Sunday, May 20, 2007

Ikan Bilis


Salam wbt


Nak tergelak pun ada. Tapi tak sampai hati ini. Memang selalu junior-junior di sini akan merujuk kepada saya seandainya ada masalah kesihatan. Ibaratnya, saya sudah pun bergelar doktor. Amin. Moga-moga benar-benar menjadi kenyataan. Tapi apa yang terjadi petang tadi sangatlah mencuit hati saya. Mungkin ini hanya salah satu contoh antara kisah lucu yang boleh saya kenang setelah tamat belajar nanti.Bacalah sendiri apa yang menjadi topik perbualan ringkas antara saya dan seorang junior di sini petang tadi.

Junior: ks
k.s.: ye
Junior: nk tanya
k.s.: iye
Junior: tadi
Junior: saya makan nasi goreng
Junior: dalam nasi goreng tu ada ikan bilis
k.s.: then?
Junior: pastukan
Junior: ada taik ikan bilis
Junior: tak kluarkan
Junior: camna erk
k.s.: tak pe la
k.s.: x kn effect apa2 pun
Junior: byk lk tu
k.s.: kamu penah makan belacan x?
k.s.: misti penah kn
Junior: pernah
k.s.: belacan tu buat kadang tu x bersihkn semua pun perut ikannya tu
k.s.: taik ikan bilis tu sama la dgn perut ikan kering
k.s.: *perut ikan yg dh dikeringkn
k.s.: lg pun ikan bilis ni ikan kecik
Junior: ohh
Junior: ok
k.s.: paling abis dia makan plankton je
k.s.: so x de apa benda pun
Junior: ok terima kasih
k.s.: n maybe rumpai2 laut je
k.s.: so x de benda
k.s.: ok?
Junior: ok
Junior: mekasih ks
Junior: hehehe
k.s.: no problem
Junior: assalamualaikum
k.s.: w'salam wbt
Junior has signed out. (5/20/2007 7:54 PM)

Lalu tak semena-mena pecahlah senyum lebar saya di bilik.

___________________________________________________________

Hari buat dia:

6) Hargai apa yang tersedia, cari apa yang tersembunyi. Jaga apa yang ada, kejar apa yang diimpi.

29 comments:

Shazwani Adnan said...

salam.
sape la si junior bertuah tu?? pelik, pasal taik ikan bilis pon boleh die jdkn isu,, klaka pon ade gak..hai!!byk la isi perot ikan yg sudah kumakan.. belacan kn byk isi perot ikan.. padanla blaja asyik xmasok je!!

Anonymous said...

alamak. mcm kenalla pulak! muahaaahaa

Anak Singa said...

Salam. menarik2. teliti sungguh junior anda :) btw, pre=potential lymphatic cell digunakan utk apa?

so'od said...

heheh.. lawak..

pernah sekali member call tgh2 malam dalam keadaan panik.. sebab tercekik tulang ikan.. tapi tulang ikan bilis.. heheh..

puas sy sakat.. sy ckp nanti luka, kene infection la.. ada nanah la.. sampai septicemia sekali.. kehkeh.. jahat giler.. nasib baik x nangis mamat tu..

ala, kadang2 diorang neh tau.. tapi saje nak reassurance je..

Sarah Mohd Shukor said...

1)Wani:

Nak sambal tempe (tetiba je lari topik nih) =) pi la tiduq dulu. tgh mlm buta sempat lg na hang duk baca blog. all the best in all final credits!

2)Anon:

isk..adakah itu kamu wahai junior? ataupn rumet2 yg mengetahui kejadian tu? erk..simpan kenangan ni eh dh besor2 nnti ingt blk sah2 hang ketawa besaq.

3)Alif:

prepotential lymphatic cell. wah. out of no where tiba2 tny psl ni. prepotent maksudnya cell yg belum differentiate completely lg. dlm lymphatic system kita yg tolong jaga immune system badan kita, prepotential lymphatic cells are produced by the lymph organs (bone marrow, spleen, lymph nodes etc). then they differentiate to be the lymphocytes. lymphocytes ni nak bg pendek cerita are type of cells of white blood cell components mainly named T- & B-lymphocytes n also natural killer (NK). ni la kot ringkasnya yg akk boleh bgtau. satgi panjang lebar plak. or dr. am ada nak tambah apa2 ka?

4)Dr. Am:

jahat jgk dr. am ye. siap septicemia tu. dahsyat amat tu. haah. diorg ni kadang tu tau. nak kepastian yg lebih je. kadang tu psl batuk demam yg biasa2 tu pn jd big issue. sure dr. am lg slalu rasa benda2 ni =)

Vann said...

Teringat dulu waktu sekolah, pernah makan dengan sorg adik usrah di kedai nasi lemak Wak Kanang depan masjid Sultan tu.

Dia makan nasi lemak tapi tak ambil ikan bilis goreng dan telur goreng katanya. Ikan bilis katanya sebab tak buang perut dan kepalanya. Najis dan kepala ikan boleh menyebabkan lupa.

Dia tak makan telur goreng sebab katanya telur tu tak di basuh sebelum goreng.

