Assalamualaikum wbt
Sejak kecil, ketibaan Ramadhan memang sangat ditunggu-tunggu. Seingat saya, Ramadhan saya sentiasa genap 30 hari sejak saya berada dalam darjah 1 lagi. Mungkin ketika itu semangat berkobar-kobar kerana melihat kakak saya mendapat ganjaran kerana berpuasa penuh pada tahun sebelumnya itu.
Ramadhan sangat bermakna buat saya 15 tahun yang lalu kerana setiap hari, emak akan menyediakan juadah berbuka yang istimewa. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Tambahan, hampir setiap hari ayah akan membawa kami ke Pasar Ramadhan di bandar untuk membeli sebarang jenis kuih atau air yang kami kecurkan. Apa yang lebih saya sukakan adalah dapat memasak bersama emak. Waktu itu baru sekitar sekolah rendah tapi saya sangat suka menolong emak menyediakan hidangan seperti pai daging, sardin gulung, kek gula hangus dan bermacam-macam lagi. Pendek cerita, saya telah mula pandai menyediakan juadah tersebut sejak berumur 9 ke 10 tahun. Terima kasih emak kerana tak jemu-jemu menjawab soalan saya itu dan ini ketika menolongnya memasak.
Ramadhan sangat bermakna buat saya 10 tahun yang lalu kerana keindahan waktu bersahur yang dapat saya fahami. Menolong emak menyediakan sahur dengan memasak nasi dan memanaskan lauk-pauk yang telah siap dimasak sebelum tidur dan juga lebihan berbuka yang disimpan di dalam peti. Sungguh. Keberhargaan waktu itu tidak dapat ditukar ganti dengan sesuatu yang lain. Ramadhan juga semakin bermakna dalam hidup saya kerana penghayatan malammya pula saya isi dengan solat Tarawikh yang tidak akan kurang daripada 20 rakaat setiap malam. Jika sebelum ini, hanya 8 rakaat yang saya lalukan kerana merasakan diri masih kecil dan terikut-ikut dengan kawan-kawan yang berjemaah bersama di saf belakang. Dan hampir menjelangnya Syawal, setiap kali lepas bersahur, emak akan mengajak saya dan Kak Long untuk membuat kuih. Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Tapi emak sangat selalu mengingatkan. Kita berhari raya tidak perlu dalam keadaan yang bermewah-mewah. Pengertiannya sudah lari nanti. Benar. Dan keluarga kami tidak pernah terlalu bermewah-mewah tatkala tibanya Hari Raya.
Ramadhan sangat bermakna buat saya 6 tahun yang lalu kerana itulah merupakan kali pertama saya menjalani ibadah puasa bersama kawan-kawan di hostel. Keizzahan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang turut memainkan peranan yang menyebabkan saya merindui saat-saat berpuasa di sana. Serba sederhana tapi penghayatan Ramadhan itu dirasakan berada di tahap yang maksimum. Diikuti setahun berikutnya, saya menduduki SPM ketika Ramadhan menjelma. Saya kira, masa yang saya habiskan untuk membaca Al-Quran lebih lama berbanding yang saya gunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Bagi saya, saya tidak mahu disebabkan SPM, saya tidak sempat mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan itu. Dan Alhamdulillah, keberkatan Ramadhan membantu saya. Al-Quran berjaya dikhatamkan, SPM juga berterbangan warnanya di dalam tangan.
Ramadhan sangat bermakna buat saya 4 tahun yang lalu kerana itulah kali pertama saya berpuasa berjauhan yang sangat dari keluarga. Itulah kali pertama tidak mendengar suara emak mengejut untuk bangun menyediakan makanan untuk bersahur. Itulah kali pertama tidak mendengar suara adik-adik mengeluh disuruh bangun bersahur. Itulah kali pertama tidak berkesempatan bertadarus di rumah. Itulah kali pertama tidak ke masjid di kampung untuk bertarawikh bersama. Itulah kali pertama terpaksa berbuka puasa dalam kedinginan yang amat dan masih berada di dalam kelas. Itulah kali pertama berbuka puasa hanya dengan coklat dan air mineral. Dan itulah kali pertama setiap hari hanya berbuka puasa dengan sekadarnya kerana jadual kelas yang sangat padat pada sebelah petang. Hanya pada hujung minggu saja saya berkesempatan menyediakan juadah yang sedikit istimewa.
