Assalamualaikum wbt
Saya terlewat bertindak. Terhadap sebuah aktiviti yang baru berlangsung di Moscow ini. Lebih tepat, di Universiti saya. Gala Nite baru saja berlalu pergi. Sebuah malam yang berkonsepkan Prom Nite yang pada dasarnya semuapun pasti berminat. Jika setakat Grand Dinner dan meraikan pelajar-pelajar tahun akhir dari Malaysia, saya pun mahu turut serta (sungguh). Tapi ini tidak. Termasuk dalam agenda adalah sesi lantai dibuka (open floor) untuk menari bersama-sama pasangan. Oh. Kenapa saya lambat bertindak?
Kenapa saya salahkan diri saya? Ya. Sebab saya tidak sempat menyuarakan pendapat saya secara terus dan telus tentang aktiviti sebegini. Saya bukanlah siapa-siapa di sini. Tapi saya tahu suara saya didengar. Kalaupun tidak semua tapi masih ada kelompok yang memandang pada KS yang kecil ini.
Menuju ke sambutan yang julung-julung kali diadakan itu, saya sempat membawa bincang perkara ini bersama beberapa orang rakan sekumpulan. Di situ lagi saya sudah malang. Sememangnya batch saya memang memandang ringan perkara-perkara sebegini. Jadi saya tahu saya tidak boleh cakap banyak. Alhamdulillah adik-adik rumah saya semuanya faham dan punya alasan masing-masing kenapa tidak pergi. Mahu pergi tapi punya sebab seribu! Allah itu Maha Tahu.
Lagi saya terkilan setelah Gala Nite berakhir. Ada yang saya kenal dulu bertudung, ke majlis itu, tidak bertudung pula. Ada yang saya kenal sopan dan berpada-pada cara berpakaiannya sungguhpun tidak bertudung, tetapi pada malam itu sungguh melampau dan menjolok mata. Saya sebagai seorang perempuan pun malu melihat. Dan bertambah malu apabila melihat kawan-kawan yang sudah tidak malu.
Saya tahu saya sudah tidak boleh cakap banyak. Semuanya sudah berlalu. Selepas melihat semula gambar-gambar mereka yang ke sana bersuka ria, berpeluk pinggang berdansa seperti orang barat sesat, melihat keterbukaan berpeluk riang bersama teman-teman tidak kira lelaki perempuan, rasa sedih itu buat saya mahu ubah segalanya. Pentadbirannya, persatuannya, orangnya, aktivitinya. Tapi siapa saya? Jadi di sinilah saya menulis mahu mereka baca. Ya. Saya tahu memang ada antara mereka yang baca. Silakanlah. Jika terasa, saya tak kisah dikecam dan digam. Sebab saya jauh lebih terkilan jika saya tidak luahkan. Terseksa di dalam.
Sementelah itu, 22 Disember ini ada satu lagi yang bakal menyusul datang. Konsert Jaclyn Victor anjuran Persatuan Pelajar Kristian di sini atas tiket sambutan pra-Krismas sambil mengutip derma buat anak yatim. Berpusu-pusulah mereka yang hendak menempah tiket ke konsert tersebut. Sekali dengar, mungkin ada antara pembaca semua tertanya-tanya kenapa saya tidak bersetuju. Jawapannya pendek dan jelas. Fatwa mengatakan untuk menyambut perayaan sesebuah agama itu ada dua hukumnya. Haram jika melibatkan kita sebagai Muslim mengagung-agungkan agama itu dan harus jika kita mahu menjaga perpaduan sesama manusia. Dan berkenaan konsert ini, sampai kiamat nanti siapa yang pergi akan ingat bahawa agama itu telah berbuat baik menolong kelompok anak yatim di sini. Dan mereka itu telah menjadi sebahagian daripada penjaya agenda itu. Dan saham mereka masuk sama. Berdosa itu. Maka haram hukumnya. Silalah kutuk saya jika rasakan tulisan saya ini pedas dan tajam, menusuk dan mencucuk.
