Thursday, December 06, 2007

Nota Maaf Buat Warga Moscow

Assalamualaikum wbt

Entry Teguran Terbuka Buat Muslim di Moscow benar-benar telah menimbulkan suasana tegang di Moscow. Apa yang saya nukil yang pada asalnya hanya untuk tatapan rakan-rakan di Moscow yang setia membaca blog ini saja, rupanya telah tersebar luas kepada hampir semua. Saya tidak menyalahkan kepada siapa yang menyebarkan. Tetapi saya terkilan kerana saya dikatakan memfitnah isu ini. Demi Allah, saya tulis apa yang saya sudah lihat saja daripada gambar dan video.

Jadi di sini, saya hendak momohon maaf secara terbuka kepada sesiapa saja yang terlibat dan telah membaca entry itu. Tapi izinkan saya menjelaskan apakah pendirian saya secara jelas berkenaan 2 perkara yang telah disebutkan di dalam entry tersebut.

Berkenaan Gala Nite yang bertemakan Magical Winter itu, saya sebenarnya terkilan dengan hasilnya (the outcome). Memang semua gembira kerana julung-julung kalinya organizing team berjaya menjalankan sebuah program yang sangat teratur betaraf 5 bintang di hotel 5 bintang juga. Tahniah atas kejayaan organizing team yang sangat komited menguruskan segala prosedur yang serba rumit di Moscow ini. Cuma yang saya terkilankan, dan di dalam entry itu telah saya nyatakan bahawa saya salahkan diri saya sendiri atas apa yang saya terkilankan itu, kerana saya sebagai Naib Pengerusi IMAM-MSC MMA terlepas pandang untuk menyediakan tatacara berpakaian (dress code) bagi sesiapa yang ingin pergi (walaupun nampak seperti mustahil untuk menyeleggara pelajar-pelajar yang sudah besar panjang ini supaya mengikut tatacara itu). Ya. Saya salahkan diri saya tentang hal ini. Jadi, saya belajar sesuatu di sini. Untuk majlis-majlis keramaian yang seterusnya, moga-moga organizing team lebih peka untuk menyediakan dress code yang tepat supaya adab sopan dapat dijaga dengan sebaiknya. Walau apapun, maaf dengan sangat atas pandangan yang saya keluarkan secara peribadi di blog ini. Saya tekankan sekali lagi, saya tidak membuat fitnah dan saya tidak membuat onar dengan menyebut nama-nama yang terlibat. Saya menulis pandangan itu secara menyeluruh tanpa ada niat untuk menspesifikasikan kepada sesiapa jua.

Perkara kedua yang saya sentuh adalah berkaitan Konsert Jaclyn Victor sempena Christmas Bash yang akan berlangsung pada 22 Disember ini. Tiada unsur hasutan di situ. Saya menyatakan pendirian saya dari segi agama sahaja. Terpulang pada sesiapa yang telah membaca samada mahu menerima atau tidak. Jika rakan-rakan rasa inilah satu-satunya peluang untuk dapat menyaksikan Jac beraksi di Moscow, buatlah keputusan sendiri. Saya sekadar menyediakan saluran untuk berfikir tetapi keputusan adalah di tangan kalian. Organizing team menyatakan, untuk berbuat amal kebajikan, kita tidak mengira agama. Apapun jua, saya serahkan kepada semua untuk membuat penilaian. Punca isu hasutan timbul kerana isu ini turut dibaca oleh rakan-rakan bukan Muslim. Maaf kerana kalian kurang faham tentang hal ini. Tapi saya sangat gembira kerana setidak-tidaknya dengan isu yang ada ini, rakan-rakan bukan Muslim lebih prihatin tentang sensitiviti Muslim. Dan saya lebih sangat berbesar hati jika Christmas Bash itu tidak dijalankan samada pada 21,22 atau 23 Disember kerana pada waktu itu, Muslim masih lagi dalam tempoh merayakan hari-hari kebesaran Islam sempena Hari Raya Eidul Adha. Walaubagaimanapun, saya secara peribadi faham dengan situasi keterikatan dengan tarikh, dewan, hotel dan lain-lain persediaan yang telah ditetapkan. Moga pada tahun mendatang, pekalah dengan isu ini. Supaya kita semua tidak terlepas pandang dengan hari-hari kebesaran agama kita pula.

Jadi saya sekali lagi memohon maaf atas ketegangan yang melanda. Dan saya jelaskan sekali lagi, pandangan dan teguran itu berbentuk peribadi. Atas alasan apa saya menulis bahawa saya mewakili IMAM (PPIM) adalah kerana posisi peribadi saya sebagai Naib Pengerusi IMAM di MMA dan saya terkilan kerana saya terlepas pandang sesuatu yang penting dan besar dari segi perkembangan sakhsiah di universiti kita ini. Dan saya telah pun menukar entry itu dengan menyatakan ianya adalah mewakili diri saya sendiri. Tiada kaitan dengan IMAM atau sesiapa.

