Tuesday, December 11, 2007

Kenapa Saya Suka Rumah Saya


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Pediatrics berakhir sudah. Disebabkan tertalu fokus terhadap subjek ini sejak sebulan lebih yang lalu, sekarang terasa seperti otak sudah terlalu tepu dengan ilmu displin ini. Boleh jadi Pediatrician berjaya nampaknya ni. Tapi, saya tidak berminat. Ini bukan disiplin pilihan. Semalam, merupakan kelas terpanjang bersama Dr. Lada Sergeevna. Bermula dari pukul 3.30pm dan saya tiba di rumah pada pukul 6.40pm. Markah keseluruhan saya (carry forward marks for final exam) Alhamdulillah. Kurang 1 saja untuk sempurna. Terima Kasih Allah!

Hari Ahad yang lalu, seperti biasa adalah hari rutin menelefon keluarga. Emak memberitahu yang menu pada hari itu di rumah adalah ikan patin masak tempoyak, tilapia goreng, sambal belacan dan sayur sawi kerinting goreng. Oh. Emak memang pandai mahu buat saya rasa terkilan. Tapi saya tekan emak semula. Minggu sudah, saya pun masak lauk tempoyak juga di sini. Tapi menggunakan ikan karp. Rasanya seperti manis-manis ikan tilapia. Sebetulnya tempoyak itu kepunyaan Bob, seorang junior di sini. Juga orang Pahang. Dia bertanyakan saya sama ada pandai atau tidak masak lauk tempoyak. Saya kata pandai. Sudah khatam menuntut ilmu daripada Tok Halimah dan emak. Jadi dia belikan 2 ekor ikan karp yang besar dan memberikan tempoyaknya. Barang-barang yang lain, terserah pada saya. Terlepas rindu tekak pada lauk tempoyak. Tambah pula, ada di antara ahli rumah saya ini yang belum pernah menjamah lauk ini. Kiranya, mencipta rekod bagi diri merekalah kerana pertama kali menjamah lauk tempoyak di bumi Moscow ini!

Kata emak, pagi Ahad lepas, emak bergotong-royong bersama ayah di rumah. Mengubah suai mana yang patut. Dan kali ini sekali lagi saya ketinggalan setiap kali rumah itu hendak diubah suai dalamannya. Saya kata pada emak, walau macam mana sekalipun rumah itu, itulah tempat yang paling bahagia untuk saya. Emak menyakat, nanti tulislah entry tentang Kenapa Saya Suka Rumah Saya. Macam yang Mak Andak tulis. Saya kata okay. Emak tunggulah nanti.

Jadi, ini dia alasan, Kenapa Saya Suka Rumah Saya:

:: Ada keluarga saya ::
Di situlah tempat dapat melihat wajah-wajah tersayang, tercinta. Ada ayah. Ada emak. Ada Kaklong yang suka merengek. Ada Nan yang gentleman dalam apa jua. Ada Lan teman bergaduh saya sejak kecil. Ada Adi buah hati saya yang selalu membuat jenaka untuk kami semua. Ada Adam adik yang sangat rajin menolong emak mengurus rumah dan sangat prihatin terhadap 2 orang adiknya. Ada Adik Zizi yang sangat homeh (banyak cakap) merungut-runut tapi akhirnya menurut kata. Dan ada Adik Aiman yang sangat komited dengan aktiviti hariannya sama ada kepengawasannya atau taekwandonya dan termasuklah juga kartun-kartun pilihannya di TV. Di situ ada semua. Di situ ada segala. Di situ tempat saya boleh menjadi saya yang tegas dan manja.

:: Kasih sayang dan semangat ::
Tidak perlu diulas panjang. Di situ ada segala. Saya tidak pernah dirotan teruk atau dilibas dengan tali pinggang (Huhu. Anak yang baik tu!). Kena tengking dan marah tu, adatlah. Emak sentiasa memahami 2 orang anak perempuannya ini. Ayah pula sentiasa memberi peluang untuk anak-anaknya berdikari dan belajar membuat keputusan sendiri. Emak dan ayah sebagai penasihat cuma. Selebihnya, mereka serahkan pada kami untuk menilai dan belajar daripada kesannya. Ayah tidak banyak cakap jika saya hendak membuat sesuatu tapi saya tahu dalam diam ayah sangat meyokong apa saja yang saya lakukan. Dulu waktu kecil sehingga tingkatan 3 (masih bersekolah di Temerloh), saya suka ke perpustakaan. Ahli aktif lagi tu. Sebenarnya saya susah untuk mendapat izin keluar rumah dulu-dulu. Banyak yang emak risaukan agaknya. Tapi jika cakap baik-baik dengan ayah, semuanya beres. Ayah hanya mengangguk dan sebaik ayah turunkan saya di depan perpustaan, ayah akan menghulurkan RM2. Duit belanja hari itu (dulu RM2 ini sudah lebih daripada cukup). Biasanya saya kumpul duit itu untuk beli novel pula nanti. Terima kasih ayah. Emak pula adalah sumber semangat dan tempat saya belajar erti kuat. Emak guru segalanya. Emak bukan setakat guru di sekolah, tapi bagi saya, emak adalah lebih daripada itu. Emaklah guru memasak saya. Emaklah guru ilmu kehidupan saya. Emaklah guru sejarah saya. Emaklah guru kaunseling saya. Emaklah guru ekonomi saya. Emaklah segala-galanya.

