Assalamualaikum wbt
Dua hari lalu saya terbaca isu yang diketengahkah oleh Cikgu Jawe di blognya. Gambarnya nampak mudah. Tapi aplikasinya, mudahkah untuk istiqamah? Jauh saya berfikir tentang hal ini.
Apa definisi istiqamah bagi kamu semua? Adakah kekal dengan prinsip yang diperjuangkan sejak dulu dan semakin menambahkan kualitinya dari masa ke semasa? Baik dari segi pemakaian dan amalannya?
Jadi, adakah orang yang berpakaian biasa tidak berkualiti agamanya? Saya dulu pernah begitu. Saya rasa semua pun tahu saya mendapat didikan di sekolah berasrama penuh agama. Tapi bila kini hanya bertudung biasa, ramai yang menyifatkan ini sudah tidak istiqamah lagi. Saya futur dan larikan diri dari agama. Saya menerima saja apa mereka kata. Walau diam menerima, dalam hati tersentak, tersentuh dan terluka juga.
Hendak saja saya tanyakan pada mereka yang menjatuhkan hukum itu, apakah mereka rasa keadaan hidup di sini dan di Malaysia sama saja? Mereka katakan baik sambung belajar di Malaysia saja jika datang ke sini sudah sanggup gadai agama. Mereka katakan baik duduk di rumah saja jika keluar ke kelas pun hanya menambah fitnah dan dosa saja.
Saya tidak pernah dapat bersoal jawab secara terus dan bersemuka dengan mereka itu. Saya rasa, saya sendiri tidak punya kekuatan untuk bersoal jawab. Salah satu sebabnya kerana saya tidak mahu dikatakan beralasan untuk menutup kesalahan diri. Maklum sajalah. Lagi banyak alasan, lagi besar kesalahan yang hendak disorok, kata mereka.
Saya selalu tanya diri saya. Dengan perubahan fizikal yang sebegini, tidak istiqamahkah saya? Mungkin jawapannya iya bagi mereka. Tapi saya bukanlah seperti yang mereka itu gambarkan. Saya berseluar jeans atau apa saja tetapi masih berkemeja-T labuh di peha. Bukannya baju yang ketat melekat untuk memikat mata-mata jahat. Setiap kali keluar dari bilik, saya berstokin kaki. Bila pulang ke Malaysia, saya senantiasa senang dan suka berbaju kurung, berblaus dan berskirt labuh. Saya tahu di mana dan apa yang perlu saya jaga. Emak juga selalu menasihati apa yang elok dan manis dipandang mata untuk seorang gadis itu gayakan.
Kesimpulan yang hendak saya ketengahkan, siapalah kita hendak menentukan istiqamah atau tidaknya seseorang itu. Itu antara dia dan Allah. Dan bagi kita yang diberikan nikmat tahu dan sedar apa tanggungjawab kita terhadap diri kita, hendaklah sentiasa ingat apa dan di mana batasan kita. Dan bersikap terbukalah terhadap teguran kawan-kawan jika kita berbuat salah. Mereka menegur kerana mereka sayangkan kita. Begitu juga tanggungjawab kita jika kawan kita berbuat salah. Sungguhpun tidak dapat mengubah terus mereka, setidak-tidaknya kita mengingatkan dan mendoakan yang terbaik.
Wallahu a'lam.
_____________________________________________________________
Hari buat dia:
74) Allahumma ya muqallibal quluub thabbit quluubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik wa 'ala jihadi fi sabilik - Wahai Allah Tuhan yang maha membolak-balikkan hati, Kau tetapkanlah hati kami atas agama-Mu, ketaatan pada-Mu dan jihad di atas jalan-Mu.


28 comments:
slm sarah,
thanks sudi sharing pasal benda ni..:) emm, teringat dulu masa skolah, ustazah penah cakap buatla sesuatu ibadah yg ringan tapi istiqamah dari buat ibadah yg berat2 tapi sekali dan bermusim sahaja:)acai ingat perkara tu sampaila skrang ni..ada benda yg acai buat istiqamah sampaila ari ni setiap hari sejak sekolah dulu,alhamdulillah..
biarla org nak kata pe sarah, yg penting sarah tak membuka aurat dan berpakaian seksi..dan kejab2 bertudung pula..tu baru tak istiqamah namanya..:)
Salam Acai.
sangat terharu dapat komen ni.mcm ada org tgh baca otak sy. tu jgk yg sy pegang. kita msg2 misti tau camne nk evaluate diri kn. n bila sebut psl amalan, ada 1 amalan yg dr form1 sy amalkn smpai hari ni. harapnya berkekalan insya Allah.
sy ada prinsip dan pendapat sy sndiri tntg tudung. bertudung bukan setakat kerana hendak menutup aurat. tp itu lambang kesempurnaan dan keselamatan :)
Bila sebut istiqamah, terus teringat kat bumi waqafan.. Aduh.. Susahnye nak istiqamah.. Tambah lagi keje kat sini.. Kena berpakaian office dan selalu keluar dinner.. Aihh..
