Tuesday, December 04, 2007

Hujan : Pagi Yang Gelap di Moscow


Assalamualaikum wbt

Sakit kepala masih belum hilang. Semalam petang, suhu -10'C. Malam tadi pula -5'C cuma. Dan apabila keluar ke hospital pagi tadi, suhu hanyalah -1'C. Kepelikan. Memanas pula hari ini. Jadinya, hujan turun tanpa silu pagi tadi. Di mana keping-keping salji? Sejukkanlah sedikit Moscow yang panas ini. Ironi sungguh.

Sepanjang pagi tadi sehingga mencecah Asar, saya tidak menyentuh telefon langsung. Ada sesuatu yang bawa lari fikiran entah ke mana-mana. Lari tanpa kaki. Jadinya tidak mencecah bumi. Sampaikan ketika hendak menambah kredit telefon, saya terbayar telefon bilik pula di mesin pembayaran segera itu. Tidak mengapalah. Tidak rugi pun. Sekurang-kurangya tidak berhutang. Jadi saya batalkan niat untuk menambah nilai telefon bimbit. Sudah tidak punya duit kecil. Yang tinggal semuanya not 1000. Nampaknya lepas ini mesti saya jarang membeli barang. Jika wang dalam tangan semuanya besar-besar, susah mahu membeli barang murah-murah dan sedikit-sedikit kuantitinya di pasar. Nampaknya tiadalah episod riang-ria bersama M&M minggu ini (boleh bertahankah?).

Saya pulang tengahari tadi dan terkejut dengan respon-respon yang saya terima berkenaan entry lepas. Lengkap dengan balah-berbalah di chatbox di sebelah. Bukan ini yang saya mahu. Baik. Saya tidak mahu menyentuh lagi tentang entry lepas. Nilailah saya. Saya tidak kisah. Setidak-tidaknya satu tanggungjawab saya sudah lepas. Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin.

Mengenangkan kepala yang sakit dan malas menghiraukan gaduh-gaduh di chatbox, saya nekad mahu memprivasikan blog ini.Sungguh di luar jangkaan sebenarnya. Dulu saya pernah terfikir untuk berbuat begitu tapi atas sebab lain. Tapi sudahnya buat pertama kali saya terpaksa buat begitu untuk meredakan keadaan. Biar pelik tindakan saya itu asal tidak jelik dengan suara itu ini yang ada di chatbox itu. Matanglah kawan-kawan.

Kadang-kadang, diam adalah jawapan paling baik untuk soalan-soalan dan hujah-hujah daripada orang yang tahu tapi menidaktahukan diri mereka. Tidak apalah. Jujur bagi saya, saya diam sebab saya sakit kepala akibat hujan pagi tadi (sangat berdenyut ok).

Saya tidur sebentar selepas Asar (sekitar jam 2.30pm) kerana tidak tahan dengan kepala yang bersenggol-senggolan di dalam. Sehinggakan saya tiada mood untuk membalas 2 SMS yang saya kira penting. Sedang tidur, 1 SMS saya terima. Malas mahu membuka mata. Masih pening dan mata kata terus tutup. Selang seketika, SMS kedua pula saya terima. Saya capai telefon. Bukannya membaca SMS tapi saya setkan silent mode. Sambung tidur. SMS ketiga pula bergetar-getar minta dibaca. Aaa... Dengan kepala yang masih sangat pening (serius sangat pening), saya rasa mahu dibaling saja telefon itu. Saya capai telefon. Baru hendak mula membaca mesej-mesej yang diterima, bergetar pula telefon tanda masuk SMS keempat. Saya baca semuanya sekali harung.

Terharu. Semunya adalah daripada pembaca setia blog merangkap kawan-kawan di Malaysia yang pohon diri mereka dijemput masuk ke rumah yang tertutup dan bermangga pintunya ini. Sungguh saya terharu. Saya terus bangun. Tegang-tegangkan katil dan solat. Lalu ke dapur untuk memasak. Menu, mee hailam dan teh susu saja. Tidak serajin Hazreen untuk memasak ayam masak lemak cili padi :) Selesai masak, saya tidak makan. Saya siapkan meja untuk teman-teman serumah dan saya hanya minum air teh saja. Kata saya, saya sudah kenyang. Padahal, apa yang saya makan dari pagi tadi? Tiada apa.