:: Ada bilik dan katil saya ::
Dulu, saya dan Kaklong dipisahkan dalam bilik masing-masing. Tapi sejak kami menjadi orang nomad yang keluar masuk rumah kerana tinggal di tempat belajar masing-masing, emak satukan kami di dalam sebuah bilik. Dulu, bilik itu selalunya kosong saja. Sehinggakan katil pun terpaksa bertutup dengan kelubung untuk mengelakkan habuk. Tapi kini, Kaklong berseorangan di bilik itu. Jika saya balik, barulah berteman Kaklong di situ. Saya suka bilik saya. Segalanya ada di situ. Paling saya suka, katil besar yang boleh buat saya tidur sepuas-puasnya! Bukan seperti katil di sini. Sakit badan. Saiz budak-budak saja gayanya. Dan katil itu tempat saya berkongsi rahsia. Sudah banyak episod air mata dan gelak tawa saya dan Kaklong juga Nisa disaksikannya. Saya nak balik!!!!

:: Internet ::
Haha. Di rumah itu, saya boleh online sesuka hati saya di mana saja. Saya guna portable wireless modem. Saya boleh duduk di meja makan, di ruang tamu, di atas katil, di atas lantai di hujung katil jika Kaklong sudah tidur, di tepi PC di dapur, di depan TV atau di mana-mana saja. Tapi agaknya kalau saya balik kali ini, saya perlu berebut untuk online dengan emak. Emak sekarang sudah bekerja dengan KGB agaknya. Setiap hari emak mengintip aktiviti anak-anaknya di blog-blog kami juga adik-adiknya (Makde dan Mak Andak) di blog mereka. Emak oh emak...

:: Kenangan ::
Di rumah itulah terjadinya bermacam-macam peristiwa. Saya terbakar, tok tinggal bersama kami sewaktu rumah tok terbakar, jatuh naik kami adik-beradik dalam pelajaran masing-masing, menyaksikan adik-adik kena marah oleh emak sewaktu kecil kerana mereka tidak hafal doa qunut, saya dimarah oleh ayah dan sudahnya mogok menyorok di bawah katil di dalam bilik sendiri yang lama, Kaklong yang terlalu ramai peminat di zaman persekolahannya, kenangan menanam pokok peliharaan masing-masing di belakang rumah (saya ada pokok belimbing yang manis, Kaklong ada pokok jambu batu, Nan ada pokok limau kasturi dan ayah pula menanam pokok jambu madu), kenangan melihat adik-adik saya yang gilakan kereta lumba Dashan Kuro (salah ejaan rasanya), juga kaki basikal dan memancing pada suatu masa dulu. Betapa susah hendak mendisiplinkan mereka pada suatu masa dulu. Tambah-tambah pula ketuanya adalah si Adnan yang masih liat dan degil sewaktu itu. Tapi sekali dia sudah faham erti tanggung jawab, dialah anak lelaki yang paling boleh diharap juga contoh terbaik untuk adik-adiknya.

:: Ilmu ::
Di rumah itu penuh buku. Baik rak buku yang panjang itu atau rak novel-novel milik saya dan Kaklong. Juga ensiklopedia di dalam bilik emak dan ayah. Ilmu di mana-mana saja. Balik cuti tahun lepas, saya mengambil keluar set cerita sirah nabi yang 40 buah jumlahnya dan duduk di ruang tamu membaca seorang diri sewaktu semuanya ke sekolah atau kerja. Lalu saya pesan pula pada Adik Aiman suruh membaca buku-buku tersebut. Tidak pastilah sama ada dia baca atau tidak. Balik bulan 6 yang lalu pula, saya ambil keluar ensiklopedia sains yang emak beli untuk adik-adik dari rak buku di depan. Saya khatamkan juga. Dan saya baca pulu buku U'lum Fiqh yang berwarna hijau tebal milik ayah. Saratnya dengan ilmu. Hanya orang yang benar-benar berilmu saja dapat khatamkan dengan baik. Tapi disebabkan saya ini kurang berilmu, jadi saya rasa ilmu yang saya dapat lebih kurang 60% cuma. Dan di rumah itu, emak dan ayah tidak pernah menyekat hobi saya yang suka mengumpul koleksi novel terkini. Sanggup saya berhabis membeli novel-novel (yang relevan saja yang saya baca) untuk dijadikan bahan bacaan sampingan. Ya. Rumah itu rumah ilmu. Terima kasih ayah, emak kerana dari kecil sentiasa mengingatkan tentang ilmu.