Bulan lepas hawe jumpe kak wa, die datang rumah tumpang solat. Wah, masih bertudung labuh, wpun keje kat company besar (petronas). Hawe penah pegi interview kat twin tower.. Mmg sangat korporat (termasuk dari segi berpakaian) dan kalau tak istiqamah mmg buleh hanyut.. Aihhh... So mmg respek la kt kak wa.. Alhamdulillah.. :)
ps: kakwa, orang dah pindah bangi tau.. hehe..
salam ks,
betul! kadang2 org salah tafsir nilai sebenar istiqamah nih. org kate klo istiqamah tu kene tu buat ini. kdg2 wanie pon tertanye2 gak, wanie ni x istiqamah ke hanya sebab wanie pakai ape yang wanie pakai sekarang.
Hurm. bagi wanie, selagi ianya belum melanggar batasan agama, itu tidak salah bukan?
kdg2 org lebih suka menilai orang lain dr menilai diri sendiri.
Kita sama fikrah ke KS?
psl amalan ni.. terigt dulu, ada sorang senior ni ckp ; kalau x dibuat semua... jgn d tinggalkan semua.
:| azah tak istiqamah... tapi sekarang tgh try balik :|
azah suka pakai baju kurung!sbb lg selesa... sekarang ni nak tinggalkan semua baju2 yg pendek (bukan ketat ekk..sbb azah tak pakai baju ketat2).. tgh spring cleaning wardrobe azah :">
Salam wbt.
Apa kabar KS?
Malaysia is hot.
Tapi takde lalat yang bertebangan merata-rata.
Alhamdulillah.
Apa dia?
Super sejuk kat sana?
Ha, minumlah susu banyak-banyak ye.
InsyaAllah, ada masa saya bertandang lagi.
Wassalam wbt.
Oh ye, fasobrun jameel.
sokong ngan acai skali lagik, and sarah jugak.
Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai,baik ketika beribadah atau di luar ibadah.Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah menutup aurat,sopan dan sesuai dengan akhlak seorang muslim.Pakaian itu juga tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan orang yang melihatnya.Namun begitu ada sesetengah orang beranggapan bahawa pakaian tidak semestinya melambangkan peribadi seseorang kerana ada yang menyarungkan pakaian yang menutup aurat namun berperangai tidak sopan.Akibat daripada itu wujudlah fenomena ketidakpercayaan dalam diri individu untuk menilai penampilan sebenar seseorang menerusi cara berpakaiannya hingga ada yang menjadi mangsa keadaan.
Walaupun mie pun tak berape nak istiqamah, tapi semenjak jadi isteri owang ni, mie cuba berhijrah ke arah yang lebih baik :) dan alhamdulillah, sedikit-demi-sedikit.
salam,sarah shayang. hahak !
biaqpi la apa urg nak kata. bukan die yang hitung dosa pahala kita. bukan die pon nak tanggung dosa salah kita.
biarkan saje ape org nak kate. sarah lebey kenal diri sarah. ryn juge kenal sarah. hahak !
xmo dulik kate org oke ;))
salam..akak...kta nk trbang dh...huhu....doakn kta slmt tau...huhu
salam....
saya stuju ape yg diutarakan...
hu²...yg pnting sekali hati kita kene stabil...tu baru istikomah yg btul...kalu setakat dpn org nk berlakon...xder nilainya...
terkenang ISTIQOMAH ape yg dpt di sekolah di Klang dulu...
5 unik in....
sarah.. istiqamah ialah konsisten melaksanakan perintah tuhan.
dalam hal aurat, islam tidak menekan kita mesti pakai itu ini begitu begini. stop.
berpakaianlah semahumu, berfesyenlah.. asalkan jangan ghulat(melampau) dan membuka aurat.
kalau ada kawan2 nak pakai purdah, terpulang pada mereka. mungkin mereka mengambil sebahagian fatwa ulamak hanbali bahawa purdah itu wajib. sebahagian besar ulama fiqh berkata hanya muka dan tapak tangan je wajib.
tapi mereka sepakat aurat wajib ditutup bagi lelaki dan perempuan.
betul kata acai.
tak payahlah judge orang ek
Mereka bilang itu futur
Persis kami telah berundur
Mereka istilahkan kami gugur
Lalu enggan bercampur
Tanpa tegur
Sukma kami tak lebur
Ikatan kami tak kendur
Derap jauhi sungkur
aiyaa..byk kali juga nak comment..
tapi tak lepas2...ape kena ni ek?
ermm...
neway, ni comment off topic sat.
i wandering around then suddenly jumpa your blog..its been awhile tak singgah sini..nak catch up ur updates pon dah byk ketinggalan.
ahaks...