Bersurai mereka daripada meja makan, saya menghadap laptop. Membuka email. Lagi sekali saya terharu. Oneib menghubungi. Begitu juga Shamirullah Leokid. Dan beberapa yang lain lagi. Begitu juga yang meninggalkan offline message di YM mendoakan saya kuat dan semoga saya sudi menjemput mereka menjadi pembaca. Terasa mahu menitis air mata. Lebih-lebih lagi email daripada Shamirullah itu. Terima kasih Sham.

Sebenarnya saya tidak berniat untuk memprivasikan blog ini selamanya. Sekejap cuma. Saya tidak mahu ada bahasa-bahasa yang teruk digunakan oleh pembaca-pembaca yang emosi. Saya tidak mahu ada pergaduhan. Bagi pembaca-pembaca yang datang menjenguk hanya kerana entry semalam, selepas ini tidak payah datang lagi pun tidak mengapa kalau privasi saya hilang. Dulu dunia saya ini aman dan saya sangat selesa dan suka dengan kawan-kawan jauh saya yang tidak terjangkau dek mata yang ada di sini. Jadi saya harap privasi saya itu dipulangkan kembali sebelum senggol-senggolan di kepala saya ini membuatkan saya mengunci terus pintu rumah ini dan lengkap bermangga buat selama-lamanya.

Hujan masih menitis setitik-setitik di luar. Moscow yang panas pagi tadi kini kembali dingin. Saya harap ia dingin terus. Dan saya suka Moscow yang dingin ini.

Nota: Saya intai-intai jadual penerbangan ke Malaysia di hujung bulan Disember ini bagi Emirates dan Qatar Airways. Economy class sudah penuh. Saya telefon Al-Amin Travel, sebuah agensi tiket di sini. Yang ada cuma tiket Emirates untuk yang mahal. Itupun di awal Januari sedangkan cuti saya bermula hujung Disember ini. Saya intai-intai tiket Thai Airways dan Austrian Airline pula. Juga sangat mahal. Keluar daripada bajet peribadi. Duitnya ada tapi terasa rugi berhabis terlalu banyak untuk tiket yang sebenarnya boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Dalam keadaan begini, saya berfikir-fikir untuk mempersiapkan diri dengan terapi yang baru untuk melayan jiwa yang terlalu sangat-sangat amat dahsyat rindukan Malaysia ini. Kaklong, silalah angkat telefon lain kali ya! Dan jangan hampakan Ngah lagi! Dan silalah appear visible kalau online ya sebab Ngah selalunya invisible.

25 comments:

Kassim Selamat said...

Salam KS,
Patut ler tadi nk masuk tak boleh.
Ini dunia KS tempat mencurah rasa dan menulis apa saja yg terlintas di hati.

Perdulikan mereka yg emosional di luar sana. Teruskan menulis ya KS....(^_^)

KS orang yg kuat semangat!

Mohd Hazreen Rashid said...

Oh Kak S, saya baru je nak add YM Kak S mintak dijemput. Nak saya hantarkan Masak Lemak Cili Padi? Hehe.

Saya dah komen dekat entry di bawah. Semoga terus sihat. You have my full backing. Walaupun kadang2 saya rasa sangat segan blog saya dibaca oleh org mcm Kak S.

maddie said...

I was reading my friend Awin's blog and i came across this. It was actually on democracy and in response to the bersih rally but I thought the same applied here:

I am angered that we have left things as they are for as long as we have.

I am angered at our apathy and our neglect that has allowed things to become as they are. I am angered by condescension - the almost unimaginable stupidity that deems the people to be seen as scum enough to lie blatantly to.

I am sad that self-denial perpetuates itself to the uppermost level of our nation. That at the behest of defending one's mistakes, we portray ourselves as insolent, blind idiots to the rest of the world.

I am sad that my generation does not care - that we are selfish and passive and ignorant, and that by all means, we chose to be this way.

I am disappointed that it had to come to this.


She has a way with words, Awin. Anyways she's right. Our generation does not care. At least it doesn't seem so. And that's sad.

There's a link to her blog on my blogger btw.