Saya tidak mahu terkilan lagi nanti. Jadi saya beranikan diri lantang sedikit hari ini. Maaf kalau ada yang terasa. Kalau tidak terasa, tiadalah perubahan. Begitulah hajat ibu mencubit anaknya. Begitu juga niat guru merotan seorang murid. Biar sakit sedikit tapi untuk mendidik. Moga saya juga terdidik dengan apa yang saya coret.
Wallahu a'lam...
Siti Sarah Binti Mohd Shukor
Mewakili:
DIRI SENDIRI
Nota: Apa salahnya kalau sekali-sekala katakan 'Tak Nak' pada perkara-perkara sebegini sungguhpun ditinggalkan dek kawan-kawan yang menyertainya. Terpaksa menjadi lonely soldier boy sekali-sekali macho apa :)
_________________________________________________________
Hari buat dia:
71) Think twice to be wise.


46 comments:
Salam..
Sebagaimana alasan semua, macam tu jugalah alasan wanie kenapa wanie tidak involve benda2 macam nih.. For me, there's still a lot of entertainments that we can find here instead of that kind of thing!
Jangan kisah apa orang lain kata pada kita. Kisahlah apa yang Allah akan pandang pada kita di akhir perjuangan kita nanti.. Itu lebih penting.
*sedang cuba memperjuangkan apa yang kita perlu perjuangkan dari awal..*
"Lagi saya terkilan setelah Gala Nite berakhir. Ada yang saya kenal dulu bertudung, ke majlis itu, tidak bertudung pula. Ada yang saya kenal sopan dan berpada-pada cara berpakaiannya sungguhpun tidak bertudung, tetapi pada malam itu sungguh melampau dan menjolok mata. Saya sebagai seorang perempuan pun malu melihat. Dan bertambah malu apabila melihat kawan-kawan yang sudah tidak malu."
woooo... kalau macam itu, memang dah melebihi batas...
konsert 22 dis tu, AJK ada ajak my band maen. memang teringin nak main, tapi time tu aidiladha, kan? sekali baru dapat tau yg persatuan kristian yg organize... mmg Allah Maha Mengetahui....
you've proven once again that u're an outspoken person... bagus2!
Salam Sarah sayang..
Kadang-kadang teguran yang baek itu memang sukar untuk diterima oleh sesetengah pihak. :)
Berdoalah mudah-mudahan kita sama-sama belajar dari apa yang kita lihat itu..
tulis terus, terus tulis!
:)
salam sarah,
bagus2, tak payahla kita nak mengikut2 perkembangan semasa dan kengkawan jika benda tu terang2 menyalahi syarak..saya puji pendirian sarah tu..kita sebagai manusia kena ada arah hidup dan matlamat yg jelas..bila dosa2 kecil sudah menjadi kebiasaan itu tandanya hati semakin mati..
daripada pergi konsert seperti itu, lebih baik kita bertakbir di hari raya aidiladha dan meraikan pengorbanan nabi ibrahim dan ismail..:)
congrats..u have the courage to voice up the right things..teguran sebegini mmg biasa mengundang cemuhan,tp hati setabah sarah xkan goyah dengan selumbar yg sedikit kan:) all the best 2 u sis!
betul. saya sokong sangat. bila berada di tempat orang, jauh dari keluarga, tapi dekat dengan kawan. masa ni le iman dan taqwa jadi bekalan.
teringat masa kat sarawak dulu. berapa ramai kawan2 yang aku kenal baik agama dan dirinya, akhirnya tumbang di pintu kelab malam dan rumah panjang. itu baru kat sarawak.
kuatkan iman, selalu bersama jamaah, ikuti usrah dan jangan lupa solat dan quran. isyallah selamat.
Manusia mudah lupa. Manusia cepat alpa.
u duduk zaman biler nie?its cool la that nite?really enjoy it rite?y dont u?
Its hard to say no..but keep learning how to say no..
