Assalamualaikum wbt
Orang kata, ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.
Tapi persoalannya, praktikalnya bertemu dan berpisah kerana Allah itu bagaimana caranya?
Orang kata, barkawan biar seribu, berkasih biarlah satu.
Tapi praktikalnya, ramai kini yang silih berganti kekasihnya dan tidak lagi setia pada yang satu selamanya.
Orang kata, kawan itu seperti chipsmore. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.
Tapi, kalau begitulah ibaratnya seorang kawan, siapakah yang terbaik untuk kita jadikan teman?
Orang kata, teman itu pula ibarat L'oreal. Kita tahu dia menjaga kita dan kita pula menganggap dirinya berharga.
Tapi, adakah itu teman jika dalam kesusahan dia hilang dan beralasan jika kita perlukan pertolongan?
Orang kata, sahabat itu ibarat pembuat minyak wangi. Kita mendapat manfaat apabila bersahabat dengannya. Walaupun berjauhan, bau minyak wangi tetap tempias pada kita.
Tapi, kalau pembuat minyak wangi itu letak jawatan bagaimana? Sudah tiadakah sahabat yang seperti dia lagi?
Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Tapi, dalam kita berjuang, ada rezeki yang perlu kita ketepikan, dan banyak pula halangan dan orang yang membenci kita perlu kita hadapi.
Pujangga pula kata, hidup ini perlukan kesederhanaan. Jangan kita terlalu menyayangi seseorang itu kerana kelak kita akan terlalu membencinya. Dan jangan pula terlalu membenci seseorang itu kerana kelak takut kita terlalu menyintainya.
Tapi, jika hidup semudah itu sifirnya, baiklah sekarang kita membenci semua orang agar kelak semua orang kita sayangi.
Rasulullah pula bersabda, hidup ini akan roboh kalau tiada tiangnya. Dan tiang agama adalah solat. Sungguhpun kita berbaju yang cantik-cantik (yakni beribadah dengan sepenuh hati) namun tiada tempat sangkutannya (yakni solat 5 waktu), tiada gunanya kita beramal soleh itu.
Rasulullah menambah lagi, petua untuk hidup harmoni tanpa mengira orang itu kawan, teman, sahabat mahupun lawan adalah 'Jangan Marah'.
Dan akhirnya Rasulullah berkata, kemanisan iman itu dapat dikecapi sekiranya kita meletakkan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai yang utama, mencintai yang selain keduanya pula adalah kerana Allah dan membenci kekufuran sama seperti benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka.
Pendek cerita, Rasulullah telah menitipkan atur cara untuk hidup harmoni sesama manusia dan telah menjadikan garis panduan kemanisan iman itu sendiri.Terpulang kepada kita bagaimana untuk mengaplikasikannya dan sejauh mana kita cuba mengadaptasikan kehidupan kita yang dulu dengan muamalah kehidupan yang dianjurkan oleh Islam.
Nota: Tadi saya ke Dean's Office untuk menjelaskan bayaran hostel dan urusan pendaftaran sekaligus memperbaharui visa saya kerana saya telah memperbaharui passport saya ketika di Malaysia. Jadi, tempoh sahlaku visa saya hanya sah selama 3 hari setelah pulang semula ke sini. Sebaik selesai urusan pendaftaran dan saya perlu mengambil slip pengesahan untuk membuat visa, saya perlu menemui pegawai di bilik bahagian bayaran untuk mendapatkan sehelai slip itu saja.
Malangnya, setelah beratur berjam-jam lamanya, seorang wakil pelajar yang tidak memahami situasi saya (iaitu apa yang saya perlu lakukan waktu itu) telah menyuruh saya beratur semula di belakang sekali. Katanya, saya memotong barisan! Sedangkan saya terus ke bilik itu setelah mendapat arahan dari kaunter bahagian pendaftaran. Sungguh saya sangat marah diperkotak-katikkan sebegitu sekali. Apa wakil pelajar itu ingat, dia sudah di tahun akhir, jadi dia berkuasa menentukan prosedur di bahagian pendaftaran itu? Apa dia rasa semuanya boleh ditentukan mengikut telunjuknya? Saya terlalu bengang. Walaupun tempoh visa saya hanya sah sehingga esok, tapi saya sudah tidak peduli. Saya terus pulang kerana bengang dimarah dihadapan puluhan junior tahun 2 di situ.
Sebaik tiba di bilik, saya terus membuka hand-out yang diberikan oleh seorang kawan berkurun lamanya. Kebetulan hand-out itu saya jumpa di celah susunan buku malam tadi dan saya sengaja letakkan di atas meja agar saya dapat membacanya setelah pulang dari hospital hari ini. Terkesima saya kerana di dalam hand-out itu membincangkan tentang hadis 'La Taghdhab' yang bermaksud 'Jangan Marah'. Laju saya terus ke tandas mengambil wudhuk untuk menyejukkan hati yang masih lagi membara kerana dimalukan di khalayak ramai. Hmm.. Sudah nasib saya. Malang menimpa saya pada hari ini. Memang sudah lumrah, langit itu tidak selalunya cerah...
Semoga Allah mengampuni dosa kecil saya ini dan semoga pelajar itu tadi menyedari kesalahannya selepas ini. Amin...
____________________________________________________________________
Hari buat dia:
43) "Oleh itu takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah..." Asy-Syura: 108, 131, 144, 150, 163, 179 ---> In different verses, in ONE surah, with ONE meaning...

9 comments:
salam ks,
i know who are u talking about. when i was in moslanka office, there still got a lot of students queueing up. that makes me to turn back to hostel. Im totally give up to pay the hostel fee today! i wanna wait until they warn me to pay the fee. hahaha *evil laugh*
dont get angry ok??
ps: lain kali rempuh je.. kita kn 'jahat'! hehe *tp jgn ikut cara wani.. terlalu 'jahat'!!*
salam sarah..
kebetulan sy pun buat entri psl persahabatan, dan sy juga marah2..
heheh..
sekrg dah cool down skit.. :)
salam,
kasihannya..
tapi tu sume kecil for a big lady like u...cool gal...
sabar, sabar..heh.
hmm...rasenye br 2 bln lps dh tulis psl marah2 ni, tsss.
berapa ramai yg buat salah,
berapa ramai pula terus disedarkan akan kesalahannya,
berapa ramai pula yang segera insaf, tak ramai...
salam sara,
hari ni kat sini langit cerah, biru, terang...beautiful weather...must be global warming. :)
salam.....macam nama sahabt saya ks (kassim Selamat).
cool la kak sarah..huhu so, cmne visanya tu? x pasal2 kang kena handcuff sbb dah jd PATI kat rusia tu..hehe
semoga dah cool down...
this entry reminds me of my own passport. need to renew it as soon as possible.
sarah, jangan marah2 oke. hadapi dengan senyuman :)
langit yang x cerah itu kadang2 bawak rahmat.bile langit x cerah, berkemungkinan akan hujan. hujan itukan rahmat.
lepas hujan turun, Allah hadiahkan kite dengan pelangi pulak..
:)
Post a Comment