It's impossible to make everyone happy. Giving advice is always tricky business, especially when offering guidance to the people nearest and dearest to us. Because these are the people we can't afford to lose.

Sorry this is a long one!

Shah CJ said...

jgn pedulikan chat box tu sarah. biarkan mrk menulis. benda kecil je chat box tu. kalau awk mau, awk bleh disable/hide chat tu buat sementara. yg penting awk dh buat sesuatu yg baik utk agama.

mga2 awk dh buat Allah dan Rasul rasa bangga dgn awk. awk dh jlnkn sedikit amanah sbg sorg rakan dan umat Islam.

tentu sekali keluarga awk pun rasa lega dan syukur. anak gadis mrk masih tak lupa agama walau di perantauan.

be strong yee.. mga cepat2 sembuh sakit kepala tu. mngkn awk perlukn multi-vitamin je. *pandai2 je nasihat doktor.. hi..hi..

Leokid said...

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih. Kerana kamulah orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman. (3:139)

Orang beriman itu mengutamakan pandangan Allah dari pandangan manusia. Semoga Allah mengurniakan semangat dan ketabahan kpd KS.

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang. (13:28)

mohd.firdaus said...

ks.. kalau air teh susu tu.. guna teh lipton ka teh russia?? campor susu apa?? susu caer ka susu pekat?? lama x minum teh susu.. cam sedap plak bila gabung teh susu ngan mee hailam.. (ubah topik..=)

Leokid said...

em.satu lg. minta tlg doakan kejayaan saya exam anatomy ngan histology sem ni. n moga dipermudahkan saya buat keputusan dlm hidup ni. =)

bkn pe. doa org yg teraniaya ni dekat disisi Allah. thanx a lot!

Shah CJ said...

satu langkah yang AMAT TEPAT awak tutup chatbox tu. ibarat awak telah menampar mereka sorang demi sorang. tahniah.

Acaii Jawe said...

slm sarah, org yg perjuangkan agama di akhir zaman ni sering mendapat tentangan even dikalangan muslim sendiri..emm, tu sbnarnya salah satu tanda2 kiamat...bertakalah benar walaupun pahit..sekurang2nya sarah telah tunjukkan kemampuan sarah pertahankan iman dengan menegur secara lisan/menulis...way better than tak merelakan tpai cuma dalam hati...:)

rindu kat mesia eh, kalau sampai mesia belh ar singgah umh acai ye..tak dapat nak ajak sarah mkn kenduri kahwin kat umh acai,hahahaha...:) sarah, have a nice day, chaiyok2!!!!

MakcikMuda said...

kenapakah cik rynn boleh ketinggalan?!

ohhh ! tidakkkkkkkkk !

haha !

sarah sudah kene demam dek hujan yew.hikhik !

anyway,terus kuat sarah.biarkan suara2 sumbang di luar sana berkata apa2.

mulut tempayan satu mesia pon xleh nak ditutup semuanya,apatah lagi mulut manusia yang suka kata itu dan ini.

arsaili said...

salam begitu la adat merantau, kekadang kerinduan pada tanah air menyebabkan kita sasau..ada masanya kena harus bersabar...

semoga tabah..hidup tidak selalunya indah

dhiyauqalbii said...

KATAKAN YANG BENAR WALAU PAHIT..
DI HUJUNG ZAMAN INI, MEMPERTAHANKAN ISLAM UMPAMA MENGGENGGAM BARA API. SUNGGUH, KITA AKAN SAKIT DAN PERIT MENAHANNYA.. TAPI KESAKITAN ITULAH PENYELAMAT KITA DARI AZAB NERAKA YANG MAHA DAHSYAT DI SANA..

Vann said...

Diberi kekuataan
Atas apa yang dipercaya
Dianugerahkan keyakinan
Kerana perjuangan tiada keraguan

Barakallahu feek

Anonymous said...

sarah, akak suka baca blog awak. but yesterday, terkejut bila 'terkunci'. Thought u dont like strangers reading your entries. dont give a damn what people say (if u r in the right path).u r someone when u make a stand

Mimie Azrin said...