Bagaimana ya untuk menjaga hak manusia tanpa abaikan hak tuhan ke atas kita....takkan mampu seimbang
Cuma ayuh kita fikirkan hak siapa yang lebih utama...hak manusia atau hak tuhan yang menjadikannya
Fatwa itu biar jelas dari mana datangnya...dalilnya..berserta asasnya biar kukuh bukan satu ramalan-ramalan dan agakan sebarangan...Kerana berdirinya agama itu atas hujjah, kerana Agama ini agama yang benar...bukan atas sentimen atas ceritera karut
Umar RA enggan sembahyang di gereja ketika di Baitul Maqdis biarpun dijemput oleh paderinya bukan kerana haramnya solat di dalamnya, tetapi melebihi dari itu...pandangannya jauh kerana risau manusia akan menganggap Umar Khalifah Islam tidak menghormati agama Kristian lantas bersembahyang di dalamnya...
Rasul SAW tidak mahu membunuh orang munafiq pada zamannya biarpun dia kenal kerana risau kelak nanti di masa hadapan ada yang menuduh Nabi membunuh sahabatnya...
Dua contoh tindakan berdasarkan sad zara'i...bukan berdasar sekadar agakan biasa tanpa asas...
Moga sumber ini bisa membantu KS dalam mengistinbathkan hukum, mentafsirkan waqi' dan manfaat untuk semua
"Aku bukan pencipta kebenaran, tapi aku ingin mengetuk pintu hati manusia agar menerima kebenaran"
kesian hokagey..mg2 Allah turunkan hidayak pd dia..amin
ops..wrong spelling lak..hidayah is wht i mean
salam kak sarah...yg konsert jaclyn tu sy rs lawak sbb diorg invite org muslim skali..but of course,they wudn't noe any bttr but we shud noe bttr than that as to why we shudn't be attending these events..bape byk kali dah diorg ajak saya..everytime pon terpaksa create alasan baru..hehe..yg prom pon sama,everytime pon create alasan baru..hehe..
p/s u can count on us to back u up on anything..teehee =)take careeeee~~~
"Qulil haqqon walau kaana muron"
kagum ngan sarah :)
Salam wbt.
Sama2 la doakan moga Allah tunjukkan kita mana yang benar mana yang salah. Kt sini pon lebih kurang jgk, baru2 ni ade sambutan Deepavali Nite, buat kt 5-star hotel, tp yg ramai peginy student muslim. Susah nak bg diorng paham. Jadi tugas kita la nak pahamkan diorang.
Last year ade Malam Kebudayaan, mintak perempuan batch sy menari, tp bila badan agama tegur, alhamdulillah tak jadi menari. Tahun ni lg baik, takde langsung malam kebudayaan.
Stay istiqamah...:)
Makde setuju ngan ngangah. Budaya ini bukan hanya ada di luar negara je kononnya ala prom nite. Di UiTM tempat makde pun ada cuma setakat ini tidak dibenarkan tari menari tu.tapi bab pakaian tu memang glamour habis. Kalau dahulu waktu tiada kesedaran Islam mungkin boleh diterima tetapi le ni bila sudah ada kesedaran makde tidak mahu terlibat jadi makde tidak pernah menghadirkan diri ke upacara sebegini rupa. Lagi pun masa makde kat US dulu pun tidak pernah pun menghadiri acara tari menari ni. Biarlah org kata makde tak sporting, kolot ke dsbnya. Makde tak mahu dapat share drp menghadirinya.Ayahde yang selalu ajak makde menari dalam bilik berdua je....he...he..
semua perkara pon ada batasan. tak salah nak meraikan, tapi kena tahu limit as Muslim, Malays.
BETUL!
pengalaman sekali pegi majlis anual dine company lama dulu,tang makan2 ok la tapi yg lain2..wow!(cam jakun serius sebab x biasa)
anual dine company baru ni x gi sebab jauh xleh balik lewat terlepas lrt(alasannya konon hehehe)
Salam buat semua.
Wanie:
ks slalu jumpa kekuatan dlm diri Wanie. Hari ni ks down. sakit kepala. Wanie x balik lg ni. Sedih.