Maaf buat semua. Semoga penjelasan dan pendirian ini akan meredakan kembali keadaan dan tiada lagi suara-suara belakang menuding jari menyalahkan orang itu dan ini. Dan diingatkan juga, blog ini berbentuk peribadi. Dan saya pohon, jangan lagi membuat sebarang kekecohan dengan bahasa-bahasa kasar dan kesat sehingga saya terpaksa membuang chatbox yang ada untuk mengelakkan perbalahan bahasa itu berterusan. Hormatilah privasi saya di sini.

Matanglah dalam membuat keputusan. Pilihan kedua tidak semestinya kurang baik tetapi kadang-kala menjadikan kita lebih matang, tepat dan bijak.

Dengan itu saya undur diri dengan salam maaf peribadi secara terbuka buat semua yang telah membaca dan terasa. Dengan ini, isu ini secara rasminya ditutup.

Wallahu a'lam.


Siti Sarah Mohd Shukor
Pelajar Tahun 5
Sechenov Moscow Medical Academy

24 comments:

Anonymous said...

ks...u r on da right path..=) keep it up!

abdul hayyi said...

berkata benar walaupun ianya pahit...itu yang sebaiknya.

tentang isu berbuat kebajikan tidak mengira agama, saya setuju. mesti tolong orang lain walaupun berlainan agama sekadar yang mampu. tapi 'caranya' juga perlu di ambil kira. matlamat tidak pernah sekali-kali menghalakan cara.

Allahu Ta'ala a'lam...

Shumierain said...

selalunya pabila kt b'tegas utk sesuatu p'kara yg baik, akibatnya kt akan sering dipandang serong serta dipulaukan..

utk sarah,
jgn putus asa okeh..keep up ur good work..

***p/s : lama dah xjenguk kat cni, rindu nak bc nukilan sarah..

Mimie Azrin said...

Sarah, bukan senang untuk puaskan hati sendiri tanpa lukakan orang lain. Dan bukan senang untuk menjaga hati semua orang tanpa menyakiti hati sendiri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin bukan ditujukan untuk kita, tapi melalui kita untuk ditunjukkan kepada orang lain. Apa yang Sarah buat itu atas pegangan dan kepercayaan Sarah.

Keep it up. :) U r a strong girl [aunty] :d.

p/s: kat sini hujan lebat dari pagi sampai la sekarang.sejuk!

13may said...

tatau nak komen apa :)

Anonymous said...

like a press release...ucapan cam menteri,betul hehe
*u r a significant person rupanya

Anonymous said...

kak sarah..
u've opened ma eyes..
tq.. =]
owh bdw,keep it up...

Anonymous said...

salam kakak sarah..
we're glad to have u as our imam naib pres!!!u rawk!yeay!hehe..
xx
ps when r we gonna plan for our kenduri raya aidiladha nnt...cant wait for more foods!!!!!

Unknown said...

:) Sara, cheer up. Let's put this behind occay!

cry4freedom. said...

I'm not going to comment it further. Everything has been stated. Tapi,

Kebenaran jangan dipilih kan, Sarah?

Yang nak pergi tu pergi la, takde paksaan, takde halangan. Hanya luahkan pendapat. Lain, fikir sendiri sudah dikurniakan akal.

Vann said...

Kita memohon maaf atas perselisihan antara kita..(al-Banna)

bukan atas siapa benar siapa salah...

Yang memohon tak semestinya mengaku salah..

Yang memaafkan belum tentu dirinya di pihak yang benar

Cukup kerana, maaf atas perselisihan ini

M A Sabtu said...

sarah,

maafkan kami! maafkan kami! maafkan kami!...

(pakcik dah mintak maaf, kerana cuba menganjurkan 'senyum minda'...dan menarik balik selepas 12 jam. bukan apa...kot kot ada yang ter...babas dari matlamat asal!)

M A Sabtu said...

...oh ooo terlupa pulak:

nanti masuk ke blog uncleJ, sebagai menggantikan peraduan 'senyum minda.. .' tu. cuba nasib untuk dapatkan tiket free ke Miri...selamat mencuba!

Anonymous said...

kak sara da best!!

Anonymous said...

saya sekali lagi bersetuju ngn sarah...=)

hawa said...

[Quote]
Zaman Nabi dulu satu mekkah orang yang TAK FAHAM cakap Nabi tapi nak ARGUE dengan menuduh Nabi gila dan ahli sihir.. Nabi kool sajer..takdelah nak buat demo “aku bukan ahli sihir bla bla bla” tak perlu…
Org kapir bila berhujah macam-macam kat nabi, tahu Nabi Muhammad SAW jawab apa?

