Assalamualaikum wbt
Selepas berbuka tadi dan sedang berehat-rehat membaca majalah lama di meja belajar, tiba-tiba saya lihat Ayah online di Google Talk.
Ayah is online.
Sarah: Waalaikumussalam. Ayah! Kenapa tak tido lg?
Ayah: Baru bangun. Tadi tidor awal lepas berbuka.
Ayah: Awak tengah buat apa tu?
Sarah: Tengah baca majalah. Baru sudah berbuka. Ni rehat2 kejap. Sambil bincang2 pasal nak buat tadarus.
Ayah: Nak sambung tarawikh sat na.
Sarah: Oo. Ok. Ngah tak berapa sehat sgt ni. Baru hari ni sakitnya.
Sarah: Sakit2 badan n kaki kanan bengkak kt tempat yg sakit hari tu. Petang td tido je. Tak bukak buku langsung lg ni. Ayah, ngah sebak la cakap dgn ayah ni. Tak tau knp. Rasa nak nangis pn ada.
Ayah: Sakit kat bahagian mana kaki tu? Kasut sempit kot.
Sarah: Kat tulang kt ibu jari kaki. Bukan pasal kasut.
Ayah: Berjalan banyak sangat pun boleh sakit2 kaki.
Sarah: Tp mmg tulang tu sakit. Memang banyak jalan pun. Tu yg makin teruk tu.
Ayah: Ayah terpaksa guna kasut yang berkusyen angin pada tumit kasut.
Sarah: Ngah tak sakit d tumit, tp pada tulang kt depan.Kt ibu jari tu.
Ayah: It doesn't exert pressure pada tumit kita bila berjalan.
Sarah: Bila duduk tahiyyat wkt sembahyang pun sgt sakit.
Ayah: Ayah rasa kita semua ada similarity. Kaki mak pun macam tu jugak. Azizi pun sakit pada kaki kiri. Lan pun ada.
Sarah: Tu la kn. Nak buat mcm mana. Keturunan! Heheh
Ayah: Tengok kaki Kak Long pun macam tu jugak pada bentuk tapak kaki dia.
Sarah: Haah. Kaki ngah sebijik mcm Kak Long.
Ayah: Macam mak punya jugak!
Ayah: Kena makan ubat hari-hari la. Berbuka pun dengan ubat.
Ayah: Kak Long baru siap download YM. Ayah kena tunggu sampai siap download. Ni dah siap. Esok kak long nak ajar mak guna YM.
Sarah: Yeyeyeye!! Senang skit kalau mak ada YM. Google talk x bape beshh.
Ayah: Ni ayah nak gi sembahyang dulu.
Sarah: Nnti klu dh ada YM, suruh mak add ngah guna email Yahoo ye. Kirim salam pd semua.
Ayah: Ok. Assalamualaikum.
Sarah: Ok.Waalaikumussalam. Love u ayah.
Begitulah kisahnya kaki ini. Meragam merajuk tidak mahu berfungsi dengan baik pada hari ini, juga beberapa hari yang telah pergi. Mendengar celoteh ayah yang sedikit tentang kaki-kaki kami semua, buat saya rasa terubat. Hakikatnya, saya sangat rindukan rumah pada saat ini. Duduk di bawah selimut dengan diam tidak bererti tidur. Ada air jernih mengalir di tepian mata dan luruh di atas pipi, suara dari hati yang sedang menjerit-jerit rindukan seisi rumah yang sedang berpuasa bersama kini. Dan saya teringinkan murtabak dan air tebu yang ayah selalu beli di Pasar Ramadhan sebagai juadah tambahan ketika berbuka. Sungguh. Saya rindu itu semua!
____________________________________________________________________
Hari buat dia:
49) "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa" (Hadis riwayat At-Tirmizi)
26 comments:
Hmm, sakit kaki sebab defect keturunan? Tak pernah dengar pulak sampai setakat ni. Tp maybe ada reported case from medical perspective. I'm not medical person.
Jaga kaki elok-elok Kak Ngah eh? Jadi pape susah nak buat macam-macam. Solat lagi apatah. Fi Amanillah.
Salam sarah..
uish..
sakit kaki pulak ek..
ala ciannya..
sabar ek..
jaga diri baek-baek..
jangan lupa makan ubat..
kak ngah! kuat-kuat :)
salam,ngah ngah.
jage lew diri leklok :(
kerisoan urg kat cni :-s
Salam,take a very gud care of everything ya..ujian poso2 ni macam2,untung Sarah,semoga berjaya harunginya
:)
salam ks,
meh wani tolong urutkan kaki ks gune minyak panas kayu merah.. :D
ape pon ks, bila dugaan dtg, itu tanda sayang Allah pd kita..
*kaki wani sakit sbb asyik la berjalan n terkejar - kejar nk g klas. :P kalau oleh naik basikal kn seronok tp takut kaki cramp pula...
Salam to all~
Azwan:
actly ada. kami sume ni ada prob yg sama. joint defect. since arwah tok kpd mak (moyang sy la tu). smpai la kami ni. okes. Kak Ngah menurut perintah, En. Azwan.
Cik Ati:
dh makin kurang. makan ubat? x payah. sapu ubat aje :)
Ryn:
jgn kerisauan ryn. ngangah ni dh ok skit hari ni. tp nk kena urut2 lg la. *terkesima dgn keprihatinan ryn pd sy..muaahhh*
One:
trma kasih. harapnya mcm tu la. biarla ujian ni lg menbah pahala. bukannya menambah rungutan tanda x bersyukur dgn sume nikmat pinjaman ni.
