait kita kau hamornikan

Basah lidah alunan Al-Quran
Harum indah bagaikan di taman khayalan

Cinta kita kau asyikkan

Kenalkan aku lebih dengan tuhan

Aku senang, kerana itulah idaman
Untuk hidup dan mati di atas landasan


Senyummu melerai simpul di hati
Susahmu mendurja sengsara nafsi

Sedihmu membasahi pipi ini
Marahmu mengundang pilu segenap nadi

Lalu aku persiapkan diri

Dengan hiasan muslimah solehah
Agar kau tenang melepas lelah
Kerana aku mendokong syariah
Pendamping tatkala kau senang dan payah

Urusanku kau permudah
Jemuranku kau persudah

Masakanku kau jamah
Demamku kau demah
Sakitku tiada lemah

Kerana pasti akan tersedia
Nasi susu tanda sayangmu
Ruz billaban di sisiku


Tidurmu kudampingkan
Sunyimu kuhiburkan
Jatuhmu kubangunkan

Sedihmu kulagukan
Sakitmu kubelaikan

Dan pasti jua kutanakkan
Ruz billaban
Dingin bertaburan kismis manisan

Buat insan pilihan
Yang sentiasa aku rindukan
Dalam doa dan tangisan


Suamiku Ya Harisan
Ya Habib Albey
Bidadara dunia teman dari Ilahi


-Ditujukan khas buat Faaiqah di Medical Faculty of Cairo University, sahabat yang paling saya sayang, selamanya-

*Ruz Billaban bermaksud nasi susu, hidangan Arab Mesir yang disajikan sebagai manisan yang boleh menyejukkan badan. Beras yang dimasak dengan susu ini membuatkan nasinya pekat tapi bukan bubur. Gula dan kismis ditambah sebagai pelazat lidah. Saya mula mengetahui akan ruz billaban bilamana membaca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman Al-Sherazi. Ketika Fahri sakit, Maria menyediakan ruz billaban untuknya. Hati selalu tertanya-tanya bagaimana rasanya ruz billaban. Alhamdulillah. Kunjungan ke Egypt benar-benar terjadi seperti yang saya impikan. Perjalanan menjejak Ayat-ayat Cinta. Rezeki juga, sempat pula saya bertamu ke rumah cucu keturunan Rasulullah saw, Sheikh Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba'ith, dan dimakbulkan Allah, sempena Hari Asyura, isteri Syeikh menyaji ruz billaban buat tetamu. Sungguh! Hati telah jatuh cinta pada Ruz Billaban. Dalam perjalanan pulang dari Alexanderia ke Cairo, saya berseloroh dengan sahabat baik saya, Faaiqah, yang saya akan menulis sebuah sajak yang bertajuk Ruz Billaban.

Habibi = Kekasihku
Bait = Rumah
Harisan = Yang Bijak
Habib Albey = Kekasih hatiku ('ami/sebutan pasar)

15 comments:

Anonymous said...

ruz billaban ini adakah roti beserta susu? kan3? wah, teringat ngan roti yg ada kismis dlm dia..ada gula juga..enak dimakan bercicahkan kopi bonda..tatkala menonton siaran bola tertunda..haha

Zokhri Idris said...

salam

is dis marvellous rendition yours? omg u made me really astoundedly startled upon underlining da words.
i can see a great potential in u.

who says da past doesnt matter? see, da past has made u da recent you.i shud seek anum 2 know more about you.lol.

in love wif Ruz Billaban now.

love loads,
x

Anonymous said...

heh silap maksud..ngaa!!

Zuhdi Najib said...

kawan sy ada suggest buku ayat-ayat cinta. igtkan cerita jiwang! haha. rupanya cinta lain!

Anonymous said...

"ruz billaban......"
makna yg sgt tersirat.
penuh pengertian utk empunya diri.
kisah yg mencoretkan seribu satu kenangan,
kau,aku dan juga dirinya..
moga kekal berpnjgn hingga ke akhirnya.


p/s : nak sajak 1 ogos

Sarah Mohd Shukor said...

Salam to all...

alhamdulillah.just got back home last nite and was very intendedly wanted to give some feedbacks here.but the calling from the duvet and pillows couldnt be resisted. hihi.

quite a shock, a few comments are already left here.

to warx hensem,
seperti yg kamu dah tersedar sendiri, ruz billaban tu adalah nasi dgn susu. arzun=nasi, labanun=susu. (kelas bahasa arab sebentar). klu nak cicah2 dgn kopi, akak prefer biskut mayat. huhu.kamu tau tak biskut mayat tu mcm mana? klu tak tau jugak tu,memangla...

utk pengetahuan yg lain, warx hensem aka Mohd Shafiq Ramjis aka MSR is my junior back in kisas n currently furthering study in US. used to know him quite well since in kisas bcos he's so popular. am not sure the reason why, but i can say maybe bcos his senior from lower form was my roommate.lots i knew abt him (dun worry shafiq, akak dah lupa dah rasanya.) =)

to abg wan,
salam wbt.thnks for the compliments. need to learn more n more. n for me, the past doesnt really influent the present. here i am. in the present, catching my ambition, enjoying my passion. therefore i'll have a wonderful life featuring my passionated ambition.

