Assalamualaikum wbt
Saya ditag lagi. Dan kali ini angkara Ryn Si B*ntang. Tagnya mudah saja. Ceritakan tentang 4 orang yang saya suka beserta alasan. Dan sekiranya saya hendak mengetag orang lain pula, saya hanya perlu maklumkan kepada orang itu bahawa mereka telah ditag.
Maka, dengan jujurnya saya senaraikan siapakah yang saya suka (ahli keluarga adalah terkecuali):
NURUL FAAIQAH JAINUDDIN (FAIQ)
-Dia ni kawan baik sejak tingkatan 4 di KISAS. Kami sekelas di kelas 4 Sc 5 dan 5 Sc 7. Kami pernah berjanji kalau ditakdirkan kami masuk ke kelas yang telah dirombak (streaming class), kami hendak duduk sebelah menyebelah. Dan sememangnya kami duduk berempat di kelompok meja di pintu belakang kelas. Dulu aktiviti dalam kelas mesti kami lakukan bersama termasuk tidur sewaktu kelas BM. Kami berdua tersengguk-sengguk secara berjemaah. Cikgu BM kami adalah Cikgu Jam. Dia adalah cikgu bahas saya. Dia pun tak kisah melihat kami begitu. Apa nak buat kan, Faiq. Dah ngantuk. Layan ajelah. Tapi tidaklah sampai melepek di atas meja. Sehingga di ASASI Sains UM (PASUM), kami masih bersama. Sama blok hostel dan sama aras. Selalu berkumpul di suru bersama-sama. Lalu berpindah pula ke Intec setelah kami mendapat tawaran JPA. Sama blok hostel bezanya cuma lain pintu masuk. Tapi kami selalu berjumpa. Makan pun bersama-sama. Buka puasa pun bersama-sama. Buka puasa yang paling tak boleh dilupakan adalah pada 1/7/2003 di mana Faiq menjadi saksi saya yang sedang makan dan tiba-tiba mendapat mesej, terkejut lalu jatuh dari kerusi dan handphone saya jatuh berderai. Saya yakin, Faiq ingat semuanya ini. Setiap kali balik bercuti di Malaysia, kami akan berjumpa. 1 lagi kenangan adalah pada 1/8/2004. Kali ini saya pula yang menyaksikan detik-detik kebahagiaan dia. YM sentiasa menjadi penghubung kami berdua. Juga SMS dan lagi klasik, Faiq pernah megirim surat buat saya dari Cairo. Surat itu masih saya simpan beserta buku-buku yang dikirimnya. Faiq seorang yang sangat menyimpan rahsia, sentiasa terseyum dan sebolehnya cuba untuk membantu menyelesaikan masalah saya. Teringat pula sewaktu saya ke Egypt. Sebaik bertemu Faiq sewaktu di Abbasiah, kami berpelukan setelah setahun lebih tidak bertemu. Dan ketika di Alexanderia, kami berjalan berdua ke sana ke mari dan berperangai seperti budak-budak yang telah lama tidak kami lakukan. Faiq, saya sayang awak! Sangat-sangat!
NUR ANISA ANUAR
-Inilah Kak Ani yang sering saya sebut-sebutkan. Senior merangkap jurulatih bahas dulu. Kak Ani sinonim namnya dengan Abg. Wan. Mereka berdua ini banyak menyimpan segala macam kisah yang tejadi pada saya dulu-dulu. Maklum sajalah. Budak mentah. Mestilah perlukan nasihat orang tua-tua. Ketika itu, Kak Ani masih lagi belajar di UIA dalam jurusan Undang-undang. Mahallahnya selalu menjadi tepat saya 'menyeludup' ketika datang ke UIA. Dan kini Kak Ani bekerja di Petronas Kerteh. Saya sayangkan Kak Ani seperti kakak sendiri kerana dia seorng yang menyimpan rahsia, tabah, suka belanja orang lain terutamnya dalam bab makan dan Kak Ani merupakan orang yang akan cuba utuk memahami perasaan orang lain dengan sebolehnya. Bagi saya, Kak Ani tidak layak untuk disakiti. Kak Ani, saya sayang Kak Ani.