Hadoken Raimi:
Oh, kamu dijemput ke? kita tunggu next occasion la eh. spring festival ke. hehe. ks outspoken ye? maybe. for the sake of Allah. thanks Raimi.
Cik Ati:
doanya mcm tu la. terus tulis mngkin bukan motto terbaik yg boleh sy apply kot. terus dikecam, yg ni sy sy tgh rasa.
Faisal:
salam. sy jumpa kekuatan dlm ayat2 awk tu Acai. terima kasih. sangat2.
Kak Mas:
kak mas. sy rindu kak mas. ntah knp membuak2 plak rindu ni. akk lg kenal sy ni mcm mana kn. kadang2 tu kat luar nmpak kuat tp dalaman ni, siapa tahu. dr pg td terasa nak cari someone utk sy bercerita. tentang sesuatu. tp x tahu siapa. bila baca komen akk, sy teringatkn akk. kak mas, adik akk ni tgh lembik ni. tulangkn sy!
Cikgu Jawe:
terima kasih byk2. sgt berguna nasihat tu. esply last pasrt tu. setuju 200%.
Mimie:
ye. itu sbb nama kita ni insan. asalnya dpr nun sin ya = lupa.
Hokagie:
myb it was cool for u. but not for me. sorry for that.
Mukhriz:
trma kasih sbb buka mata sy pasal ni. myb sy salah cara menegur ni. sy akn trus belajar. jgn jemu trus sudi mendidik.
Anonymous:
mudahan2.. n kita semua jgk ye.
Che Nab:
terima kasih Nab. ni lah back up soldier that so dear to me :D abt d concert, ks pn dh bg mcm2 alasan. takkan kita nk bgtau psl agama plak kn. bingung diorg nnti. ks nmpak stat YM kamu pelik2 je ptg n tghari td. psl isu ni ke?
Bocah Cilik:
"berkata benarlah walaupun ianya pahit"
May:
sy segan dgn May.. sy kini org buangan..
Isa:
bagusla kat sana ada suara2 yg berfungsi n gergasi. kamikt sinimcm jentik2 je kot.semoga lepas2 ni ada skit perubahan. ye! Stay Istiqamah! n sy sgt rindu itu!
Makde:
its true indeed. pple need such examples frm pple like u n few other who are western well educated but still spiritually preserved for Al-Haq. trma kasih Makde. Ngah terasa sorang2 sgt kt sini. all i hv in mind now is: Nak balik secepatnya. tengah check flight availability...
Nurmahani:
iye. setuju. harapnya ada pembaikpulihan.
Oneib:
betul. huruf besar lg tu. hihi. hmm. ni contoh org yg iltizam ni. bagus Oneib. sorry ye sy tutup pintu sat smlm. x cuba2 korek tingkap ke? :)
Kak S, MAddie bgtau saya pasal benda ni dan bila saya nampak blog KS dah diprivatekan, rasa terkilan gak sbb tak dpt nak baca apa yang kecoh sgt.
Kalau blog ialah tempat terbaik untuk luahkan ini semua, apa lagi yang nak dikutuk2. Memang senang cakap kalau berani mari bersemuka tapi berapa ramai yang betul2 boleh bersemuka dan berbincang dan saling tegur menegur dengan baik. Last2 keluar ayat2 mcm, eleh ko tu pun macam lah alim sangat. Last2 semua pun buat hal masing2.
Lgpun rasanya banyak kali dah pernah dianjurkan majlis2 keramaian kat Moscow nie, dan kalau tak buat benda tu semua pun meriah gak. Its not like youre being unreasonable or ekstreme sgt and suggest majlis doa selamat ke apa.
You stand up for what u believe is true and there's no flip flopping. For that you have my most profound respect. Keep on voicing your opinion.