Saya sudah tidak dapat berfikir tema apa lagi yang sesuai untuk menceritakan kenapa saya sukakan rumah saya. Pendek cerita, segalanya ada di rumah itu. Yang menjadi ukuran, bukannya kemewahan atau keindahan sesebuah rumah tapi masa yang diharungi bersama dan dengan siapa dihabiskan masa itu. Jawapannya, tiada sedetik pun rasa sia-sia atau bosan tinggal di rumah kerana masa sentiasa dihabiskan bersama keluarga. Dan saya suka perasaan dapat menyediakan makan tengah hari untuk keluarga ketika pulang bercuti. Gembira melihat emak tidak payah ke dapur, Adik Zizi dan Aiman juga boleh meminta apa saja untuk saya masakkan. Sehingga saya ingat lagi pada suatu hari saya menyediakan ayam panggang istimewa, selepas pulang dari sekolah, mereka makan dan Adik Aiman terus bertanya, apa pula yang akan saya masak untuk hari esoknya. Aiman oh Aiman.

Dan pada hari Ahad yang lalu, kata emak, ada satu bilik dikosongkan kini. Saya melawak. Emak hendak buat persiapan sambut menantu agaknya. Huhu. Kaklong sudah tamat belajar dan bekerja. Nan pula akan temat beberapa bulan lagi. Calonnya juga sudah ada. Siapalah yang bakal bawa pulang orang baru ke rumah agaknya ya.

Kenapa saya suka rumah saya? Sebab dia bestttttttt v(^_^)V


Dan saya yakin, setiap daripada kita punya alasan kenapa kita suka rumah kita. Wallahu a'lam.

31 comments:

Mak Su said...

alasan yang sama, sebab dia beshhhh

doyot said...

Salam Sarah,

Betul, rumah adalah tmpt paling best skali, bukan sbb besarnye rumah, tp besarnya kasih sayang dlm isi ruma tu sendiri..saya pon suke rumah saya..eheh.

Anonymous said...

kereta tu sbnrnye... dash yankuro :)

emm.. ini homesick yg agak kronik nmpknye.... :D

Sarah Mohd Shukor said...

Salam baut semua:

Maksu:
yeahh... tu dia. the same reason rite? hihi.

Doyot:
haa.. sorg lg.. same reason! hehe. nampaknya hipotesis tu betul. hehe.

Silent reader:
Waa... tau eh pasal keta tu? dulu dahsyat adik2 sy ni. kumpul2 duit semata-mata nk beli keta2 ni la. pastu2 tiap2 petang kumpul ramai2 kat beranda beratap kat rumah tok. diorg lawan ramai2. siap dgn sepupu 2pupu 3pupu kumpul kt situ.
ehem.. mane ada home sick. cite2 je. hihi

Mesin Kata said...

Salam sarah~

dash yankuro mengujakan.
tapi zaman tu dah malap kini. =(

saya juga suka rumah saya.

mahu pulang?

Anonymous said...

1. tempoyak..ooh crawling for tempoyak!

2. kak long ramai peminat masa zaman sekolah .. ahaaa

3. wireless internet

4. gedung ilmu

5. calon menantu..uhuk uhuk .. hehehe

Di rumahlah segalanya bermula

Sarah Mohd Shukor said...

Aiman:
salam. ish, memanglah kan. tu zaman kita sume kecik2 dulu. zaman darjah 4-5 kan. ks x main. tp rajin tgk adik2 main. nostalgia sungguh. amacam bisnes mengurut? bereh dok? huhu.

Abg Khairil:
uuu... selalu dpt conclude kan dgn baik. syabbass ;)
respon:
1. silalah dtg rumah sy nnti. sy dh penah sampai rmh abg khairil 6thn lepas (kan kan kan). nnti dtg la temerloh plak ye.
2. sangatlah betul! org telefon je, sure utk dia. adik dia ni? yillek. sy low profile. org, sebelh mata pn tak pandang. huhu
3. mcm tu lah kisahnya.
4. haah. sgt banyak buku. tu tak termasuk buku2 sekolah yg terkini n yg lama :p
5. calon kaklong n nan la. sy? uhuk uhuk.
rumah saya, di sinilah titik kasih ditemukan, di sini jua saya curahkan segalanya...

