Tercubit hati dengan sebuah kisah
Kisah kasih yang tidak berbuah
Lidah tiada lafaz untuk memujuk
Hati tiada makna mahu merajuk
Air mata jadi cerita
Nukilan sebuah tragedi
Tragedi orang berkasih
Air mata ini cerita sebuah kisah
Kisah yang ada pangkal, ada sudah
Kisah yang terpisah jauh
Kisah kasih yang hilang sauh
Sedih dalam tawa
Tangis dalam ria
Tangan sudah tiada kuasa
Mulut sudah tiada suara
Jiwa sudah tiada daya
Hanya hati yang tinggal mahu terus setia
Kerana hati mahu temani air mata
Setia dengan tragedi
Tragedi orang berkasih
Keringlah air mata kisah ini
Kerana tragedi akan menjadi memori
Teruslah setia hati ini
Tiada siapa yang mahu pujuk atau mendekati
Tiada lagi erti rajuk atau disayangi
Tangan sudah tiada kuasa
Mulut sudah tiada suara
Jiwa sudah tiada daya
Hanya hati yang tinggal mahu terus setia
Kerana hati mahu temani air mata
Setia dengan tragedi
Tragedi orang berkasih
Keringlah air mata kisah ini
Kerana tragedi akan menjadi memori
Teruslah setia hati ini
Tiada siapa yang mahu pujuk atau mendekati
Tiada lagi erti rajuk atau disayangi
Teruslah kuat jiwa ini
Jika kau luluh
Aku turut jatuh
Keringlah duhai air mata
Air mata sebuah kisah
Kisah tragedi orang berkasih
Cik Siti
Moscow
12/12/2007
Nota: Sudah lama tidak berkongsi sajak. Sekadar berkongsi hasil yang tidak seberapa ini. Buat Tuan sebuah kisah, semoga hati tabah dan terus tabah dan kekal selamanya tabah. Tuan sajak mendoakan yang terbaik. Dan lagu itu buat sesiapa yang merasakan. Maaf saya tidak rasa ada lagu melayu yang sesuai untuk diguna pakai kerana terasa terlalu jiwa-jiwa.
__________________________________________________________
Hari buat dia:
73) Kadang-kala menangis seorang diri itu ada baiknya. Setidak-tidaknya kita tidak merisaukan orang lain dan paling penting kepuasan itu hanya kita yang tahu.


33 comments:
penuh pengertian..
silalah fahamkan ikut pengertian masing2 :|
Tuan sebuah kisah - bersabar n bertahanlah dan tabahlah. ramai yg prihatin pada awak. yg berakhir tidak semestinya tidak berganti. dan yg terjadi semestinya ada hikmahnya. walau apapun sebab yg memungkin kisah air mata ini, semoga watak-watak terlibat tahu mengurus diri dan mencari titik kembali yang hakiki. Allah itu maha mengetahui yg terbaik utk setiap drpd kita.
Tuan sajak - sajak yg sagat bagus. bahasa yg sangat tersusun indah dan sampai ke jiwa. walaupun sekadar berkongsi kisah seorg teman, nampaknya awak sangat memahami jiwa teman awak ini. Seorang teman baik awak barangkali? walau siapapun Tuan sebuah kisah ini, didoakan awak tetap di situ menjadi teman terbaik untuk dia mencari kekuatan sementara dia dapat mencari kekuatan dalam dirinya sendiri. Tetaplah di situ! Dia perlukan awak di situ.
berbakat dlm bersajak rupanya :)
indah sungguh. maksud pun difahami :)
bersabar utk yg menghadapi.
hulurkan bahu dan terus setia utk sarah ye :)
if you wanna cry,
cry on my shoulder.
if you need someone who cares for you.
i love you my dear,sarah!
nice.:)
Kadang-kala menangis seorang diri itu ada baiknya. Setidak-tidaknya kita tidak merisaukan orang lain. Dan paling penting kepuasan itu hanya kita yang tahu.
sarah...azah stuju dgn ayat tu! sangat-sangat! walaupon depan semua azah sentiasa ceria...tp kadang0kadang sblm tido tu, bile dah pikir ngarut2 mesti ternangis jugak sorang2..hehe
*takmo cry on rynakk shoulder... tapi nak lap hingus kat baju dia bleh tak :P*
salam kak sarah,
sangat dekat dgn hati..
=)
sungguh bertuah tuan punya kisah,
kerana tuan punya sajak sgt memahami,
jzkk
p/s: julung2 kali sy tggl komen di sini, biasanya sekadar jadi pembaca dan pemerhati =)
ke ni crita tuan sajak sendiri?? tuan sebuah kisah yg menjelmakn diri sebg tuan sajak plak?? plik2. tp x apa lah. didoakn kuat trus.