Kalau kutuk belakang orang cakap pengecut, ni dah berterus terang banyak masalah pula.
salam sarah
complications lagi
heal, doctor, heal
anda pertama, baik
ni asal kutuk concert tu skali.nak kutuk gala nite tu takyah la concert tu kene skali.btul tak.kalau tak nak pegi.takpe.takde law yg pakse pegi kan.ksian la org yg cube berbuat baik.the world is a better place if we just support each other.takyah la buat komen on dat k ks:)
I'm speechless KS....simply to say you are right.I don't have the power to object all the statements you gave in this blog,because what they did(including me) was against the rule of a healthy muslim.Being one of the many patrons in the function,I was initially offended by what you wrote..but when I took my time and recollected my thoughts,it's clear now what have they and I did was inconcievable.True,it's a human nature to fight for the vice,rather than the absolute truth because they were succumbed by the world's 'filth' made by us-the humans.Likewise,people will try to hurt you by giving bad remarks and gossips,just to make them feel better.Just remember KS,there are only a few people who can understand this...those who have a matured rational thinking,and I find not many medic students are able to do such task.I have no intentions to hurt you,because I strongly believe that you are fighting for what's right,and it's against my principle to offend people who are defending the right facts.May Allah give you strength to finish what you've started. -lgtch-
Here is a suggestion. Why not you start mixing only with Muslims so that you don't get misleaded?? Isn't it good that way?? By the way, it was nice seeing you at Aidil-Valli before you turned a Muslim!!!
semoga sarah kuat smgt :-)
eee....bawakla bertaubat..be strong ks..
diorang da lupa kot asal usul agama dowang,...
biar la dowang nk kata pe kak sarah..janji kita jauh dari tmpat kemungkaran....akak jgn sedih dgn owg yg x nk kwn gn akak..beribu2 kat luar sana...akak hanya nak menegakkn agama islam...ok good luck.be the strong gurls!!haiyak..
Alhamdulillah kerana dicampakkan ke nizhniy yg aman =)
Salam sarah.
Kuatkan hati ye sarah.sori lambat lak bace entry ni. semoga Allah bukakan hati2 mereka untuk mendapat petunjuk dah hidayah. x perlu risau akan ape yang orang cakap, sebab janji Allah itu benar.membuatkan saya teringat kisah Nabi Ibrahim yg dibakar dlm api. Tiba2 ada burung kecil ulang alik ambil air dlm paruh die untuk padam kan api tu. Kemudian, binatang lain pon cakap kat die, "kau x kan boleh padam api tu, sbb paruh ko kecil.hentikan je la" Burung tu balas."aku tak kisah sebab aku takut tidak mampu menjawab ketika ditanya Allah apa yang aku dah sumbangkan untuk agamaNya.uhuhu..Semoga cerita ni jadi teladan kat sumer..ingt jgn sebab satu malam, amal kite yang lain terhapus.Nauzubillah. Yang baik dari Allah, yg buruk dari kelemahan diri saya sendiri..
hek ala.....aku ni kan walaupun agama tak kuat...tapi aku rasa apa yang ks cakap ni betul, org sekarang ni kena tegur melenting, maybe aku pun sama gak la....tapi aku mmg tak puas hati la ngan anonymous2 ni....kalo nak cakap, letak la nama, ni macam coward, letak nama....anyway ni blog ks, suka hati dia la dia nak cakap apa, asalkan yg betul....yg ko pegi baca lepas tu nak marah, especially yg non muslim tu.....aihh...
ohh lupa lak nak bagitau nama aku.....nama aku abu hanifah....
Islam and Christianity can never be together..they just cant..im waiting for the nex perang salib or perang sabit..i donno wat to name them..oh..im a Muslim..yg bergaul dgn pelbagai lapisan msyarakat..abu hanifah camne?
Hazreen:
sorry for that. amboi maddie. boleh jd reporter la pasni :p hmm.. ntah la hazreen. apapun, thnks for d support.
DD:
hehe. complication.. can u understand it this time? sorry again for that. im just way too lazy to write in English. baik?? hehe
Anon no. 1:
sy tak kutuk concert tu ok. sy cuba suruh sape yg baca tu fikirkn drpd sudut seorg muslim yg sepatutnya. kalau x nak ikut fatwa yg sy dh sertakan tu, terpulang la. lg pun, sy bukan tujukn entry ni utk semua baca. sy tujukn pd regular readers yg berpotensi utk faham. kalau dh jelas mcm tu punya fatwa pun taknak ikut jgk, jgn la nk salahkn sy plak. im doing my job to provide, u all doing ur job to choose. kalau taknak ikut apa hukum yg ada, takyahlah beremo-emo marah sy. sy ulang, sy bukan kutuk dan sy tak hasut org supaya jangan pegi. sy ajak fikir smula je. sila fahamkn betul2. wallahu a'lam.
