Saturday, December 15, 2007

Rumah Lama, Cat Baru

Assalamualaikum wbt

Sudah beberapa hari sebenarnya saya tercari-cari cat baru untuk rumah ini. Tapi tidak ketemu juga dengan yang betul-betul dihajati. Sudahnya saya memilih yang ini sungguhpun ini bukanlah pilihan yang pertama. Dan saya mempunyai sebab tersendiri kenapa mahu berwajah baru ini.

Dengan bantuan Farah, saya mencari-cari template yang sesuai dengan tema yang dibawakan oleh blog saya. Tidak terlalu keanak-anakan dan kalau boleh biar menampakkan kematangan. Susah rupanya mahu mencari yang menepati pilihan hati. Ewah. Macam mencari teman hidup saja bunyinya. Dan inilah hasilnya.

Namun, selepas saya menyudahkan coding process, semua link telah hilang. Walaupun back up coding untuk template yang lalu ada dibuat tetapi back up untuk senarai link tidak termasuk. Jadi saya harapkan, bagi kawan-kawan blogger yang menjenguk saya di sini, tinggalkanlah pesan supaya saya dapat mengesan dan berkunjung ke blog kamu semua semula ya. Saya sekarang masih lagi dalam porses pengemaskinian. Harap tiada yang berkecil hati kerana link blog sudah tiada di sebelah. Nanti saya kemaskinikan sedikit demi sedikit.

Nota: Kawasan Temerloh banjir. Kampung saya begitu juga. Tetapi rumah saya di atas bukit. Setakat ini belum pernah rumah saya kena banjir walaupun ketika banjir besar melanda Tanah Semenanjung pada tahun 1989. Pada hari Rabu yang lalu, saya menerima banyak email daripada ayah menceritakan tentang banjir dan disertakan gambar-gambar bersama. Ada maksud tersirat apabila saya mendapat email-email ayah. Maksudnya, ayah tiada kerja hendak dibuat kerana tidak dapat ke bandar dan hanya berehat di rumah. Jadi dia punya banyak masa meng-online-kan dirinya untuk aktiviti-aktiviti santai.

Saya juga sempat online bersama emak. Sangat lama. Tambah pula, pada hari Rabu itu (hari pertama air naik dan perhubungan ke bandar Temerloh mulai terputus), saya tidak mempunyai sebarang kelas dan saya pun tidak berapa betul pada hari itu. Nasib baik ada emak untuk menemankan saya bercerita entah apa-apa. Walaupun emak sebenarnya punya banyak kerja untuk diselesaikan di sekolah (emak seorang HEM, banyak laporan akhir tahun dan perancangan awal tahun yang perlu disudahkannya), tetapi kerana banjir, emak tidak dapat ke sekolah. Sudahnya, ayah mengajar emak yang kurang biasa menggunakan email untuk menghantar kerja-kerjanya itu menggunakan email. Ya. Emak maju setapak lagi :) Emak, ayah, semoga bekalan makanan di rumah cukup ya. Dengar cerita hari tu sudah beli stok untuk sebulan gayanya.

Oh, saya rindu makan nasi yang masih panas dengan sardin dan kicap selepas hujan di rumah. Sangat sedap!

38 comments:

Anonymous said...

hmm...

Shah CJ said...

nak raya rumah cat baru. :)

gambar kat atas aku takrifkan begini:

jika lambang hati itu adalah awak dan kami adalah ombak.

kami harap kami jadi ombak yang membisik keriangan dan kegembiraan dalam hati awak.

kami harap kami BUKAN ombak yang sering menjengah, tetapi akan menghakis hati awak sedikit demi sedikit. :)

Anonymous said...

cat baru! hehe..sini tak boleh nak ngecat lagi, air tak surut habis. lepas ni kena basuh dulu, baru boleh fikir nak ngecat.

betul sarah, mase hujan, sardin + kicap hidangan yg paling sedap. patin masak tempoyak pun boleh kaloh. isk isk isk...lapo la pulok!