Sabar lah Sarah. Sarahkan kuat. Klu tak masakan Sarah dapat bertahan di tempat yang hujannya hujan emas. :) Senyum2 selalu.

[1] hmm..cedapnyer aunty Sarah masyak mee hailam. nak cikit! nak cikit! - mimie jr.

[2] malam semalam pergi buat ultrasound and monthly check-up, she sound asleep. :P. im on my 27th weeks now. you know, i gained another 3kg [oh no!no!] and mimie jr already weighted nearly 1kg! - mama mimie

Unknown said...

wahai cik sarah..
usahlah kamu berduka lara occay...
xder maknanya nak sedih2 pasal mulut2 orang ni.. biarkan jer la..
keep head up straight..
stand strong for what u believe for!

p/s - mee hailam tu sedap apeee... aaa..

Anonymous said...

keep holding on Sarah ;)

untuk kepala yg sakit... surah al-Waqi'ah boleh jd penawar... insya Allah~~

hawa said...

Salam..
Sarah.
Masih seperti Sarah Shukor yang saya kenal.
Outspoken.
Diorg menyalak sebab diorg terasa. Semalam baru je saya tegur sorang kawan yang tak solat atas alasan tak logik (sampai dia masam muka dengan saya harini).
Pendek kata, saya pun selamba. (eh dah merepek).
Bukan, pendek kata, kalau benda tu betul, tak salah tegur. At least you and i dah buat our part as muslim and as a TRUE friend. Right??

Smile Sarah.. Miss u a loadz~~!!!

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua.

Uncle Ks:
Ks ni mcm ayah sy. sebijik :) doakn sy ye Ks. Sy curi sikit semangat Ks yg utuh tu, terima kasih.

Hazreen:
ks x lalu makan la hazreen. nnti2 ks dtg m2 kamu masak lebih2 skit ye. terima kasih byk2. ur back up is so so much appreciated. ks respect ur determination in wrting n handling such blog of urs. need stenght to speak out. u hv my respects for that.

Maddie:
my dear ank usrah :) thanks for sharing. oh.. u told hazreen abt this issue via ym eh? thanks for those words that u shared. related indeed. n meaningful. we r not alone in this world. therefore there's alwys pple who want to be with us n also who dont want us to be existed at all. sangat2 terima kasih maddie.

Cikgu Jawe:
Cikgu, terima kasih byk2. nasihat2 cikgu sumenya sampai terus kat hati ni. insya Allah akn guna smpai bila2. lepas baca nasihat cikgu, sy mmg tgh nak remove chatbox tu tp internet tgh lagging kt bilik ni. tp lepas dh ok, trus sy buang. trma kasih byk2 ckgu sbb sudi dtg menjenguk n memantau berkali2 kat sini. down betul mlm td. tp terima kasih!

Sham Leokid:
terima kasih byk2 Sham. utk semuanya la. n doa ks sntiasa ada utk semua, insya Allah. sungguh ni, terima kasih byk2!

Sarah Mohd Shukor said...

Daus:
hehe.. bagus!!! ada jgk yg faham ks :) ks guna teh serbuk from yaman. sgt sedap. tp ni dh tggal sikit je dh. dpt awal tahun hri tu ada kwn kasi hadiah. guna susu manis yg tin biru tu :)

Cikgu Jawe:
terima kasih sbb x putus bg sy semangat :D

Faisal:
terima kasih Acai. kn sy dh kata. sy jumpa kekuatan drpd kwn2 blogger sy semua ni. oh. syg pd kamu semua! betul apa awk kata tu. ni semua tanda2 la tu.
ok. klu sy balik, make sure sy dpt makan nasi minyak mjlis kawin Acai~ yada yada.. :) nasi ambeng utk sy pun jgn lupa ye. dh 6 thn x mkn :p

Ryn:
ryn x tertinggal apa2pun :) apa yg ada, inila citenye. haah. sy sudah sgt suka dgn Pagi yg Gelap itu. siap tersalah kasi/dediacte pd org. huahuhuaa. org tu baca pun sure gelak2 jgk. huhu. sbb lucu!

Arsaili:
terima aksih byk2. sy akn ingt pesan tu. slgi diri ni masih tercampak merantau.

