Buat sahabatku,
Nota maaf yang serba ringkas ini saya coretkan sebagai tanda maaf saya yang sangat atas kekasaran bahasa yang saya gunakan. Bukan saya benci apatah lagi menyampah. Tidak juga meluat apatah lagi marah. Saya mahukan yang terbaik dalam kehidupan awak. Saya menegur kerana saya kisah. Saya menegur kerana saya peduli. Saya menegur kerana sayang saya bukan untuk mendapatkan balasan kembali. Wasatiahlah dalam mengawal emosi. Allah lebih mengetahui segalanya. Sebelum menutup mata malam ini, saya harap awak dapat meluangkan masa mendengarkan bisikan Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 216. Semoga awak lebih yakin dengan warna-warni kehidupan yang Allah lakarkan ini.
Maaf dengan sangat.
Sarah, MMA...
Hari buat dia:
44) Persahabatan itu seperti tangan dan mata. Di saat tangan terluka, mata turut menangis sama. Di saat mata menangis, tangan membantu menghapuskan airmatanya.


3 comments:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. ” -Surah Al-Imran ayat 139
"Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang..."
kadang2, marah itu yang mengeratkan silaturahim :)
Post a Comment