Saturday, December 01, 2007

Selamat Setahun

Assalamualaikum wbt

Pagipun menjelma seperti biasa. Malam semalam saya tertidur lewat walaupun berhajat mahu tutup mata seawal mungkin. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Jam sudah 2 pagi lebih, saya masih terkebil-kebil di atas katil. Jadi saya kunci jam untuk bangun jam 6.15. Nafsu penuh dalam hati tuntut suruh tidur secukupnya. Sedangkan Subuh masuk sekitar 6.10 pagi lebih kurang. Sarah... Sarah...

Tapi, tepat jam 6, saya sudah terjaga. Jam badan. Sudah terlekat dengan angka 6 agaknya. Cuba ditutup mata semula, memang tidak boleh. Saya bergegas bangun, mengemas katil setegang-tegangnya dan beredar ke bilik air. Harus mandi sekarang juga. Kalau tidak, nanti tidak segar. Tapi sejuk!

Selesai mandi, masih di bilik air, saya tersedar bahawa cincin hadiah daripada emak di jari manis tangan kanan tiada. Tertunduk-tunduk saya mengintai lubang air. Tiada. Sedih. Sangat sedih. Cincin itu emak bagi selepas SPM. Beserta rantai lama sewaktu kecil-kecil dulu yang diwajahbarukan dengan sebuah loket hati. Hiba. Sayu. Longlai saya melangkah keluar dari bilik air. Bertahun-tahun sudah cincin itu bersama saya.

Saya terus solat Subuh dan berdoa memujuk hati supaya redha. Nanti akan saya khabarkan pada emak kisah cincin yang hilang ini. Apalah kata emak agaknya ya. Sesudah Subuh, saya berteleku di luar bilik membaca Al-Ma'thurat. Hari ini hari Jumaat. Al-Ma'thurat Kubra. Saya selalu menasihati seseorang supaya banyakkan berselawat pada hari Jumaat. Tapi hari ini saya tidak menghubunginya. Tak mengapalah. Didoakan dia ingat selalu. Setelah melipat telekung dan memasak air di dapur, saya masuk ke bilik semula. Di luar tingkap, suasana masih gelita. Gelap lagi. Jam sudah bergerak ke jam 7.25. Saya menyentuh tilam dan menggerakkan tangan ke seluruh tilam. Dengan harapan cincin itu masih ada.

Tiba-tiba saya tersentuh sesuatu. Ya. Cincin itu. Saya terus sarung ke jari. Dengan kuat sekali. Pertama kerana gembira menemuinya kembali. Kedua kerana tidak mahu ia hilang lagi. Lalu saya terfikir. Macam mana cincin itu boleh terurai daripada jari?

Sebelum ini, saya memakai cincin itu di jari tengah tangan kiri. Tapi sudah terlalu longgar. Sampai boleh terjatuh dengan sendiri. Jadi memandangkan saya menulis dengan tangan kanan dan jari-jari di tangan kanan pastilah besar sedikit daripada tangan kiri, saya menukarnya dan memakai di jari manis tangan kanan. Ini semua gara-gara sakit ketika bulan puasa dulu. Berat jatuh. Tangan pun menyusut agaknya. Tapi saya tidak sangka pula di tangan kanan juga akan semakin longgar.

Nampaknya, saya perlu menyimpan cincin ini. Ada rezeki, bergantilah yang baru nanti, Insya Allah.

Pulang dari kelas mengarut yang membincangkan ketuhanan-ketuhanan yang pelbagai dalam sejarah perubatan Greek dan Rom petang tadi (Medical History), kawan-kawan berperang salji. Snow fight. Saya menjadi pihak berkecuali. Mereka kasihankan saya mungkin. Masih batuk-batuk kecil. Sudah setahun tidak begini. Kali terakhir kami sekumpulan mengganas di jalanan dengan salji-salji adalah sekitar Disember 2006 yang lalu. Iya. Setahun sudah.

Dan hari ini 1 Disember 2007. Mungkin tiada siapa yang sedar. Tapi hari ini dalam sejarah. Kerana selamat setahun yang lalu, rasmilah sudah hidup saya ditemani dunia saya ini. Kebetulan, tadi ada pula yang bertanyakan soalan: Bilakah saya mula hidup dengan dunia ini? Jawapan saya berkias. Di akhirnya baru saya nyatakan tentang ulang tahun saya dengan dunia saya ini. Ya. My World. Inilah dunia saya. Seikhlasnya inilah dunia saya. Selain kelas. Selamat Setahun. Semoga terus setia menjadi dunia saya, menemani saya menuju hari muka. Saya sayang dunia saya :) Boleh tak jika saya ucapkan Selamat Berkonvokesyen untuk Dunia Saya ini? Ya. Boleh. Jadi, Selamat Berkonvokesyen wahai Duniaku.

