Friday, December 14, 2007

Demi Masa Hadapan - Fokuslah!


Assalamualaikum wbt

Melihat gelagat orang yang tidak fokus dalam menjalankan sesuatu sering buat saya terfikir, adakah mereka sudah tahu nasib dan masa depan mereka? Sering saya terfikirkan hal ini tatkala melihat gelagat sesetengah manusia yang mengambil remeh tentang apa yang sedang dilakukan. Adakah mereka yakin tuah menanti mereka di hari muka?

Saya mulakan dengan skop yang kecil. Pelajar. Sudah terlalu acap saya melihat situasi 'ala kadar saja' yang tidak sepatutnya ada. Kenapa dalam keadaan persekitaran terdekat dan dunia belumba untuk menjadi yang terbaik, masih ada yang gembira berada di dalam zon selamat masing-masing yang sudah pasti tidak akan kekal lama. Begitu juga dengan prinsip 'nantilah baru buat' yang sepatutnya dielakkan juga. Tapi sayang. Ramai yang memandang sebelah mata.

Pekerja. Masih ramai yang menganggap datang kerja sekadar memenuhi tuntutan bekerja dan etika masa sedangkan sama ada sedar atau tidak, kerja yang dilakukan adalah sambil lewa. Fokusnya di mana? Kenapa perlu ada istilah 'cukuplah tu dah buat dah' sedangkan hasilnya tidak melambangkan seorang yang profesional dalam bercakap dan bertindak.

Anak. Terlalu besar tanggungjawab seorang anak itu. Tapi masih ramai yang memandang remeh. Kerana merasakan ibu bapa masih boleh hidup dan berjalan walau tanpa mereka. Jangan hilang fokus. Tanggungjawab anak itu walaupun jauh berpisahkan tanah dan nisan, doa juga satu tanggungjawab kita untuk mereka sebagai saham terbesar. Inikan pula jika ibu bapa masih bernyawa. Kitalah tongkat mereka untuk menempuh hari tua.

Ibu bapa. Langkah pertama setiap anak mengenal dunia adalah di rumah. Fokuslah pada masa hadapan. Anak yang mendapat contoh terbaik daripada ibu bapa akan membesar di atas landasan. Jadikan diri cerminan terbaik buat anak-anak. Sungguhpun tidak dapat menyediakan harta kemewahan tetapi bersedialah menjadi ibu bapa yang sanggup berkorban agar anak dapat membesar dengan jiwanya yang terdidik dengan agama dan akalnya dimurnikan dengan ilmu yang sempurna.

Jangan pandang sebelah mata tentang tanggujawab membina masa hadapan. Fikirlah dari sekarang. Kerana masa depan yang hendak dibina itu memerlukan titik tolak fokus, praktikal dan doa yang mulanya dari sekarang. Jika tidak, kita tidak akan bertemu tuah kita yang menunggu di hadapan. Besediakah kita kalah kepada tuah?


Kalah Pada Tuah

Hajat tersurat tidak zahir
Inikan hajat tersirat yang sangat batin
Diluah mengubah nasib pasti mungkin
Disimpan menunggu takdir memang mustahil
Hai, nasibmu menjadi penakut
Selamanya di kali duduk melukut
Menanti tuah datang menjemput

Saban waktu terus tunggu
Kalau dirembat pasti ketemu
Sedangkan kaloi boleh bercakap
Buaian beralun tinggi ke atap
Tapi hajat itu tetap mahu dipendam
Sudahnya tuah mara, kau di belakang
Itu tuahmu yang kau harap
Tapi kukira kau tidak cekap
Tuah itu tunggu tapi kau mengalah
Kukira kepada tuah kau kalah

Tuah tidak kurang bila kau pengecut
Kau yang malang bila tuah mengabut

15 comments:

Mesin Kata said...

Kenyang~

Acaii Jawe said...

huhu, kekadang aciapun lari fokus gak..tapi kena pastikan kit aback on track juga..berseronok dan berkawan tu boleh tapi jgn sampai lalai..lelagi kepada tujuan kita hidup didunia nikan wak..sape tau kita mati sok? :)

Mimie Azrin said...

betul! betul mie sokong ape yang faisal kata tuh. skali skala mungkin, tapi jgn dijadikan habit..nnt karang dapat anugerah penyapu pula :d

p/s: pandai betul sarah kait bahasa dijadikan sajak. klu mie abes tunggang langgang jadiknya.. bolehkah ana ingin berguru mengait sajak dengan ente? :P mimie jr give salam.

Anonymous said...

sekali miss motivator,
beralun lagi sajaknyanya(erk sesuai ke "mengalun" sajak?)

Girl A said...

sarah! sajak ni sgt hebat!

MakcikMuda said...

*terasa*

*berlalu pergi membawa hati*

Mesin Kata said...

kamu sungguh lucu si pengusaha cowbra

=p

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua...

Aiman:
ks lapar...

Faisal:
yup yup. pandai2 bawak diri utk utamakn mana yg penting. dah jalan2 skit, kita pusing balik pd arah tuju kita kan. mcm awk la! pekerja contoh gitu. kan acai kan :)

Mimie:
yezza. betul tu. mcm apa yg cik faisal aka wak ustass acai kita ckp. mimie, dia tu pekerja bagus tu mie. jom contohi jom. anak n abg yg baik lg tu. huuhu.