Leokid said...

hmm...cat baru.. Okla juga, at least rumah ks dah "cerah" sket. Hehe. tinggal la saya ni masih dalam "kegelapan" =]

http://leokid.wordpress.com

FaYiisya said...

hem..lawa r cat bru...lawa gak warna nih...huhu :D

Alam Setia said...

salam.

simpati rasanya untuk mangsa2 banjir.

Anonymous said...

salam dr sarah... cantik cat rumah doc nih :)

Mohd Hazreen Rashid said...

sepupu saya di segamat banjir juga. Kesian.
Layout kali ini lebih mcm kak Sarah. Yang lepas hitam tu mcm agak dark and broody je. Haha.
Anyway simbol hati di atas pantai? Sedang dilamun cinta?
Muahaha.

Mesin Kata said...

Senada~

maddie said...

niiice.
this looks more clean and professional heh.

everything tastes better after a rainfall. there's just something in the air that makes a person ravenous :)

Mimie Azrin said...

ooo..padan lah semalam tibe2 tak leh masuk. ngah cat rumah rupernyer.

haa..sbb tu la malas nak tukar template tuh. mesti ada yang missing, dah la missing, tak leh add on balik tuh. last2 pakai je la standet template jerk.

p/s: teringat mase kecik2 dulu, klu balik merbau pulas time ujung taun, mesti banjir.mandi banjir, last2 kena geget ngan pacat.

one said...

saya rindu banjir dan suasana2 serta makan2nya,sekali sahabat saya gelak,rasa malu macam budak2 pulak he3
baru teringat nak tanya hari tu tapi selalu miss,nanati tengok gambar banjir boleh?

Jamal Abd Rahman said...

well done sarah!..cun jugak template ni..nmpk matang dan profesional gitu..lebih terang dan jelas..

temerloh dan area sekitar mmg banjir skrg ni..tp mungkin dah surut time ni..hiway PT pun tutup kejap hari tu..

Kassim Selamat said...

Wah KS cantik cat baru nii, nampak kematangan sikit...anak emak ngan ayah dah dewasa ek...heheehe

Semoga famili di Termeloh di lindungi Allah dari segala bencana...Amin!

* Dah lama nak tanya ler...apa di sebalik nick KS tuu, yg pasti bkn Kassim Selamat yer (^_^)

Kassim Selamat said...

Wah KS cantik cat baru nii, nampak kematangan sikit...anak emak ngan ayah dah dewasa ek...heheehe

Semoga famili di Termeloh di lindungi Allah dari segala bencana...Amin!

* Dah lama nak tanya ler...apa di sebalik nick KS tuu, yg pasti bkn Kassim Selamat yer (^_^)

MakcikMuda said...

saya mencari-cari template yang sesuai dengan tema yang dibawakan oleh blog saya. Tidak terlalu keanak-anakan dan kalau boleh biar menampakkan kematangan.

hoh ! mentang lew template ryn seperti tadika segalanya.

*merajuk*

tapi sudah terpujuk sebab sarah letak link rynn as Ryn Shayang-ku walaupun mengharapkan link itu jd Ryn Shayangku Yang Lebih Comel Dari Azah. hahak !

Jason said...

Cat baru, Layout yang baru jugak bagi blog kamu.. nice one

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua.

AK:
hmm..

Cikgu Jawe:
haah. nk beraya kt rmh baru. hihik. terharu baca takrifan ombak dan hati tu. terima kasih cikgu!

Kak Wai:
nak link!!!! kasi link!!! rmh akk kena banjir ke? smga akk n fmly selamat kt sana yek. lepas banjir ni,moh le ngecat baru jgk. pueh hati wei dpt nengok rmh lawo2. haha. sy cakap temerloh! mcm x caya. mmg sardin+kicap+nasik panas+lepas hujan adlh yg paling best! :)

Syam:
ks tengok hari tu bnyk template wordpress yg lawa2 n jauh lg best drpd template blogger.taknak berhijrah ke arah kecerahan ke? *smile*

Sarah Mohd Shukor said...

Faresya:
terima kasih! nnti ks updatekn link faresya ok!

Alam:
haah.itu la kn. di pahang je dh ada 12000 org mgsa banjir yg dipindahkn ke pusat pemindahan mangsa banjir. alhamdulillah rumah sy atas bukit. agak impossible jgk nk kena air.