Anon No. 2 aka lgtch:
may u hv the strength to say NO next time. and thanks for ur understanding.
Anon No. 3:
Islam never ask the believers to be racist. what more to say about being prejudist. but when it comes to the scope of understanding the rules of do's n dont's there are still a lot more out there who dont get the real idea of islamic way of life. ok. i know im not the best person to talk on this. bukannya alim warak baik sangat pun. i just spoke out my belief which is infact a belief that shud be understood by all muslims. and FYI, i've never been to any Aidil-Vali. Huhuhu. Sorry la ye. Bukan sebab saya ban or what. tp sbb setiap kali Aidil-vali je, kebetulan time tu tengah sakit. Memang takde rezeki saya la kot to join u all. unless, the next Aidil Vali is dancing-free n bla bla bla, i'll giv my 2nd thought on it. sorry for that. Hopefully that we'll hv Gong Xi Vali next yr. Im sure, it will be much more happening. i bet it. plus, the food, the activities are more variety i suppose.
Saufi:
trma kasih. sy belajar menjadi kuat.
Syifa:
bagus syifa yg masih muda ni pun faham. jadikn tauladan. smga kefahaman yg syifa ada ni dpt dikekalkn smpai bila2 insya Allah ye.
Emi Che Ali:
bukanlah manusia kalau hidup tak mencabar. kat setiap tmpt tu ada ujian n bahagian masing2.
Doyot:
apa yg awk cerita tu betul. sy belajar sesuatu kt situ. hampir lupa plak dh pd kisah tu. trma kasih sbb ingatkan sy kisah burung tu. smga semua yg bersuara kat sini dihadiahkn sedikit pahala sepert burung tu :) terima kasih doyot!
Anon No. 4 aka Abu Hanifah:
terima kasih sbb faham dgn apa yg ks cuba sampaikn. supaya lps ni kita jgn cepat melatah. harap dpt terus bertahan.
Anon No. 5:
Oh..muslim eh. Innad deena 'indallah a-islam.. sesungguhnya agama di sisi Allah itu hanyalah islam. tp jgn la plak smpai mendoakn terjadi lg perang salib tu. tu perang yg besar n impaknya sgt dahsyat ok. berfikirla sblum nk cakap sesuatu tu. jgn sampai apa yg dicakapkn tu jd satu doa pula. wallahu a'lam..
ko tanya aku ke anonymous?....mesti la aku bergaul ngan pelbagai masyarakat.....aku tak kisah....tapi ada batasan, jgn lebih2 lak sampai lupa pasal agama sendiri.....abu hanifah....
Abu Hanifah:
sy stuju dgn pendapat tu. jgn smpai agama kita diorg pandang sebelah mata.
assalamualaikum...
sokong apa ks tulih...rasa sedih gak bila jadi camni...org amik ringan salah satu SBBnya masyarakat yg tak prihatin...sbb takdak org nak tegur ksalahan orang lain...sbb kta dah rasa macam..."oh biasala tu" lama kelamaan sensitiviti kta kat benda2 cam ni pun dh tadak...ni la pranan rkn2 penting..kalo x benda ni akan mrebak sbb dh resap pmikiran kta...oh xpa buat camtu...
lg satu pasai benda mlibatkan christmst charity dinner/concert wutsoeva tu...once terbaca pkataan cHaRity...dush!!! their charity prgramme?? there it goes...
taktaula apa diorg nak wat ngan duit kutipan tu...but still i dun feel its right for us to join..wallahualam
Murni:
trma kasih. xpela.yg mana betul, kita sama2 blaja drpdnya. kalau ada yg salah, ni salah n kekurangan ks.