29 comments:

Anonymous said...

Ya, Selamat Setahun!!! Snow Fight!

one said...

Selamat ulangtahun..My World and to Ms creator as well

cry4freedom. said...

Laju betul panglima ni. Selamat setahun masihi juga Sarah. Kami dah bertahun, ucap selamat dua tiga pun selamba. Ulangtahun kekasih khayalan.

MakcikMuda said...

yay !

nape x gtau kelmarin.

lau x,leh beracarakan balem2 telur.hahah !

anyway,selamat bertahun2 ya,sarahku.

:D

moge terus bergiat.

Rifqa Kamarul Ariffin said...

sedap nye main snow fight kak ngah suka ke main snow fight masa batuk-batuk????


xxxxRifqaxxxx

Anonymous said...

setahun dua tahun tiga tahun... semoga selamat tahun-tahun yang akan datang~~ ;)

Shazwani Adnan said...

salam..
KS, wanie selaku pelawat yang ke -35,896, mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG PERTAMA buat My World! Semoga terus bergiat maju dalam industri yang diceburi! kakaka...

Pada 1 Disember, ulangtahun pertama My World muncul pada entri yang ke - 150.. Tahniah!!

Pada tarikh ni gak, mak ayah wanie selamat berangkat ke tanah suci.. Doakanla keselamatan mereka dan jemaah haji yang lain ok?

[MH] said...

ks tipu!

hehehehehe
ala
share la dgn saya..
selalu belek blog ks,tp tak smpat nk bc kat cc..save dlm pendrive je..saya penah ckp pasal ni tak?
smbil bc blog ks kat umah.tersengih sorg2..
senanya nk ckp..
best la blog ni..
ngehehehehehe

selamat stahun "my world"!!

[MH] said...

ks tipu!

hehehehehe
ala
share la dgn saya..
selalu belek blog ks,tp tak smpat nk bc kat cc..save dlm pendrive je..saya penah ckp pasal ni tak?
smbil bc blog ks kat umah.tersengih sorg2..
senanya nk ckp..
best la blog ni..
ngehehehehehe

selamat stahun "my world"!!

LadyTiz said...

seronok tgk video clip main salji tu. rasa nk main2 salji jugak.. tp kt sini pasir ade la. baling2 pasir. huhu~

Anonymous said...

my world berkonvokesyen disini..dan "dia" berkonvokesyen disana:)...sama2 terus cemerlang n gemilang ye...hehe....

rindu sarah sgt2!

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua:

Yasir:
Terima kasih banyak2 wahai tuan panglima. Terima kasih krn bertanya tentang 2 perkara tu. dan terima kasihs bb jd penyumbang idea. Yosh. bersastera kita mari :)

Oneib:
Terima kasih banyak2 Oneib. Awak antara pembaca setia blog ni. Nanti jumpa kita makan2 lg ye :)

Azwan:
Terima kasih! Dulu pernah pelik mendpt kunjungan org bernama cry4freedom. freedom apalah yg dicari. tiba2 lenyap sat org tu. puas cari2. rama2 ni pun dgn tak berapa nak malu terpaksa singgah kat taman aini bertanya2. adui. rupanya dh bertukar alamat rumah. hehe. Semuanya kisah di my world. Terima kasih banyak2 ye Wan.

Ryn Miss Sarawak:
ahaks.. suka dgn nama baru Ryn ni. unik gitu. eh, mana boleh bgtau awal. kurang best. lgpun nnti kena baling2 telur, abislah busuk sy. sy suka wungi2 je :) hihi. ryn, terima kasih. sbb blogging ni, sy kenal awak semua. n sy sgt suka kawan dgn awak sume TPG!!