AHLI RUMAH 205
-Saya tau tak adil saya menggolongkan mereka sebagai 'seorang'. Tapi hakikatnya saya sangat suka akan mereka. Emy, Pena, Wani, Fatt dan Diba. Hidup saya di Moscow bermakna kerana adanya mereka. Cuti-cuti begini, saya rindukan mereka. Biasanya setiap hari, ada saja jenaka yang mereka kenakan pada saya. Lebih-lebih lagi ketika musim exam yang lalu. Setiap hari ada saja gelaran yang mereka berikan kepada saya termsuk tikus mondok, si ulat dan hentah apa-apa lagi. Oh, sungguh! Saya pasti akan rindukan mereka apabila telah tamat nanti. Sungguhpun mereka muda dua tahun dari saya, tapi kami semua bagaikan sebaya saja. 205 memang best!
NO NAME
-Ingat senang ke nak buat tag ni? Saya sangat kekurangan kawan dalam dunia nyata. Jadi sangat susah untuk saya senaraikan siapa yang saya suka sebab jawapannya sangat terhad. Jadi saya khaskan yang keempat ini untuk kamu semua kerana bagi saya, saya sukakan kamu semua! Siapa kamu semua itu? ITU! Yang tersenarai disebelah kiri blog ini. Dan ada beberapa yang tiada dalam senarai itu seperti 13May, Sunan Jati, DD, Azwan, Alia MMU dan Wani Nizhny yang masih belum sempat saya letakkan link mereka di situ. Juga yang hanya mengintip-ngintip secara diam di blog ini. Juga yang kadang-kala ada meninggalkan komen seperti Oneib. Juga seorang sahabat yang selalu menghubungi saya melalui Friendster message yang jika tak kerana dia, Friendster saya seperti tiada gunanya. Juga abang-abang saya yang best iaitu Abang Khairil dan Abang Zam. Saya sayang kamu semua! Sungguh!
Dan dengan ini saya hanya hendak mengetag 2 orang saja iaitu:
- Wani
- Pena
Sebab teringin nak tahu siapalah yang kamu suka. KS kot. *senyum*
_____________________________________________________________________________________
Hari buat dia:
34) Prihatin adalah apabila pandangan, teguran dan kasih sayang diadun dalam satu.

9 comments:
Sarah,
Saya suka kamu! ;)
sarah,saya amat2 sukakan,sgt2 sygkan kamu :)
hehe.
sume insan yg ryn ckp tuh,sume dlm dunia maya :P
Mimi:
Saya suka kamu juga!
Ryn:
hutang tinggal lg 1 je :)
saya sayang n suka sama kamu jugak rynak!
ehehe..kalau dlm dunia maya je, sy ada beruluh2 org yg sy suka. semuanya baik2 :)
Saya pun... -<-@
hmm, ni dh lebih dr 4 org...malah semua org yg baca entry ni pun disukai, anonymous pun.
mgkn awk cuma ingin menjaga perasaan kawan2 awk yg sgt ramai ni, heh.
"Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu." ~ Luqman al-Hakim
ai suka yu lah.
he he he.
*malu*
ha ha ha.
Oneib:
yeye..dpt bunga..tenkiu! *senyum*
Adilin:
sejujurnya bukan sbb nak jaga perasaan tp mmg mereka semua ni lah yg terus dth dlm ingatan bila terfikirkan siapakh 'kawan' sy. sungguh. x tipu. kamu semua mmg special bg sy.
Cik Ati:
ai plak x sabar nk jumpa yu awl ogos ni. cik ati, 1st day cik ati masak. then baru sy n faiq masak. then saufi masak. huhu. kan best ada giliran camni. hehe
wonder how'd i be looked like in ur ingatan...
Oneib:
sy terbayang awk ada mata, hidung, n segala pancaindera yg sempurna la. hehe.
Post a Comment