saya sokong ape yg sarah cakap...
bagus sarah... semoga mereka yang terlibat itu, diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah...
saya sebenarnya sentiasa mendengar dari dua pihak... saya sangat sedih mendengar alasan mereka setelah sarah publish this post... bukan sahaja mereka memberi pelbagai alasan malah mengejek2 kata2 teguran ini (tidak semua..sesetengah sahaja)... seperti apa yg mereka buat itu tidak salah langsung... mmg manusia ni tidak perfect, semua pernah melakukan kesilapan... tp insaflah once kita sedar atas dosa yg kita lakukan... jgnlah nak berbangga pula... melenting bila ditegur... memperlekehkan hukum Allah (huh, sangat sedih kwn2ku jadi begini) seperti lupa dari mana asal kita... takutlah pada Allah... sekelip mata sahaja Allah boleh menarik segala nikmat dunia ni dari kita... malulah sikit kawan2 ku... berterima kasihlah kalau ada kawan macam sarah ni yg cuba menarik kita semula ke jalan Allah... saling beringat... manusia ni senang lalai...
takpe sarah...tabahkan hati k... =)
Osagi:
terasa nak nangis baca komen ni... trma kasih..
Hmm... I dont know why something trivial cause so much of an uproar right here. Dont get me wrong, the Gala nite whatever is wrong (in the eyes of Islam), but not so much as money embezzlement, skipping lectures and classes, bribing lecturers to pass exams etc among you people in Moscow.
No I am not blasting anyone here. It's just that I dont understand why this little Gala think bothers most people here very much, but other more serious abovementioned issues were blind-eyed.
Yes, it's wrong, and it's a muslim's responsibility to correct (or the least blog) about what's wrong.
I have no intention of "kutuk jika rasakan tulisan saya ini pedas dan tajam, menusuk dan mencucuk" because this blog is never completely right (priority-wise) in the first place.
We muslims need to succeed. It's just that we have to prioritize.
Maybe Siti Sarah really blogged about those more serious issues that perhaps I'm not aware of. If that is so, I will zip my mouth shut.
-Efenem, Nizhniy Novgorod-
Saya paham point KS.
Saya salah seorang yang pergi untuk majlis gala night dan saya nampak apa yang dimaksudkan...
Tapi,Apa salahnya mengambil gambar dengan rakan rakan tidak kira lelaki atau perempuan.Apa salahnya kalau menari bersama sama rakan rakan dengan mengetahui batasnya daripada seorang lelaki Muslim di dalam bilik bersama perempuan yang seringkali berlaku dalam hostel life in moscow.Apa salahnya kalau memakai dress atau baju baju dengan tidak mencolok mata and tidak lebih daripada itu.
Bukan semua orang tidak tahu batasnya, jangan kerana satu dua "black sheep" mengakibatkan semua dituduh begitu.
Yang peliknya, ambassador Msia dan brunei pun ada di situ. Kenapa tidak dikatakan apa apa kalaulah semuanya semacam buruk yang KS katakan dalam coretannya.
Mengenai hal christmas bash,saya rasa pihak berkenaan mengadakan concert ini dan memberikan pungutan hasil kepada anak anak yatim daripada badan badan lain seperti baru baru ini chinese society yang menganjurkan aktiviti yang mengambil duit dan entah ke mana hilangnya baki baki duit itu semua.
Mengenai isu Gong Xi-Vali yang disebutkan di atas oleh sarah, kenapa membabitkan race lain dalam hal ini?
http://www.malaysia-today.net/nuc2006/letter.php?itemid=855
slm..
people are just discussing this thing.telling these are wrong that are wrong.I do strongly agree with what KS jotted here.
And to those who opposing this event(including me)..Let us,do something to make it to the better.To do something that can enlighten people mind what Islam is all about.Action speaks louder that words..So,do please coz muslim ummah is like human body,when one part aches the entire body aches.KS thank you this,and hope u will stand strong against this.really hope u and the others will do aomething to overcome this.
Post a Comment