Acai, komisyen skit kt sy promote2 ni ha ye :p

tiangpurnama:
hmm.. sy terfikir-fikir, siapalah awk ni ye. hihi. ops. sy bukan miss motivator. sy sndiri slalu je demotivated. tp kalau kita tau matlamat hidup, tu yg boleh drag kita balik ke tempat yg spatutnya kita ada. beralun-mengalun.. boleh la. layan je kn :) tu sajak lama sebenarnya. eh, takdela lama sgt dh.

Makcik Azah:
oh..terima kasih. sajak yg sangat biasa je. tulis dulu pun sekelip mata je. lepas 1 insiden jd dlm hidup.

Ryn:
Aik.. knp plak ni ryn? aaa..tamau la mcm ni.. sorry2 kalau ada terasa apa2.. maaf dgn sangat!!!

Aiman:
ryn sahabat yg sgt best tau Aiman ;)

Acaii Jawe said...

slm sarah,ahaaha...nak kena betoi promote sy camtu,hihi..:) *malu ai tau,kikiki...sarah, ingat tadi gi spital sbb sakit,hihii...ye tak ye gakkan takkan nak gi pelantar kot nak jumpe patient tu,huhu...sbb sblm ni awk ada ckp tak brape sihat,hihi..tu yg risau tu..*smile

MakcikMuda said...

kehkehkeh ! just kidding. haha!

dok muhasabah diri lew. slame neh dok uat kije separuh baik saje. miahahhahaha!

*psst ! mst sarah tsentap nengok ade urg terasa hati!*

miaahhahahhaha!

one said...

fokus?u muz have sumthing to share regarding this rite?saya dah berlatih tapi x jadi2 juga,saya dok fokus2 tapi tak dapat la..

Anonymous said...

Fokus....pada stiap perkara yang terlekat dan melekat di hati....fokus, jangan hilang arah....jangan juga terlari daripada landasan......puisi anda sentiasa hebat, sentiasa wujud manfaatnya....teruskan menulis dan berpuisi, biar dia ber'roh' biar dia berjiwa....biar sampai ke hati kesemuanya......

...JURAGAN...

Sarah Mohd Shukor said...

Faisal:
wah. ada org risau la plak. hehek. sungguh lucu baca komen tu. so x pasal2 sy tergelak wkt baca tu. (ish sarah ni..x baik la gelak2 dh.. org tu risau tu.. haha). kalau nk kena jd doktor di pelantar minyak, diorg bg doktor laki biasanya. tu pun yg specific in emergency punya doktor. tu kata kwn sy la. nnti la sy research skit psl ni. terasa jahil plak x tau basic thing ni. hehe. alamak Acai. sy tersalah promote awk la plak. terlupa Mimie tu isteri org. bawak budak lg. huhu. nnti la sy promotekn pd yg lg sesuai ye. hadiah utk sy: majlis kenduri wajib time sy ada d msia. huhu.

Ryn:
tamau la terasa2 dh tau. tu umum je tu. utk kita semua belek2 skit diri kita. senyum ok. *agak tersentap jgk la tgh sahabat sendiri plak tu yg kata terasa.. takut sy!*

Oneib:
sbnarnya panjang kupasannya tu. tp sy simplified kn jd mcm ni je. blog sy ni karang kalau tulis lebih2, org datang serang *siul2* jd kena tulis surface2 je. pengertian fokus utk setiap individu tu berbeza. sy rasa awk lg faham mcm mana nk fokuskn diri awk dgn masa depan yg diimpikn. jgn putus harapan oneib! kami semua ada utk sokong awpa awk buat!

Juragan:
hebatnya nama. terkejut sy baca. n terkejut juga sy baca komennya. mesti org hebat dlm bidang penulisan ni. sajak yg ini sajak yg dh ditulis sikit masa dulu. kebetulan agak kena dgn topik yg ditulis, sengaja dikongsikn. takda apa yg hebat pun dgn sajak tu.
biar dia ber'roh' biar dia berjiwa --> akan dicuba dgn sebaiknya. harap dapat tunjuk ajar drpd semua org hebat2 yg membaca atau terbaca.
terima kasih Juragan.
(mcm best plak sebut Juragan banyak2 kali. ntah knp, sy rasa mcm ada seekor ikan kecil atas tapak tangan! pelikkan?) hehe.

Ejalz said...

sarah, yesterday I've quoted a paragraph from this entry, in my blog. sebabnya, nasihat yang diberikan bagi melekat di ingatan. so, bila ada kesamaan dengan entry saya, maka saya gunakan. semoga tidak keberatan ... (sorry ye, guna dulu baru mintak)
me - ejalz.blogspot.com

Sarah Mohd Shukor said...

salam sis.

lama x dgr khabar. hopefully ur life runs well there. oh, x apa. x kisah pun. berkongsi apa yg boleh membawa manfaat. moga2 ada saham di utk bahu kanan kita kn.