Wanie:
nak urutkan?!! x pe la wanie. ks tau sume pun bz skrg ni. esply wanie tu. i can stand it. sat lg ks urut sendri. ks ada minyak mestika tau!
eh2,minyak mestika,minyak tradisional, sejak saya kecik lagi tuh.. muka makcik yg jadi model tu saya ingat cam orang pegi mekah.
suka cik sarah,walau jauh satu family online...jauh tapi dekat..
dekat di hati
Pulang baru.
Doanya cepat2 hilang sakit tu.
Jaga diri , jaga kesihatan!
eehh
sronoknye dpt bnyk get well soon msgs..:P
hehe.
dh ok kaki?
One:
haah.muka makcik tu mcm muka org balik haji. pakai tudung putih! kadang2 takut gak tgk. mcm gambar org mati. huhuh.
yup..internet penghubung kami sefamily :)
Abg Khairil:
baru pulang dr mana? dh kurang dh sakitnya. sorry x balas msg td. save credit ni. malas nk gi turun topup d topup machine kt rinak tu.
Fatt:
seronok :) dan buat ks sayang sgt pd semua *hugs*
kaki getting better. x mcm 2 hri lepas. hencut2 mcm org patah kaki.alhamdulillah..
Salam ziarah.
Kasi rehat kaki tu Kak Singa. Nanti melarat susah nak ibadat. Moga banyak bersabar melalui dugaan sakit & rindu. Doa kami sentiasa ada untukmu.
rumah cik yon.
x apa .. yang penting esok dah boleh ke kelas dengan senang dan tak sakit sangat kalau ia masih ada lagi sikit.
selawat syifa' selalu.
moga dalam peliharaanNYA selalu.
waa, bestnya dapat chatting ngan ayah awk,huhu...manje gak awk ek,hihii...:) emm, bagus betul ayah awk ni celik it..bapak sy hp diapun lum khatam lagi, biasalah org dulu2,hihii..moga cepat sembuh kaki tu ye..:)
Ramai tu kasi get well soon message. Manis sungguh. Kak Ngah jangan degil nanti kena piat. Heheh.
salam sarah,
kita pun dulu cuik2 baca blog awak. sampai skrg. hehehe...tapi segan nak komen2... tapi skrg kita nak komen gak! kat sini ada rama-rama...cantik sgt...hehehe... sarah, beli la kasut yg comfy. cam scholl ke... selesa skit nak jalan gi mana-mana..
Syafakillah...semoga cepat sembuh.
Salam Sarah,
Semoga cepat pulih yer :)
Erk..
makan ubat yang lagi satu tu lah sarah ;)
he he he.
rendam air panas? org kata sakit ni menghapus dosa...so whenever i feel sakit, apart of mengeluh will always ingat ia menghapuskan dosa..so i will feel better
azah,ko neh x abes2 suh urg beli kasut.kahkah !
Alif:
trma kasih ye anak singa. sorry hari tu ks x sempat nk reply d ym. wkt kamu tegur, ks tidur wkt tu. ks biarkn ym on wkt tu.
Abg Khairil:
ya rabbi.. jauhnya hospital sy paggi td utk ICU. alhamdulillah kaki dh ok. oh.. kerumah cik yon ke. isteri dia ada skali x kali ni? anak dia sakit lg?
Faisal:
mana ada manja. gitu2 je la. dgn mak ayah mistila sntiasa kena baik je hubungan. tu la buah hati, tu la oengarang jantung (sementara masih single..huhu). ayah sy mmg celik it. sbb dia dlm bidang ni :) anw, trma kasih. kaki dh ok.
Azwan:
itulah. terharu sy. trma kasih utk semua. iye iye. kak ngah x degil. takut abg azwan piat. adui. oeh, tu gambar wan ke? seperti yg wan describe in ur blog: charming.. huhu *lari*
Azah:
kita ni sama2 pengintip rupanye yek. sy ada 3 pasang kasut yg comfy2 semuanya. 2 pasang adidas soft pad n sepasang BUM yg sy baru sgt beli d msia hari tu. yg BUM ni lg la comfy nye. tp nk buat mcm mana. yg sakit is the bone. tukar kasut mcm2 pn tetap sama jgk. tp ni dh ok dh. alhamdulillah :)
Hayyi:
syukran jazakallah.. alhamdulillah dh ok dh pg ni. dh boleh ke hospital dgn jayanya :)
Mimie:
trma kasih mimie. sy nernadan tunggal. sakit kaki sikit2 ok la. awk berbadan dua. kena take xtra care ok :)
Arsaili:
yup..rendam air panas buat kaki rasa sgt selesa. bukan air mendidih tu. guna hot shower pn dh sgt best :) betul tu. sy stuju dgn apa awk kata.
Ryn:
sy dh ada byk kasut. tu x temasuk sandle biasa lg tu. but i dun like high hills. yg tggi sgt akn buat sakit tumit. x mau. letih. hihi. azah lain la. dia kn our princess. dia TERbeli byk2 pn, dia boleh gayakn kt mana2 je. kan azah kan? :)
salam ramadhan sarah =)
air tebu? murtabak? naaaakkk jugakk!!! nasib baik kat sini ade jual air soya yang mcm kat pasar malam tu . huhuhu.
inilah nasib perantau T_T
Aizu:
salam ya habibi..~ bestnye ada air soya! kt sini ada soya dlm kotak. yg tawar hebe x rasa apa2 except rasa soya pekat. dulu sy oter2 la nk bg rasa air soya msia. sy masakkn smula air tu dgn gula n dilute kn dgn air. bleh tahan jgk la. tp soya msia lg beshh. tp air tebu n murtabak tu mmg x bleh lawan yg d msia..! nk makan!
yup..inilah nasib anak perantau T_T
kaki banyak berjalan la tuhh
Post a Comment