Mohd Hazreen Rashid said...

uhuh, saya balik rumah waktu summer sejak dari 1st year lg emak saya mintak masakkan lauk. Tapi sejak dr dulu sampai la balik cuti summer 3rd year tahun lepas saya tak pernah masak apa2 sebab saya tak yakin hasil masakan saya dpt ditelan oleh org lain. Jadi walaupun free gila mengalahkan even adik saya yg plg bongsu yg perlu juga buat kerja sekolah, saya hanya menanti emak bw pulang makanan tengahari. Emak saya pun kerana busy bekerja dia jarang masak sendiri.

Huhu, rasa sia2 gile cuti summer. So that made it 6 months of my life wasted for nothing.

xanda said...

umah kite... kampung kite... naik air... eeooo.. air.. eeeooo.. banjir wo0o0o banjir wo0o0o... pahang banjir weh!

Anonymous said...

salam kak sarah!!tempoyak?!!*drooling*
nak jugakkkkkk!!!!!!!!hehe

gosh i've nvr stayed in a house longer than 4 years usually except yg kt georgetown(7thn)..hujung tahun ni pon nak pindah lagiii..so i think it's really cool for someone to stay soo long in one house like u..cuz u have so many stuff to talk abt from as long as u cn rmbr like kes terbakar tu...hehe..
xx
p/s thanx to ur post,now i'm feeling HOMESICK n mengidam TEMPOYAKKKK!!!!haha..><

Anonymous said...

Hazreen:
sila darabkan siap2 sampai abis blaja nnti ada berapa bulan yg dh disia2kn:
1st-6th yr = 5 times summer holiday
duration of 1 holiday = 2 months
total: 10 months!
uiks. baik berniaga mcm ni. 10 bulan dh untung berapa dh eh. hikhikhik.

Nan:
tau. lebak naik air. tp hello adikku. rumah kita atas bukit n tak penah hayat kena banjir. td ayah baru je roger bgtau psl londang pun dh naik air air mcm biasa. aaaa.. last skali ngah rasa banjir was 8 yrs ago kot. wkt tu lower form lg rasanya. sbb mak still kasi ngah jenguk2 kt tmpat banjir tu. kalau dh besar, mau ke mak bg pegi ye. oh lupa plak. ayah jd mcm karam singh walia dlm msg td. hihi.

Che Nab:
Salam. laa.. kamu ni lg nomad drpd ks rupanya. ingtkn ks ni dh abis nomad dh. ks penah rasa sekali je pindah waktu kecik2 dulu. tu pun sbb sementara nk tunggu rmh kami ni siap. wkt tu ks umur 5-6thn. rmh yg lg 1 tu pun sgt best! sgt2 best duduk rmh tu. hehe. sbb kat situ la ks blaja semua jenis doa n kt situ la mula kenal erti sayangi adik beradik. hehe. smga bila dh pindah ni nnti, kamu akn suka rmh baru tu ye ;)
p/s: nak makan tempoyak? gi mintak kat bob, ks masakkan. jumss :p yg homesick tu, tak dapat den nak nolong eh.

maddie said...

because the sense of belonging you get when you come back is unparalleled.

a person can have a house or a hostel room but there's nothing quite the same as the feeling of being home.

Sarah Mohd Shukor said...

Maddie:
u hv got the point there! the sense of belonging n being loved. that what home means to me :)

Mimie Azrin said...

Saye suke rumah saye sebab ade mak saye, ayah saye, adik2 saye dan kasih sayang dari mereka! Riuh gitu!

Anonymous said...

Sya juga suke umah ngangah...
disitu la Sya tido tiap kali balik kampung...
teringat dulu2 tido berhimpit 3 org atas katil, tah bila nak dok camtu lagi lepas nie...nanti Ngah and Kaklong kawin, Sya nak tido mana~~

Miss you so much!!
p/s: kelakar, in kuantan pon Sya susah nak makan tempoyak...

Anonymous said...

heh ni mak ayah nak terime menantu dr siape ni??? tulun sket ye.. suroh korang carik takmo carikan.. jwbnye langkah 2 bendul la korang ni. ala dah soh heri carikan dah.

k ah nak gi ngaruk air plak...

wwuuuuussshhhhhh.....

Sarah Mohd Shukor said...