Rifqa:
Kak Ngah tak main pun waktu tu. Tapi mana satu Iqa rasa is worse: snow fighting or eating ice cream for a coughing person like me? hehe. Actly, i'm eating ice cream right now. Nyum2 :)

Silent Reader:
Oh, ini dia lagi seorg pembaca setia sy. terima kasih byk2. Dulu2 pun mula2 oneib nyorok2 jgk. tp lepas tu dh kenal dh dia. nnti kita mkn2 ye. Oneib belanja *lari...* :)

Wanie:
terima kasih Wanie. siap tulis pengunjung ke berapa lagi tu. x tahan betul. hep hep. 183 dh entrynya :) semoga mak ayah wanie selamat ke rumah Allah n selamat pulang ke rumah sendiri semula insya Allah.

Thia:
eh mana ada ks tipu. betullah kn HidayaH kan hadiah drpd Allah untuk kita semua. cuma kalau tukar skit je ejaan baru la hadiah utk seseorg yg specific je. hehe. terima kasih thia sbb sudi baca repekan2 ks kt sini.

Tirah:
oh, kalau baling2 pasir, nnti masuk mata pedih. nnti kena ada org tiupkn mata. huuu.. jenuh plak nnti :)

Faaiqah:
thats why yg selamat berkonvokesyen tu sy tujukan pd Duniaku, bukan dunia saya. lain tu tau :) hehe. terima kasih faiq. sy rindu kat awk jgk. lama dh x catcp up things ni. later ok. wajib :)

Achik_Sufi said...

nak kene sebut selamat setahunke...?
selamat setahun...?
selamat setahun pun selamat setahunla...

selamat setahun!!!

Hafiz said...

owh dah setahun usia blog ni. rasanya kenal blog ini hanya awal tahun ni. cepat juga masa berlalu kan.

semoga dapat terus menulis yer.

Anonymous said...

salam...happy anniversary!...lama dh sy tak jenguk blog ni, kebetulan pagi ni internet laju lak, hehe...em,dah maju rupeny...btw, congrats..keep on writing..:)

Anonymous said...

Selamat setahun! :)
tulis terus, terus tulis!

Hey apa ni?!
Kata nak gemok bersama-sama.
Hahak!
Adeii.. Nampaknya cik ati gemok secara solo la ni ek..
Uwaaa tidak!!!!

hahak!

Anonymous said...

icekrim mangkuk kecil memangla boleh habis,saya makan icekrim yang dibubuh kat roti..2 kali untuk minggu ini!teringat masa budak2 kecik dulu..

Sarah Mohd Shukor said...

Achik sufi:
apa2pun boleh. trma kasih banyak2 ye Achik :)

Hafiz:
haah kan. terasa sgt cepat masa berlalu. apa2pun, trma kasih banyak2 :)

Isa:
Salam... trma kasih Isa! actly sy ada barang utk awk. tp x berpos2 lg. mintak ijin tggu smpai liburan musim sejuk ye. nnti sy poskn :)

Cik Ati:
terima kasih! rindunye pd cik ati. mcm chipsmore. kejap ada. kejap hilang.
eh eh. sape kata sy dh kurus? smlm sy baru je balun 1 tupperware ice cream coklat sorg2 tau. n mkn mcm2 yg merapu. n hari esok sy wajib berdiet agaknya. jom la kita diet sehat sama2 ye. hehehe.

Tiangpurnama:
eh eh. sy musykil ni. klu x silap, sy cite psl mkn ice cream tu pd cik ati. haaaa! ni misti cik ati atau Oneib ni. sila la menjelmakn diri.
oh, smlm sy makan ais krim yg 750g tu tau! sekali harung je makan. habis terus. aaaa... mati la sy. mati mendebabkn diri. huhu. sape nak join berdiet sehat ni? jom2.

arsaili said...

tahniah.dh setahun jagung rupanya

M A Sabtu said...

sarah,
selamat ulangtahun pertama bersama myWorld! semoga ianya akan terus mendewasakan minda melalui penulisan.

Sering kali berlaku:
...apabila kita berkata, ianya terus ke mulut (tanpa 'undo' click);
...apabila kita menulis, ianya memaksa minda 'memproses' - dan lengkap dengan 'undo', 'edit', 'spell-check', 'delete' ...sebelum 'publish'!

Apa yang berlaku (mengikut kajian psikologi):
...bila membaca, tahap pembelajaran 10%;
...bila mendengar, tahap pembelajaran 20%;
...bila melihat, tahap pembelajaran 30%;
...bila lihat & dengar, tahap pembelajaran 50%;
...bila diluahkan, tahap pembelajaran 70%;
...bila ditulis luahan itu; tahapnya meningkat ke 90%!