Kini telah hampir masuk 5 kali saya berpuasa di bumi Tsar ini. Ramadhan kali ini jatuh pada musim luruh. Subuh terlalu awal, manakala Maghrib pula sekitar jam 8.15 malam. Sekali lagi, Ramadhan kali ini sangat bermakna buat saya kerana inilah kali pertama kami semua di sini akan berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Hakikatnya Ramadhan itu bermakna buat kita jika kita benar-benar menghayatinya. Banyak yang boleh kita lakukan untuk menghayati Ramadhan. Dan dalam bulan mulia inilah proses pembersihan jiwa lebih berkesan dan terkesan. Bagi saya sendiri, saya berharap agar Ramadhan kali ini jauh lebih baik berbanding yang sebelumnya, dapat mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran seperti sebelumnya dan semoga Ramadhan kali ini membawa sesuatu untuk diri saya.
Dalam saya berdoa agar Ramadhan yang datang kali ini membawa keberkatan untuk semua, saya tetap rasa terkilan kerana tidak dapat berpuasa bersama keluarga, melihat telatah Adik Zizi dan Adik Aiman berbuka, memasak bersama emak, ke masjid dengan ayah, bertadarus di rumah, mendengar nasihat dan petua daripada Tok Halimah, mendengar perlbagai program kerohanian yang disediakan sempena Ramadhan di TV mahupun radio dan yang terutamanya terkilan kerana sebelum Ramadhan menjelang, saya tidak berkesempatan mencium tangan emak dan ayah agar diampunkan dosa-dosa saya terhadap mereka. Hanya kiriman SMS pengganti huluran salam maaf.
Sungguhpun demikian, Ramadhan di bumi orang lebih menginsafkan diri saya. Kesederhanaan, kesabaran yang lebih, kerapatan ukhwah, bertarawikh sesama Muslim di hostel ini, semuanya menjadikan saya merasakan bersyukur kerana diberikan peluang untuk menempuhi Ramadhan Mubarak di tempat orang.
Marhaban Ya Ramadhan. Semoga Kau limpahkan kami semua keberkatan yang tiada terhijab sepanjang bulan mulia ini, Ya Allah. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kami semua hamba yang lebih bersyukur. Dan semoga pahala yang saya peroleh nanti dipanjangkan oleh Allah untuk ketiga-tiga arwah tok lelaki saya yang telah meninggal dunia. Amin...
Nota: Buat semua yang membaca entry ini, saya memohon maaf andai ada salah silap yang telah saya lakukan, baik yang sedar mahupun tidak. Maaf, maaf dan maaf.
____________________________________________________________________
Hari buat dia:
47) “Saya tidak mengenal orang yang suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina. Dan tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah manusia.” { Bisyr al-Hafy }

29 comments:
oh suka yang teramat lagu ni!
umar! :)
oh oh!
sarah terima kasih..
hadiah dah selamat diterima..
terima kasih banyak-banyak..
salam Ramadhan :)
selamat berpuasa :)
Selalu berpuasa ketika menduduki peperiksaan dan begitu juga dengan Aidil Fitri. Sudah menjadi adat bagi sesiapa yang belajar di luar negara :).
Selamat berpuasa dan semoga puasa tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya.
p/s: I will be graduating at the end of 2009 and start working hopefully by 2010. Hopefully the working condition will be better by then :)
Salam Sarah.
Wah, awk masih ingat pada saya ye?
hehe..menunggu coretan terbaru saya ye?
Maaf lah, sejak akhir-akhir ni tadek mood lah nak update, lagi pun byk kali mc, tak berapa sihat...pertama kali menjadi bakal ibu lah katakan...terkena buatan 'orang' lah ni ( ;p hehehe )
ye lah,tahun ni pertama kali berpuasa & berbuka sebagai isteri. Ish, risaunye mcm mane lah ye, dah la balik kerja pukul 5.15pm cuma awal 15minit dari waktu sebelumnya tapi belum tentu report dapat siap dalam masa2 itu.