Mimie:
haa.. sorg lg. same reason. hehe. tp mmg tu la alasannye kn :D

Nisa:
haah kn. katil tu besar. tp bila kita 3-3org tido skali, ntah sape ntah yg mengembang jd besar. mmg best la bila mlm2 kita bercerita itu ini. huhu. eh eh. kalau KAKLONG kawin, tu guna bilik lain. KITA tido la kt bilik tu lg. dun worry :D
i miss u too!! kuantan bukan lidah tempoyak. kuantan lidah laut. kalau nk makan tempoyak, rajin2kn diri awak balik rumah tok/mak ngah ye. sure dpt special treatment. tp skrg banjir. duk diam2 sudahlah kat kuantan tu ek ;)

Kaklong:
eh eh. nan la kot. tp bukan ngah la kot. ntah zaman bila la tu agaknya. eh eh. hari tu org tolong awk dh tau. even wkt tu diri ni rasa mcm bdk2 je (ahaks. padahal dh 22!). suruh heri? abg heri carikn?? hmm.. ok jgk la. abg heri pun baik. bagusnya abg heri. hehe.
nak main banjir jgk!!

Mimie Azrin said...

ha...lagi satu. Saya suka rumah saya sebab:

[1] depan rumah ada pantai
[2]pantai dengan air yang jernih
[3]petang2 leh pegi snorkling kat taman laut
[4]angin sepoi2 bahasa
[5]udara yang best dari di bandar ;)
[6] pantai,pantai,pantai BEST!

Sarah Mohd Shukor said...

chop chop chop.

rumah mie sebenarnye di p.tioman ke? *garu2 dagu sbb ragu2* yg di kg. new zealand tu tok n nenek je ke? hehe. kalau rumah dekat dgn pantai, beshhhhhnya! sy sgt suka pantai.. jeles ni... mie, sy rasa nk nangis ni.... :'(

FabulouswithAs said...

ks...
besnyeeeeeee lauk tempoyakkkk./...my feverettttt!!!!!!!!!!!!rituh blk msia pon xsempat nk mkn...

Sarah Mohd Shukor said...

Asma:
eh, kamu duk shah alam pun suka lauk tempoyak jgk ke? amazing! tp kamu asal johor kn? sure makan ikan sungai ;) nnti balik meh dtg makan lauk tempoyak di temerloh ye. yg super pure punya! ngeehee~

Sarah Mohd Shukor said...

saya rindu rumah saya!:'(
saya rindu nakmain banjir adik2 saya :|

Khaizarien said...

rase ingin mahu menangis membace entry anda....
sebuah keluarga yg amat bahagia...
terasa diri begitu rindu akan kasih sayang dan perhatian

one said...

memang best!!!!

Sarah Mohd Shukor said...

Melati:
melati pun balik la rumah jmpa mak ayah :) dpt la ubat rindu. sy yg jauh ni, dpt imbau2 kenangan je la ;)

Oneib:
hehe. rmh oneib sure gempak dgn mcm2 makanan kan. org kelantan ni kaya dgn mcm2 jenis makanan kn ;)

one said...

Sebenarnya sarah,rumah saya ada dua,yg paling memberi kenangan mestilah yg lama,manakala yg baru sekadar tempat singgah bila balik Kelantan,tengokla kalu ada blog saya cite

Sarah Mohd Shukor said...

oo yeke.. kiranya yg skrg ni rumah baru yg dh kurang skit nostalgianya ye? ok ok. tak sabar awk ada blog jgk oneib. misti byk cite2 best!

one said...

pasal blog..m..ada orang cakap,buat apa blog kalu kita xde sesuatu yang bermanfaat tuk diluahkan (publicly online),tu yg saya terfikir,i'm not a good storyteller or writer,so the presentation muz be so-so,jadi saya cuma menempel kat blog2 yg membahagiakan..kot2 ada idea,rasa nak tapi cam tak nak (indecisive i am kan..)

Sarah Mohd Shukor said...

dh tu sy ni dlm kategori apa ye oneib?

one said...

category yang..membahagiakan :)=
betul,cam blog dia dan dia,bahkan saya consider them(and u)significant SAHABAT blog,not merely kenalan or rakan bloggers, sebab u all memang best,betul2 best

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

'dash yonkuro'

menarik menarik
i mean, this kind of post.
boleh tiru..lalalala.. does it called as plagiarism?naaa its not even so called academic thingy aite?

umah paling best sy rase mase dok gerik dulu..sbb depan umah ade bukit.selalu panjat2 n crawl jadi askar..siap ade baju askar tu dulu..
pastu nak g umah kawan kat belakang, boleh luncur turun bukit plak..so kool...