Chique Comel:
wa..comelnye nama dia. malu sy org pggil sy doc ;)

Hazreen:
segamatkn di timur johor. so mmg possible kn kena air jgk. alhamdulillah rmh ks ats bukit yg permai lg indah itu. hihi.
eh eh. bukan ke kalau gmbar hati tepi pantai camtu maksudnya org putus cinta? sbb tu dia bawak diri duk tepi pantai n biar ombakpadamkn lukisan hati tu.hehe.*gelak2 n senyum2*

Aiman Tukang Urut:
senada? hehe.mcm nasyid grp di indonesia ;)

Sarah Mohd Shukor said...

Maddie:
clean n professional... finally some1 admitted it :) ngeehee~ maddie, i'll put ur wordpress link here ok instead of the blogger 1 ;)

Mimie:
tu sbb nye smlm tu. terkejut plak pastu mimie ada tinggal YM msg tnya pasal tu. hihi. prihatin sungguh kawan sy sorg ni.syg mimie! sy pun suka mandi banjir! time kecik2 dulu la.smpai drjah 5je kot mak bg mandi. bila dh besar skit, mak dh tak kasi mandi. tengok2 n main2 air je boleh la. huhu. anak dara la katakan! kali terakhir sy usik air banjir 7-8thn lepas kot. dh sangat lama dh :(

Oneib:
hehe. bestkn time banjir :) boleh2.. nnti mmg sy nak updatekn kisah adik2 sy dgn banjir. sakan betul diorg tuh. tak hengat dunia!

UncleJ:
terima kasih uncle. jealous tengok blog uncle yg lawa gitu. hehe. haah banjir dh getting better.pasal highway sume tu sy tau drpd ayah sy.dia inform berita psl banjir pd sy mengalahkn liputan karam singh walia gitu!

Sarah Mohd Shukor said...

Uncle Ks:
hehe..terima kasih Ks. anak mak n ayah ni 'bakal' dewasa tak lama lagi *kenyit2 mata kat Ks* hehe. alhamdulillah family sy ok ok aje di temerloh. oh, maksud KS sy ni ialah Kak Sarah. rumah sy ni semua junior 2thn drpd sy.wkt sy join rmh ni, sy kata x yah la berakak-akak dgn sy. panggil je sy sarah.umur je tua 2 thn tp saiz badan, sy la yg terkecik kt rmh ni. huhu. tpdiorg insisted nak panggil kak jgk. diorg kata janggal kalau tak panggil akak. so salah sorg drpd diorg create la nama KS ni. diorg kata, lg vogue gitu. apa2 aje la. hehe. so semua junior panggil KS tp kwn2 sebaya n senior panggil sarah mcm biasa :) tu la ceritanya Ks ;)

Ryn Syayang-ku:
laaa...jgn la merajuk lg... ryn asyik nak merajuk dgn sy je semenjak 2 menjak ni... sedih sy tau *kesat2 air mata* sy suka sgt template blog tu! ingt tak sy berkias tnya siapa buatkn. rupanya2 dr. am. wuuhuuu...takkan sy nak bodek2 dr.ammintak buatkan kot. so sy usaha la cari sendiri. tengok ryn,tirah n azah semuanya guna yg dr.am buatkn yg cantik tu,terasa nk ubah guna template yg nmpak lg matang yg 'masuk' dgn jiwa sy.jgn la merajuk......please......

Jason:
thanks jason! lucu bcoz we dropped comment at each other's at the same time ;)

Anonymous said...

hmmm, cat baru kaler coklat...cantik, cantik!

MakcikMuda said...

hahak ! gurau saje oke. x majuk lew. baju baru sarah neh mengingatkan ryn bile kite mule2 kenal dulu oke. taem sarah pakai baju blogger kaler cekelat ittew. hihik!

shayang my sarah. muahx muahx ! x majuk da neh. hahak !

suke betui nak nyakat urg lately :">

Jason said...

hahaha.. really funny. YOur new cat is really flag me up, I am looking for a new CAT as well. Thank for that.