Berjalan, Melihat dan Mentafsir:
terima kasih banyak2. sy terharu baca komen tuan. sgt berharga utk sy, juga utk teman sy tu barangkali. ye. sy akan tetap di sini. teman diri sy, dan diri dia juga. bila nnti sy dia sudah kuat, sy akn undur diri. sy yakin 1 hari nnti, dia akn kuat, sy akan kuat dan semua pun akn kuat. sy terima nasihat tuan itu. terima kasih juga tentang sajak ni. sajak spontan je sebenarnya.x indah langsung cuma mungkin dalam maksud. sy rasa tuan org yg kaya ilmu bahasa. kalau ada salah silap, tegur n tunjuk ajarlah sy.
Dunia, sy mahu jd diri sy!!
Anonymous:
terima kasih. sajak ni sy buat sekelip mata je sebenarnya. tp mungkin sbb dtg dr hati kot. bahu sy jauh. n sy juga perlukan bahu skrg..
Dunia, sy mencari bahu!!
Ryn:
ryn, awkla org pertama yg dtg hukur bahu. nk guna sebelah boleh x? hehe. sebelah je cukuplah. sebelah lg mungkin ada org lain plak nk pinjam kot.
Ryn, sy rasa nak ke secret bench sy la. jom temankan sy!!
Tirah:
Thank u. tp ni spontan je ni. tak sempat diperhalusi..
Azah:
yerr.. nk lap hingus kt bahu dia? nasib baik sy pinjam sebelah bahu je. so sebelah lg tu azah amikla. hehe. sian ryn ye. takpe ryn. sy tumpang bahu sebelah kanan tu, sy guna utk pangku kepala sy je. air mata ke, air hidung ke, sume tak kena. sy ada sapu tgn comel. hello kitty. caya tak? hehe
ye azah. sy pun mcm azah. muka bajet cool je kadang tu. cedok nasi pun senyum je muka. mcm td. huhu. apakah sarah ni???? but life goes on. eh, apa sy merepek ni kn?
azah, tirah, ryn, kalaulah korang bertiga dekat dgn sy!!
Sikin Ahmad:
salam sikin. tak sangka plak kamu sudi drop comment :) terima kasih. sgt dekat dgn hati? maksudnya dekat juga dgn kidney, heart n lungs. kalau sakit hati tu, sakit la satu badan. dan kroniklah sakit tu sbb semua main organs are affected. kalau tuan punya kisah bertuah sbb tuan sajak memahami, tuan sajak pulak sape yg nak memahami dia? adkh tuan sajak kena memahami diri sendiri?n kalau tuan sajak plak yg menjadi tuan punya kisah, agaknya, ada tak sape2 yg nak jd tuan sajak no.2? hehe. merepek aje. ks nk sajak drpd sikin la ;)
aa.. knp ks asyik merepek n senyum2 je ni? ngeehee~
Anonymous:
ermm.. mcm kenal je ni. hehe. eh, apakah? ye ke sy tu? oh..sy tenang2 aje di sini deh. cuba tgk mood tu ;) TENANG dlm diam. huhu. ye. smga terus kuat utk semua.
aa.. sy tak boleh focus pd buku Robins yg besar gedabak tu!! tolonglah sy baca buku tu. bacakan utk sy. sy sungguh2 x boleh baca. rasa mcm nk tidur terus je ni. tp kena baca. apa sy buat sepanjang hari ni? merepek bersama buku sajak sy dan tersenyum ntah x tau knp. aa.. apa nak jd dgn sy ni!!
Sarah, ALLAH TA'ALA A'LAM...
bagus2...karya yg sememangnya puitis dan kaya dgn erti tersirat. Bolehlah diposkan ke Antologi Dunia. hehehehe.
Judin:
boss,ks dh updatekan antalogi dunia. actly, ks x rasa nk letak sajak ni kat situ pun. terasa sgt personal. tp letak je la. actly ada 2 lg sajak yg ks dh tulis mggu lepas n ahad lepas utk letak kt situ. tp nnti2 la.x de mood sgt nk berbahasa segala ni ;) nnti mahMOOD ks dh dtg, ks update banyak2. ks malas nk update my world wkt tu nnti.tunggu la.ok boss.ks undur diri.
utk pembaca semua, kalau lagu kt entry ni hanya dpt didgr 30saat je, sorry sgt2 la. sy x tau apa prob laptop ni sbb setiap kali dh tukar2 setting pun, sy bleh dgr for 30s je. ke sy sorg je yg dgr mcm tu? apa2la. kalau nk dgr full version, cari sendiri la ye lagu tu:) ada di imeem profile sy.