Begitulah hebatnya minda kita! Oleh itu, jagalah ia sebaik mungkin dari sebarang kecacatan (apabila menulis)...

zliah said...

saya baru je kenal blog kak sarah ni.wahh da setahun rupenye! :D
ehee selamat setahun n selamat ke tahun2 berikutnya~ ;)

Mak Su said...

hepi annibersary dunia baru mu

Mimiamilia said...

sarah,
dah setahun ek blog ni..tahniah.teruskan menulis.sorry kadang2 tak sempat nak baca blog sarah.sarah dtg uk january kan?insyaAllah sempat kot jumpa..doa2kan jer mi dpt pegi early january ni.

Acaii Jawe said...

slm sarah,
selamat setahun..moga hidupmu akan lebih ceria berbanding tahun2 sebelumnya...alahai, mesti cuak gilakan hilang cincin tu,huhu...sy tahu camne perasaannya..alahmdulillah dapat kembali, berkat doa tu..:)tu maksudnya suh sarah tambah berat badan lagi tau,hahahaha..:)

Mimie Azrin said...

Salam Sarah dearie!

Wah! oredi 1 year, time passed by so fast isnt it?
Happy One Year! so white the snow, tak pe la...mimie jr tak dapar rasa snow fight, dia dapat rasa mama n papa nyer berpillow fight berebutkan ps2 -- huhuhu

Anonymous said...

salam pkenalan..
hilang berat badan, jgn lupa mkn byk2 ye. nti cincin tu x jatuh lg..hehe..

Sarah Mohd Shukor said...

Arsaili:
terima kasih byk2. x sabar nk tggu ulangtahun ke5 plak. ahaks :)

Pakcik Sabtu:
terima kasih byk2!
oo.. bagusnya % yg pakcik bg ni. sy ada azam. insya Allah akan menulis tentang ilmu n kearah berfikir dgn lebih serius je lps ni, insya Allah. smga sy sndiri dpt baiki diri n blajar dprd apa yg sy tuliskn. doakan sy :)

Ida:
trma kasih Ida. kenal x lama tp mesra. best gitu kn ;)

Maksu:
terima kasih maksu. harap dpt n sempat sambut anniversary yg depan, depan, depan, dan seterusnya.. :)

Mimi:
terima kasih Mi. x sangka dh lama jgk kita kenal sbb blogging ni kn. dh nk dekat 9 bulan. eh, Mi dh confirm ke UK smula ke january ni?? waa.. tp sy ke Egypt lg skali winter ni insya Allah. Mi jgn jeles eh. nak sy smpaikn salam pd ahli bait? hihi :)

Faisal:
terima kasih Acai. eh, faham perasaannya? penah hilang cincin jgk ke? hehehe. mmg cuak ya rabbi waktu tu. n bila dh jumpa tu rasa lega sgt2. hehe. mcm la tu cincin kawen! eh eh. apa ni. suruh sy naikkn berat plak. huu. ni la org 1st yg suruh sy naikkn berat. debab la eden nnti. minggu ni sj dh makan mcm2 yg sgt ntah apa2 ntah. acai oo acai..

Mimie:
haah. dh setahun dh. Mimie, mksudnye kita kenal pun dh lama jgk la kn. since januari/ february lebih kurang kn kite kenal kn. waa.. tu sj nk buat org jeles ah tu yek. pillow fight la plak ye. tgk la nnti. heheh.

Arasis:
salam kenal arasis :) aa.. nk kena mkn byk2 ke? bru plan nk diet sehat (mula pg td..heheh) stakat ni bjaya disiplin kn diri lg :p harap2 x jatuh la dh cincin tu. sgt syg!

Jamal Abd Rahman said...

selamat setahun sarah....sarah jauh lebih senior dari saya..dlm bab blogging ler...hehehe..mgkn saya boleh belajar dgn sarah dlm bab blogging ni..

teruskan menulis dan meluahkan perasan tu (mcm uncle hjsabtu ckp tu)...insyaallah I'll keep coming back here..

setuju kalau sy ckp sarah ni mmg rajin menulis? dgn study lagi, but still sarah ada masa nak meluahkan nya dlm blog...mmg sy respek sgt tu..mesti sarah pandai manage ur time kan?

congrats sarah..keep on blogging!!

Sarah Mohd Shukor said...

UncleJ:
terima kasih banyak2 uncle. doakn sy kuat di dunia sy ni :)