Sarah Mohd Shukor said...

Adilin:
:) terima kasih. mcm back to my root je kn. hehe

Ryn Shayang-ku:
haah la..ryn kuat menyakat lately. nape eh? pelik plak sy. ada apa2 yg sy miss ke? ni sy tgh rest drpd study sat. satgi sy gi rumah ceria ryn ok.tempat sy suka lepak2. huhu. haah kn. blog ni remind me to the 1st template yg sy guna dulu. muaahhhhhhh.. rindu nk borak2 dgn ryn!

Jason:
oh serious? yeye.i've a gang now! will visit u more frequent! sebol for sure will help u. he's the sifoo of this stuffs ;)

Anonymous said...

sarah, nice!!!!! creative!!!series lawa n matang =)

navarro said...

.tengah hujan x[nasi panas+sardines+kicap]=haha..syok2.
.kalo nak tunggu hujan kat moscow sekarang,susahla..

amnah my. said...

salam ks..

wah2.. mesti penat kan ngecat rumah.. takpe, hasilnya menarik.. coklat!! i luv it.. hehe.. rasa macam nak makan je..

saje je nak bitau, sebelum ni link kite kat ex-kisasian.. sekarang dah kat fellow in russia.. tu je..

sarahss said...

kak sarahhh

saye suke gambar love kat seaside tu..
it looks very..memoir-like?
ngahaha what ever ppl call it.

..nie saye tinggalkan link blog saye..hehe
(Tp x update lg..sdg dlm cycle yg saaannggatt heavy..huhu)

Sarah Mohd Shukor said...

Emi:
hehe. terima kasih. erm.. td dyana contct sy. ajak ke UK. awk apa plan cuti ni? dia tgh cari gang lg utk ke UK. tp awk dh pegi kan last summer. dyana dh contct atiqah hanif n aziah. n tgh nk contct kak lini. semangat dia. hehe. emi, send me ur no. hp sy rosak. so abis hilang semua no.

Reza:
kita makan sardin time peak of winter nanti la. sure sedap. lg sedap kalau makan lepas kita balik dr gi snowboarding.ehem. jom gi snowboarding nnti ye :) eh! kamu gi spain!! aishhh..

Amnah:
hehe. terima kasih. bila pick colour ni, ks terus tringat kat Am. serius tak tipu. ingat tak winter coat kita yg light brown wkt di Pushkin dulu? hehe. ks pun suka jgk ;) n ks sedar dulu nama kamu di ex-kisas. tp lg senang regard Am as kwn kat sini. lg terasa dekat di hati.cewah.

Sarahss:
aishh..memoir-like plak eh. hihi. thanks tinggalkn link smula. dpt akk jenguk2 smula cerita org crimea. tu la pasal. terfikir jgk bila kamu nk update.xpe2.utamakn cycle yg heavy tu. akk faham :)

Girl A said...

azah suka template ni...sbb kemas sgt2... tapi azah rindu rama2 kat template lama sarah :|

dhiyauqalbii said...

DEAR SARAH..
JANGAN LUPA LINK AKAK
http://dhiyauqalbii.blogspot.com

Sarah Mohd Shukor said...

Azah:
rama2 tu sy kuburkn dgn kenangan lama yg sy malas nk ingt dh :|

Kak Tikah:
sy dh updatekn. terima kasih kak tikah sbb tinggalkn link smula.

LadyTiz said...

cantik layout nih.
:) suke sgt.

banjir kt pahang agak teruk tahun ni.
dulu masa sy blajar dkat matriks gambang banjir di kuantan betul2 siksa. x boleh nk kuar pegi bandar.

nasib baik sekejap je banjir tuh.

Sarah Mohd Shukor said...

Tirah:
trima kasih :) haah. mmg teruk. alhamdulillah rumah sy tak kena. atas bukit. so terselamat. tp tetap jgk terputus hubungan drpd pusat bandar.

arsaili said...

salam..ni cat sempana raya eid ul adha yer...different aura

arsaili said...

salam..ni cat sempana raya eid ul adha yer...different aura

Sarah Mohd Shukor said...

Arsaili:
hehe. lebih kurang la kot :p