Long time didnt hear from u..
p/s: versi you're my everything versi piano2 ni sungguh sayuu..alahai... sesuai with my mood now..
ok la..c ya then, later k..
:)
Hawa:
sy tau pasal kak wa. skrg dia keja sekali dgn pacel di KLCC. sy pun respect kak wa. dulu lain, skrg lain. sgt sy respect. awk dh pindah bangi? oh yeke.. takde dh perak2 ye :)
Wanie:
ks tau wanie faham apa ks rasa. kita mcm sama je. ok. enough said. sama fikrah? ye kot. kan?
Silent Reader:
kalau x dibuat semua, jgn ditinggal semua.. hmm.. logik.. tp kalau boleh kita catch up balik mana yg dh terlupa tu kn.
Azah:
sama! sy pun suka baju kurung.
Alif AS (Adik Saya):
insya Allah.. fasobrun jameel.. :)
ks dh catit alamat n nombor telefonnya. nnti ye!
Mimie:
asyik setuju dgn acai je yek. hehe. Mie, thnks berkongsi tu. bagusnye mie.. bertambah syg azrin :)
Ryn:
kadang2 tu,kita kena pertimbangkn sikit apa org kata. org kata, utk beringat2 skit :)
Faresya:
bila date nya? kejap je kan... dh nk pergi..
Amir:
salam. sy pun terkenangkn kisas. bila topik ni dibincangkan,misti teringat kisas..
Cikgu Jawe:
terima kasih sbb buat sy berfikir dlm pasal ni kat blog cikgu. sy nilai istiqamah ni dr segala sudut. bukan setakat ibadah je. tp juga ketrampilan n gerak kerja. tp biarlah apa org nak nilai sy ni apa. sy rasa sy masih x salah dlm buat pilihan tentukan apa sy buat skrg ni. terima kasih banyak2 cikgu.
Maksu:
jgn sekali-kali eh :)
Bro Mukhriz:
hidup bukan utk dipuji
apatah lagi utk dihukumi dan dikeji. setiap drpd kita ada bahagian masing2. sy tau bro faham apa yg sy maksudkn.
Azreen:
terima kasih sudi baca2 kat sini. x sangka plak :)
Salam Sarah;
Pada saya kan x kisah la kite nak pakai mcmaner janji menutup aurat.Kalo pakai tudung biasa pon tp sudah melebihi paras dada, dan tidak jarang itu pon dah memadai..bukannye terbuka aurat pon,sbb masih lagi dlm batas syariat..kite nak pakai tudung lilit2 lagu mana pon, x pe, janji menutup aurat..bukan tidak istiqamah, tetapi alternatif dalam istiqamah..Islam tidak menyusahkan..hehe..Go Sarah Go.
p/s: Sarah.hehe.add la saya dlm link awak ye.eheh.
Doyot:
u hv the point there :) nak algogo boleh ke? hihi :)
thnk sbb drop comment! so sy dh ada link awk smula.
kadang-kadang pentafsiran agama ni sy selalu terkonfius. sbb bnyk ulama yg tafsir mengikut pandangn masing2. ada berbeza, ade yg sama. selalunya, sy ambil pndngan yg majoriti.
susah juge benda2 cmni. takut juga salah tafsir n faham, nnt terpesong pula.
huhu. sy bukanlah handal dlm isu agama. sy budak masih belajar. dan kupasan sarah sikit sbyk membantu. hehe.
Tirah:
thank u kongsi pendapat. haah. pendapat majoriti. yg terbaik insya Allah.
istiqamah-consistent-lestari
Yasir:
indeed.. it is..
istiqamah,ni biasanya tajuk2 sis-Us dangan bro-Us(oh betapa saya menjadi org yg tergelincir daripada mereka ini...)
saya menten apa yg sedia ada(boleh tahan juga susahnya)dan cuba progress steadily,internalize from within and socialize it to b part of my habits conscientiously
(wahhhh cam bagus eh) sebab tu saya suka berkawan dengan mereka itu dan ini
Oneib:
sungguh bagus! itulah definisi istiqamah sbnarnya. apa yg ada diteruskn. dan perlahan2 cuba tambahkn lg ikut kemampuan.
Itu kerja Dia menentukan Istiqamah tak Istiqamah dalam perlakuan hambaNya
Post a Comment