ala.laa..laa.. kenapa ni? frust eh.
hidup adalah satu perjuangan. perjuangan tidak akan berjaya tanpa perancangan. perancangan tidak akan terlaksana tanpa keazaman.
mantiknya: untuk mencapai matlamat dalam hidup, perlukan satu perjuangan yang mempunyai perancangan yang tersusun disertai dengan keazaman setinggi gunung.
mungkin untuk mencapai matlamat, perlukan sedikit pengorbanan. tiada pengorbanan yang tidak menyakitkan. tabahkan hati.
falsafah le pulookkk..
sarah,
assalamualaikum..
sy sangat sukak ngan tulisan2 sarah..
i keep on reading yr blog while i'm free.. sarah tak hanya tumpu pada satu skop crita..
tp pelbagai.. ttg agama, khidupan dn mcm2 lg yg ingin diblogkan..
dan sajak ini.. sgt menyentuh hati dan meresap ke segenap ruang hati yg membacanya..
sarah!! wat lg sajak tau.. :)
wa sokak! wa sokak!
hehe.. :P
p/s:
sarah sy link kan awk kat blog sy yek..
**mntak izin ni.. takot nnti sarah cubit sy.. hiks:P**
salam.
pa khbaar? sedey sajak tu...
KiSaSiAnS tu apa ya?
aunty sarah, aunty sarah
jangan cedih-cedih ye. nnt mimie jr ceriakan aunty sarah wif my laughter ye. ;)
kepada tuan punyer kisah tu, bertuahnye anda sebab aunty sarah sangat mengambil berat tentang anda.
~ mimie jr.~
Cikgu Jawe:
alahai cikgu.. takde sape yg frust sgt pun. adatla ada turun naik. didoakn diorg ok aje. hehe. betul la falsafah cikgu tu. setiap pengorbanan tu mmg mustahil kalau takde yg menyakitkan. terima kasih cikgu!
Moonlite:
eh eh. kamu! sampai ke sini dh ye ;) terima kasih ye moon. nnti sy balik dr hosp sy jalan2 ke blog moon ye.
Alam:
salam..lama sy jenguk2 blog awak, alam. sorry sgt2. kisasian tu maksudnya warga KISAS. nama sekolah sy wkt upper form dulu di klang -kolej islam sultan alam shah, klang- :)
Mimie:
hep hep..mimie jr dh pandai gelak2 ke? aunty ingt baru pndai giggle je. hehe. ye.. aunty sarah sayang pd tuan sebuah kisah tu. sbb cerita dia mcm cerita aunty sarah kot. huhu. tp ni aunty sarah hepi2 je pagi ni. walaupun malam td x cukup tido n study tak terkhatam buku tebal tu. hehe.
mama mimie --> rindu my laling!
mama mimie: windu sarah jugak. panjang betul status di YM nya :P rajin stadi, bagus ni. azrin next week ada interview di putrajaya [again], so mlm tadi dia stadi jugak. sampai dimarahnya mimie sebab gelak kaut sangat tgk cerita rajnikanth di astro.
mimie jr: ngah blajar nak giggle pulak. skang baru pandai kicking and hiccups dalam perut mama aja.
p/s: sedap sajak tu. macam nak makan pulak hehehe
buat lagu best gak nih :)
Salam Sarah,
Menangis berseorangan memang digalakkan.. apa lagi jika ditangisi itu perkara yang ingin kita hijrahkan dari yang buruk kepada yang baik.
Salam wbt
Saudari Sarah Mohd Shukor,
jika dijemput menjadi kolumnis di sebuah majalah ilmuan mahasiswa national, bolehkah saudari bekerjasama? Boleh saya dapat email untuk urusan lanjut?
Mimie:
aaa..cerita rajnikanth?? apasal pelik sgt taste mimie time bawak budak ni? aishhh.pelik ni. jgn la sy nnti teringin nk tgk cerita2 russian. merapu meraban la baby sy nnti. huhu (ups.. sejak bila sy reti cakap psl baby2 plak dh ni? ngeehee). Mimie, wkt mie tegur sy di YM, maybe sy tgh tido lg wkt tu. n bila sy dh jaga tu plak, ada hal penting skit sy tgh uruskn. jd x terbalas2. apa2pun, sepanjang di hosp pg td, sy terbayang2 muka ceria mimie yg tembam! ahaa.. sure sy kena penumbuk mie lepas ni! adui. sy dh turun 2kg dlm masa 3kg. terseksa je bunyinye kn. huhu. suruh azrin study elok2. kirim salam kt dia eh. n mie pun kot ye pun behave2 la skit :p suami tgh study, dia ronggeng2 dgn cite tamil plak. ahaa..nnti mimie jr suka cite tamil jgk, sume sbb mie la! :p
Mimie jr: jaga diri n mama baik2 eh. muaaahhh!
p/s: mane ade shedap pun. sgt simple je tu. *malu*
May:
so apa kata awk buat lagunya. lirik dh ada ni ;)
Bro Kasawari:
salam bro. ye.betul tu. terima kasih sbb tambahkn ilmu kt situ. n lebih2 lg ditangisi dosa2 kita wkt di mlm hari lepas bertahajjud kan. terima kasih bro.