Tapi yang best nyer, mungkin tahun ni saya dapat berpuasa penuh heheheh (insyaAllah!_)
Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Ramadhan :)
Salams xoxo
salam,sarah.
sayu ryn bace.setakat neh,xde agik pose bjaohan dgn pemeli. jaoh2 pon, tetap berbuka dgn pemeli. dgn makcik,pakcik,anok buah,sepupuk.
haih~
sarah,
ryn nak mintak maap lau de tkasar bahse,tgurau mane yg x kene,tkutuk belakang cter and sume yg ter..ter..ter..
psst! xde mengumpat sarah pon ;p
take care oke.
koi saje cari blog temerloh .. camne boleh sampai ke sini pun tak tau la ...
best jugek baca cerita org kat russia
pasal bulan pose pulok tu .. lusa dah kena puasa .. menkalau daya bertahan ... kita bertahan dulu ..
kalau tak daye kita .... er errr kita cari port nyorok .. jgn kasik emok kite tau.. kui kui kui
tak layan ker kalau pose kat tempat org ... boleh isap rokok kat public .. takde jaip nok tangkap ...
Salam ziarah.
Ingat saya salah blog tadi. Nice template KS :)
Terima kasih sebab meninggalkan kesan tapak kaki di Journal O Mine.. Hehe.. Kakak Singa..
Opss.. :)
Selamat sambut ramadhan!
salam
akak
bile nk add sy dalam blog akak
jgn lupa ya
fathiyyah.blogspot.com
oh ya
sy skrg da ade kat cairo!
take care!
selamat berpuasa sarah. moga ramadan kali ni lebih bermakna dan prestasi amal lebih cemerlang berbanding ramadan2 yg lpas. ramadan bkn sekadar bulan rahmat dan pengampunan, ttp ia juga bulan yg penuh dgn ujian dan kesabaran. semoga kita semua tabah mghadapinya.
selamat menyambut ramadhan!
seronoknye bila kenang masa dulukan wak..kekadang time ramadhan camni mmg byk beri kenangan ngan keluarga..:) mesti rindu nak suh mak kejut,hihii..:) dulu masa kecik suka tunggu mak sentuh sy masa dia kejut..saje tak bangun time dia panggil..sbb nak rase tangan mak tu,huhu...rindu mak..:)
Salam,
Salam Ramadhan al-Mubarak
Salam kemaafan
terima kasih kerana dr mengingatkan saya
that every moment of previous Ramadhan yang ditempuhi itu amat bermakna besides hoping and doing the best for the coming.
oh..Selamat berumah baru...
rama2 je,kumbang nye?
wow
a niu look. i lyke it tho. i assume its a new look welcoming a brand niu month - ramadhan al mubarak.
never let da spirit down dear.
ahlan ya mubarak
xxx
at first i thought i had the wrong blog :). New look. Cool.
Salam to all...