"terima daku seadanya, aku hadir begini"

in love wit Ruz Billaban? Me too!!


to najib,
so kamu dah bacalah ye buku tu? bagus kan? promote sikit suruh nan dan farah baca. bahaya diorg tu.huhuu

to habib albey,
the 1 that i've been waiting for...
semoga 'hadiah' ini boleh membuatkan awak tersenyum n semoga semua cerita kita akn terus boleh menjadi inspirasi utk sy menulis.

nak sajak 1 ogos pulak? alamak. sy rasa, sajak tu akn jd 2 dlm 1. gembiran dlm duka. gembira utk awk, tp maybe kategori duka tu utk sy. nvr tot to write smthg on it. hmm..i'll consider it dear.

utk pngetahuan semua, habib albey adlh kekasih hati sy yg sy syg sgt2. sahabat terbaik pernah sy jumpa n sy sygkn dia krn dialah sahabat yg paling memahami sy, dlm segala aspek. dan yg penting jg, kami sekepala!

Nurul Faaiqah
seindah rupa
sejaguh nama
puteri dalam jaga
bidadari dalam lena
peniup arang-arang menyalakan satu rasa
membarakan jiwa yang lara
menyanyikan lagu panji jaya

tanpamu aku bukan Sarah
tanpaku kau bukan Faaiqah

Anonymous said...

to my sweetheart sarah,


hehe..sarah silap org la
actually sfifqh=faaiqah
habib albey tu is my hubby :-D
dia yg mintak poem 1 ogos
(ngada2 ek:-P)

tq so much for the sweet poem
sarah mmg kwn sy yg plg hebat dlm sume segi

we're proud of u, sarah!!!

lots of luv
sfifqh

Vann said...

Memang sesuatu..Sarah tulis Ruzz Billaban...saya tulis Penangan Kek Coklat..kesimpulannya dua-dua tgh lapar..huhuhuhu..whatta coincident..:)

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Faaiqah n Habib albiki,

Sungguh! ya ampun faiq. so, ni sy tukar komen sy jd mcm ni:

to habib albey,
the 1 that i've been knowing for years...
semoga 'hadiah' ini boleh membuatkan awak tersenyum n semoga semua cerita awk n faiq akn terus boleh menjadi inspirasi utk sy menulis.

nak sajak 1 ogos pulak? alamak. sy rasa, sajak tu akn jd 2 dlm 1. gembira dlm duka. gembira utk awk berdua, tp maybe kategori duka tu utk sy. nvr tot to write smthg on it. hmm..i'll consider it, insya allah.

utk pngetahuan semua, habib albey adlh sahabat sy juga yg sempat sy kenali sewkt di pasum (sungguhpun 2 bulan je). semakin rapat atau related dgn dia sejak sahabat baik sy bakal mendirikn istana dgn nya. semoga istana impian akn terbina dgn penuh rahmat n redha allah. sy mmg adore diorg berdua. sbb penuh dgn kesabaran n menuju ke jln yg sepatutnya.

faiq,
mula2 sy baca komen dr 'habib albey ' (now i should address him as habib albiki), sy terkejut sbb teringat akan habib albey yg ada dlm hp sy..haha..(koya la tu namanya sarah ni) tp lepas tu realized yg tu awak (but now just realized 1 more thg that its urs, not u).

tp habib albey in my hp tu was just a name. not a specific person anymore. sbb tak wujud pun (dah). huhu. n takde dah pun nama rekaan tu. (sarah koya sarah koya sarah koya).

With lot of loves from me,
May u both be blessed and always happy,
Through days and nights that will come up freely,
May our love blossom like lily of the valley,
Oh convallaria,
Please heat up our winter,
Color our spring
Cool down our summer,
And green up the falling.

Oh Allah,
Leave us in this garden,
To love and be loved,
Just like in heaven.

love u loads,
always sarah

Sarah Mohd Shukor said...

Salam bro mukhreez,

kebetulan..kita dua-dua lapar? mmg sy lapar (di saat ni sbb tak makan lagi sepanjang hari ni). Penangan kek coklat dan Ruz billaban. dua menu yg berbeza budaya tp bawa mesej yg hampir sama.

p/s: nanti sy nak tulis pengat pisang, sloika veshnya =) doakan moga allah lapangkan masa saya, utk study dan dunia saya.

Anonymous said...

"gembira dlm duka. gembira utk awk berdua, tp maybe kategori duka tu utk sy....."

ada kiasan yg tersirat dalam perkataan yg tersurat..

sarah,
walau badai menimpa,
walau seribu kepahitan melanda,
kuatkan dirimu hadapi segalanya,
kami ada sbgi pendengar setia,
moga dirimu kan ketemu bahagia jua.

p/s :this year 1 ogos kene ada tau..last year takde..:-(

Sarah Mohd Shukor said...

salam habib albey (HA),

1st of all, ur name wont be revealed here. safety 1st.hihi.

HA, thanks for the endless support u both have given me. may our friendship last forever.

p/s: tahun ni insya allah akan ada 1 Ogos itu. pasti, insya allah...HA dah nak grad kan? so, org yg dah kerja la yg kena belanja =D

Acaii Jawe said...

hi sarah, kita kembali kepada beberapa bulan lepas,hehe..masa ni sy dah kenal awk lum?hehehe..waaa, jelesnya pergi ke cairo tu,huhu..

sarah, awk mmg seorang yg ebrbakat tulis puisi tu, sy suka sangat membacanya...:) kalaula saya tahu buat puisi sy akan buat sebuah puisi bertajuk "sarah"..:)

Sarah Mohd Shukor said...

Acai, nostalgianya pusing balik entry hmpir setahun lepas. masa ni belum kenal lg rasanya. takde la berbakat pun. suka2 je wkt ada masa lapang. nak buat puisi "sarah"? huhu.. malu sy baca ni. hahha. nasib baik cikgu jawe takde :p *gelak*

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

indah sungguh sajaknye iyer...
mabruk