Editor:
Salam wbt.
Saya bukan keberatan untuk menyatakan persetujuan tapi saya terikat dengan jadual dan kehidupan sebagai seorang pelajar. Lagi pula, saya tidak nampak di mana signifikannya hasil tulisan saya ini. Jika sekadar berceloteh mengajak kawan-kawan merenung sejenak pada sesuatu, mungkin itu biasa saya lakukan. Tetapi jika inginkan saya menjadi kolumnis, terasa seperti tidak layak diri ini. Ini email saya:
sarahmohdshukor@gmail.com
Terima kasih atas pelawaan dan kepercayaan yang diberikan.
haha !
bangge neh jd urg ptame kasi bahu kat sarah neh.
azahh pengkotor !!!!!!
hahak !
comel lew hello kitty segala.
jum ! jum ! kite g secret bench yg not-so-secret anymore itu :P
salam ks..dah seminggu tak lawat blog akak..hmm
sajak ni bukan mengisahkan tentang akak kan??pasal org lain kan??kan??
hmm
minggu depan,jadual hidup saya dipenuhi dengan exam..end course exam namanya..adoi..sy pun sudah memulakan fasa 'study gila'..huhu
tak la sehebat mcm org lain..sebab tu la kena 'gila' sikit..'
akak doakan sy disini ye..
take care kak!
p/s: bestnyaa rumah akak ada wireless..fuh,rumah sy baru je pasang astro utk pertama kalinyaa..tibe2 je rasa nak balik!!!
hehe
Salam Sarah,
BB tak punya komen yg bagus..cuma ingin berbual sedikit..
'tika hati tak punya apa2..tiada paling setia, kecuali DIA dan air mata..tika jiwa tak punya rasa senyum tawa..cuma tangis selalu memujuk hingga terlena..'
punya teman...sebagai daya menguatkan,tiang membetulkan, tongkat membangunkan...
Ryn:
yes. ryn la org 1st! trma kasih sgt2. ryn, pagi td terasa indah. cewah~ ntah apa2 je sy ngarut2 kt ryn. sila delete segala apa yg sy karutkn tu dr memory ryn ye. hehe. mmm. malas la plak rasanye nk gi bench tu. meh dtg rmh sy kita makan2 lah pulak ye. dh lama sy x makan puas2 ;)
Thia:
Salam. eh, ni sajak pengkisahan aje. jgn risau. akk ok ok aje kt sini :) kalaupun ni psl org lain, harap kita dpt amik jd sempadan apa yg patut tu.oh. dh masuk musim menggila ye. selamat study gila2. make sure makan n tidurnya cukup ok. huhu. rmh akk takde astro la. akk tak penah tgk astro secara 'menonton'. sekadar menyapa pandang pd tv ada la. astro byk sgt hiburannya kot. hehe.
Bulanbiru:
salam BB. dari dulu sy sedar yg BB sgt pandai berbahasa indah. n apa yg BB sampaikn dlm ayat2 tu, betul sgt. jiwa akn terpujuk dgn sndiri kalau air mata teman kita sampai terlena. terima kasih BB.
ah
adui. sy dh turun 2kg dlm masa 3kg.???
macam mane tuh? hehehe kelakar juga aunty sarah ni...mie mmg dari dulu suka tgk citer rajnikanth tuh..hehehe satu opis mie tahu taw. :d
tu yang azrin wisau jerk..hehehe
apa khabar tuan sajak?
baik kah khabar si tuan kisah?
spontan jiwa terluah rasa
menjalin bait2 puitis
sehingga diri tertanya apa kisahnya?
eh, apa kerja sy merapu terkomen ah kat atas tu? mamai kot. huhu.
Mimie:
2kg in 3days.. typo.. hehe. tahan ke azrin layan mie tgk rajnikhanth tu? hahaha. jgn terbawak smpai mimie jr nnti sudah la yek ;)
tiangpurnama:
Alhamdulillah tuan sajak sihat2 saje. tuan kisah pun insya Allah sihat2 saje. yg di sini pun sihat2 saje (hehe). apakah kisah? kisah yg tak dibaca oleh mata, tak didengar oleh telinga, tak tertulis dalam surat :)
Post a Comment