"Sekiranya bulan di letakkan di tangan kiri dan Matahari di tangan kanan, aku takkan tinggalkan kerja dakwah…"(lebih kurang maksud)

[Quote]

Just leave them. You have done your part. Diorg TAK FAHAM apa yang Sarah cakap. Dan dengan itu TAK LAYAK untuk argue apa yang Sarah cakap. Dan orang macam ni tak boleh di bawak berbincang.
Mintak maaf tak semestinya kalah.
Penatnye nak bagi orang faham ISlam... Dah la diorg ni malas membaca.. Buat ta'akulan berdasarkan pemerhatian sendiri.
Sighhhhhhhhhh....

p/s : Teringat kata-kata Kak Arni masa usrah form 4 dulu, bila hari kiamat semakin dekat, ISlam akan dipandang seperti sesuatu yang ganjil dan pelik seperti mula-mula Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan dakwahnya.. True enough kan?

Noor Aida said...

Membuat amal kebajikan tidak mengira agama..memang betul. Tapi acara/program yang kita anjurkan untuk kebajikan tersebut janganlah bercanggah dengan hukum agama pula. Negara kita sudah terbiasa dan dibiasakan dan tiada orang alim ulama yang membantah keras menyambut DeepaRaya..sedangkan Deepavali itu acara agama Hindu yang melibatkan tuhan mereka sedangkan kita hanya percaya ada satu saja - ALLAH...ada ke patut kita samakan Hari Raya dengan Deepavali. Dan begitu juga Krisamas..kita dibiasakan dan disarankan pula beraya bersama sedangkan Krismas itu perayaan agama Kristian dimana mereka mengaku Jesus anak tuhan. Adakah kita ingin menggadaikan akidah kita hanya semata2 konon menghormati dan ingin meraikan perayaan org lain. Ada banyak acara lain yang blh kita lakukan untuk tujuan memupuk sillaturahim antara berlainan agama ...tapi bukan dengan merestui kepercayaan mereka..sebaliknya kita mesti pertahankan perayaan kita agar tidak dicampur adukkan dengan agama Kristian.takut nanti agama Islam di negara kita akan jadi seperti di Bosnia ..terima lah balasan dari ALLAH kerana tidak menjaga Islam dengan betul2. Kita tidak mahu org Islam bercakap berkobar2 bak Islam...tapi isteri2/anak2 gadis dan kaum kerabat diri sendiri tidak menutup aurat ..tidak bertudung sedangkan bila di Madinah dan Makkah kesana sini bertelekung. Pertahankanlah pendirian kita dalam hal2 spt ini ...biarlah dipulau dibenci dinista org sebab dugaan2 itu cuma sedikit sahaja berbanding dugaan2 yg diterima Nabi Mohd s.a.w serta sahabat2nya dan kaum muslim dizamannya. Tabahkan hati ngangah kat sana ...ngah tak perlu kawan2 sebegitu rupa apa tah lagi dari kawan2 beragama lain...ngangah ada org2 di Temerloh/ Dungun/Mesir/P.Pinang yang amat menyayangi ngangah in whatever U do

MakcikMuda said...

xmo kate ape2.

*berlalu dgn gaye sorang ppuan melayu terakher*

DDeden said...

[salam sarah]


(mulut aku tutup, senyum)

(mata aku buka, wink)

;)

Anonymous said...

ha..?!!!! akak ternampak satu komen kat sini!!!! jeng jeng jeng;)

Anonymous said...

fuck u la sarah, keep your ajaran sesat to yourself. bitch!

Sarah Mohd Shukor said...

Salam to all.

Murni, Hayyi, Rain, Mimie, May, Tiangpurnama, Nanash, Puella Cempaka, Hannan, Azwan, Pakcik Sabtu, Syifa, Osagi, Hawa, Makde, Ryn Si Bintang, DD and Kak Mas: Terima kasih banyak2.

Hayyi: Terima kasih sbb lengkapkan ayat tu. ayat yg sy nak sangat sebut sebenarnya. tp atas sbb2 yg sy bgtau tu, sy x tulis. syukran alaik.

Light: Whatever... Alhamdulillah.

Kak Mas: ups.. adui.. tak boleh ke? hihi.

peesee86 said...

salam kak sarah..we knew u had a rough week..but, i'm impressed the way u handle this. ;-) good job! berkatelah benar walaupun pahit..n tak sume sanggup nak rase pahit tu..so, u are one of a kind! keep it up!!

p/s: agak2 sapelah akan menggantikan kak sarah dalam menegakkan ape yang benar lepas ks grad..hmmm..che nab bole kot eh? heheheh btw, ni maryam..

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

susah betul biler berada dalam komuniti islam yg rapat dengan diri sendiri..
bile ditegur, tak boleh.
tak ditegur, sendiri rase bersalah sgt2..

takpela sarah, janji dah ditegurkan..there must b someone mase tuh terdetik hati die utk berpikir beberape kali..

dah basi comment saye nie