Kak Tikah:
kak tikah, lepas baca ayat ni: TAPI KESAKITAN ITULAH PENYELAMAT KITA DARI AZAB NERAKA YANG MAHA DAHSYAT DI SANA.. --> sy rasa kekuatan sy dicaj dgn sgt cepat. rasa kuat. sbb destinasi kita bkn stakat kt sini. tp kt sana nnti. trma kasih kak tikah!

Sarah Mohd Shukor said...

Mukhriz:
terima kasih yg tak terhingga. dlm 2 hari ni, sy belajar byk benda. trutama drpd ayat2 yg bro keluarkn. syukran alaik.

Kak Chempaka:
terima kasih sbb sudi jd pembaca kat sini. terharu sy sbb ada byk yg berada bersama sy rupanya. suka sy dgn ayat last akk tu. bermakna! terima kasih kak.

Mimie:
terima kasih mimie. n for the chatting td. seronok dpt borak ringan psl itu ini dgn mie.

Mimie Jr--> hep hep. minum susu mama je ye. dh besar nnti aunty kasi mee hailam banjar. haha.

mama mimie: ni dh 3rd trimester. sila jaga diri dgn lebih. perut dh boyot :p baby dh kt bawah. hati2 with the heavy chores. happy2 slalu ok ;)


Hannan:
terima kasih nan. eh, mee hailam biasa je la. bukannya yg grand2 sgt tu. thats why duduk bawah kategori 'masakan time malas'. hehe

Silent Reader:
sgt2 terima kasih. sejuk hati dpt ilmu baru ni. akan diamalkn.

Hawa:
an outspoken person, am i? i guess yes. n more in writing :p tp kalau bukan kita yg tahu n faham bertegas n menegaskan, sape nk buat plak. asyik nk tuding jari lepas tgn je ke sampai bila dgn alasa ilmu sndiri pun x setinggi mana. smga sy belajar n terdidik dgn apa yg sy tulis ni. Hawa, terima kasih byk2! sy teringat ketegasan dlm kesempoian awk wkt di dorm dulu. sgt best! ketua dorm berjaya gitu :)

Anonymous said...

Sarah...mee hailam pulak ari tuh daging masak lada hitam
biasa nescafe,tukaq selera ayaq tea kaw2 Yaman mari na
*i like eating noodle
*i like drinking tea with milky creamy sweetened susu pekat
sungguh sarah,bab makan minum membuat saya teruja!(espeseli ur hand-made;I)

Sarah Mohd Shukor said...

Anonymous:
Salam. erm.. skali sekala tukaq selera. sape ni eh? abis sume tau. nescafe pun tau jgk eh. sy x minum tea biasa ni tp tea yaman tu serius sedap. oh. sy pun suka mee. hantu mee. ngeehee. ups. my hand made? penah rasa ke? musykil ni.. *baru2 dagu pikir2 sat*

Anonymous said...

hmmm, dh lama tak jenguk blog ni, baca entry sebelum ni baru la faham apa yang berlaku, heh=)

Tuhan saja yang tahu apa reaksi mereka dan apa kesannya terhadap sarah, tapi...mungkin juga langkah yg sarah ambil ni paling sesuai.

Yakinlah bahawa sarah berada di pihak yg benar...sekadar memberi peringatan, mungkin hanya sekadar ucapan bertulis, tapi bukankah itu lebih baik drpd coretan yg sekadar terbuku di hati?

Teguran sebegitu...mungkin agak pedas utk dikecapi, pahit utk ditelan, tp itulah kebenaran.
Mungkin apa yg ditulis itu tak semuanya tepat atau kena caranya, tapi cukuplah bg kita utk kembali pada panduan sebenar kita, Quran dan Sunnah.

eh, chatbox dh hilang...eh,tp sy masih boleh masuk blog ni...hehe, danke

Sarah Mohd Shukor said...

Adilin:
sorry lah jgk sbb dh lama x contact. sekali-sekala tu ada sy jenguk2 awk di friendster. tp sekadar jenguk aje la. tak tertinggal plak jejaknya. terima kasih atas pendapat/sokongan yg awk bg. eheh. takde chatbox tak bermaksud blog dh mati. awk bertuah sbb tak terkena time blog ni di privatekan sat hari tu. hehe.