Cik Ati:
sy pn suka lagu umar tu. dh sampai ye? smoga suka la dgn hadiah x seberapa tu :)
13May:
selamat berpuasa :)
Hafiz:
betul tu. mcm last yr, takde istilah raya langsung utk sy. even baju raya pn pakai 2mggu lps tu utk occasion lain. selamat berpuasa di bumi kangaroo sekali lg :)
Mimie:
awak pregnant ke?! waa...!!! tahniah! sukanye dpt baby! best best :) selamat menjalani ibadah puasa bersama suami. sonot la plak mendenarnye. sahur sama2. bukak puasa sama2. tarawikh sama2. hehe. semoga awk n baby sehat2 aje. suka la tu dpt puasa penuh. hehe. selamat berpuasa :)
Ryn:
ryn kan si gades cantek yg baek. sy tau ryn takde ngumpat sy. kutuk skit2 ada la kot. hehe. selamat berpuasa d srwak ye ryn :)
Anon si org temerloh:
thnks sbb suka baca. temerloh asal mane? taman apa? the best ever thing in temerloh during ramadhan is pasar ramadhan tepi sungai tu! sy suka roti john yg kedai depan2 kt area pntu masuk tu. dh bertahun2 x makan. kempunan :( Uiks.. mane boleh merokok ke apa. puasa ni bukan setakat kita2 je. tp kita dgn allah. mmg manusia x nmpak, tp allah nmpak. so takde maknenye dh klu puasa pun. kan? selamat berpuasa ye :)
Alif:
Kak Singa..?? ok jgk apa nama tu. nampak macho skit. hehe. ks bz sbnarnye. tu yg jarang merayap ke blog lain tu. selamat berpuasa ye anak singa :)
Fathiyyah:
ks dh add dh. ks tau kamu sume dh smpai cairo. in fact, we departed from klia on the very same day n time. selamat berpuasa di bumi kinanah :)
Danialle:
Selamat berpuasa :)
Thirah:
selamat berpuasa d msia dgn bestnye :)
Faisal:
yup..mmg rindu dgn kenangan puasa zaman kecik2 dulu. tp klu sy mmg x de can la nk rasa mak pegang2 utk kejut. sbb tidur kunci pintu. mak panggil dr luar je. huhu. apapun, selamat berpuasa ye acai :)
One:
Selamat berpuasa :) buat apa ada kumbang. x comey la klu ada kumbang tu nnti. huhu.
Abg Wan:
a new look as a new motivation to keep on writing :) never let the spirit down, abg wan. selamat berpuasa :) mis u!!!
Hafiz:
still the old My World, with the old Sarah, but with new make over, for a new spirit. selamat berpuasa :)
KS, terima kasih banyak2...
mana tahu suatu hari nanti sy terbang ke moscow..
akak, take care!
akak
tumpang tanya
mcm mana akak bley tukar background jd warna hitam tu?
ada gambar butterfly lagi..
cantikk sgt2
sy tgh nk meng'upgrade' kn blog sy ni
hehe
syukran
he eehh berwajah baru .. =)
sangat menarik sangat!!!
moga ibadah kita di terima oleh NYA
Ditutup pintu neraka dan di buka pintu syurga ..
Marhaban Ramadhan
bertuah anda melalui ssat manis masa bulan Ramadhan,harap dapat lagi kenangan manis u Ramadhan kali ni..
Salam..
Marilah kita sama2 maaf memaafi..
Lupakan yg lama.. Bina hidup baru..
Maafkan dosa2ku kalo ada ye cik Sarah hehe..
Adeh. Pembukaan entri ini dengan makanan. Buat saya terliur di pagi hari pertama puasa ni. Huhu.
selamat berpuasa kak sarah..sy minta mmaf gak ada salah silap kurang lebih..ramadan karim..
Fathiyyah:
sama2 kasih :) utk tukar tamplate, pegi ke customize. then kat situ ada bhgian tamplate. n klu nk letak gmbr2 ke kat header atas tu, edit di bahagian page element. masukkn URL gmbr yg kita nk. klu perlu, editla dulu gmbr yg kamu dh pilih tu ikut citara kamu. mcm tu je la. senang je. tp klu x de masa, toksah buat lg. nnti study ntah ke mana, ramadhan ntah ke mana, asyik dgn blog je. heheh :)
Abg Khairil:
yup2. wajah bru utk semangat baru. ramadhan kareem. selamat berpuasa ye abg khairil :)
Pire:
kamu pn ada peluang merasa berpuasa d tmpt org. smga ramadhan kali ni lebih baik drpd yg sebelumnye, ye pire :)
Ihab Habibi:
maafkn salah silap sy jgk. klu ada apa2projek baru, roger sy ok :p selamat berpuasa ihab :)
Azree:
sabar..sabar..tu baru cite sikit2 aje. klu ada gmbr skali, tu lg kuat ujian tu :) seronoknye dpt berpuasa kt msia kn...
Shafiq:
selamat berpuasa ye shafiq. akk pn mintak maaf klu ada buat apa2 salah n terkasar bahasa selama bape tahun kita kenal ni. take care kt sana :)
Selamat beribadah di bulan Ramadhan...
Mimi:
selamat mengejar maghfirahNya di sepanjang madrasah ramadhan ini :)
Post a Comment