Muqreez tersenyum, dan kata padanya:

"Orang wara' untungnya di akhirat, orang tak wara'untungnya di dunia", tak berani nak kata ya atau tidak..nanti org kata bagi fatwa...zaman tuh kata2 leh jadi fatwa..huhuhuhu

Semua tu dalam usul fiqh kita panggil 'umumul balwa'...dimaafkan kerana sukar dielakkan. Tapi kalau nak dielakkan pun baik untuk jaga wara'. Namun jangan sampai menyusahkan orang lain atau beri tanggapan buruk pada org lain.

tentang ikan tuh, ada hadis (mafhum)bahawa sesungguhnya apa yang di laut itu semuanya suci..

tentang telur goreng, ternampak satu kedai makan di Penang

"TELUR GORENG KAMI DIBASUH SEBELUM GORENG"

bestkan promosi dia :D

Sarah Mohd Shukor said...

5)Bro Mukhriz:

sy sgt teruja dgn ayat2 di atas. pendekatan yg sgt mantap. ooo..kiranya skrg ni kata2 dh x jd fatwa mcm dulu2 la ye =)

klu promosi tu digunakn di wak kanang, misti lg laku kan. insya allah takde dah kes mcm junior td tu.

Anak Singa said...

salam. prepotential lymphatic cell tu booleh guna kat org yg ada leukimia ke?

Mimiamilia said...

Salam sarah,

Entry sarah ingatkan mimi yang ikan bilis dah habis kat umah ni! Nak kena gi carik laaa. (teringin nak makan nasi lemak dgn ikan bilis goreng)

akirasuri said...

Salam.

ha ha ha. lepas ni nak tanya dekat faaiqah la pasal soalan yang sama macam junior sarah tu. ha ha ha. yeay yeay! saja nak menyusahkan faaiqah :))

Sarah Mohd Shukor said...

6)Alif lg:

leukemia ni ada byk jenis. so setiap jenis ni lain la treatmentnya. ks x berapa sure psl penggunaan prepotent dlm treatment. rasanya x buat dek org. sbb dlm leukemic patients, diorg ada byk premature cells ni. yg flooded dlm peripheral blood. yg mana this blood lack of normal white blood cells (WBC) instead they have the abnormal blood with numerous premature WBC. that's why in these patients, bone marrow transplantation n chemotherapy are the best solution. sbb nak stopkn production of abnormal premature WBC tu. whatever it is, prognosis depends on what type of leukemia, age n treatment that they receive. klu CLL mmg poor prognosis la. CLL tu chronic lymphocytic leukemia.

Sarah Mohd Shukor said...

7)Mimi:

kt sini ikan bilis yg ada jual pn yg besar2. x mcm yg kt msia. debab2 je tgk nya. mahal berganda-ganda. thats why stok bawak pn byk. mi, sy suka minum nescafe je. yg lain, kureng.hihi

8)Akira:

abisla faaiq nanti. sian dia.x pasai2 kena layan soklan ntah apa2 ni. x sangka kn. sbb faaiq, kita connected. hehe.

so'od said...

betul la apa Sarah explain tu.. slalunya student memang bagus bab explain teori neh.. heheh.. bila dah keje banyak lak lupa.. sbb lebih ingat management part.. tp insya-Allah, Sarah x mcm sy kot.. heheh..

tp mungkin dia nak tanya pasal stem cell transplantation kot Sarah.. kalau ye, sy tumpang sekajang dua kertas komen Sarah ek? ekekek..

prepotential cell yg Alif maksudkan tu mungkin stem cell kot..

memang stem cell transplantation ada guna dalam treatment leukemia and few other blood and bone marrow disorders e.g thalassemia major, sickle cell disease; and certain types of cancers e.g lymphoma, multiple myeloma.

ada dua jenis stem cell transplantation; autologous dan allogeneic. pastu ada 3 sources; bone marrow, peripheral blood and cord blood. in leukemia (whichever type) memang ada treatment form bone marrow transplant.

erm.. nak inform pasal bab nih panjang sgt.. penuh comment box Sarah nanti.. harap2 cukup kot info tu.. kalau ada lagi query, tinggalkan je kat sini ok? heheh.. sori Sarah.. jadi pusat sehenti free consultation lak..

Sarah Mohd Shukor said...

Dr. Am,

sy sgt appreciate dr selalu jenguk blog ni. sgt2 appreciate. terlupa pulak psl autologous n allogenic. dulu sy penah buat report psl lymphadenopathy. tp terlupa pulak dh psl tu. thanks sbb ingtkan smula.

alif, siapa yg sakit ni? why u are so interested in it? mind to share? we hv the real doctor here (dr. am) n i wish to help in any that i could.

dr. am, thanks again. as i stated before, u r my idol. hehehe

h@rne2 said...

Salam Sarah..

along saya pernah bercerita, semasa di sekolah teknik dulu, makcik dewan makan ade satu hari ni, masak lauk masak asam + ikan bilis...tp disebabkan masak asam ikan bilis tu terlalu cair, smpai nampak dasar bekas tu, maka along saya pn terus x beselera nk makan lg...

Sejak drpd tu, dia dh fobia makan any lauk masak asam..even yg ibu sy masak kt rumah...huhu...nasib baik la kakak ipar sy reti masak lauk selain masak asam gak...huhu...btw, nice story ..menarik utk dikenang...

p/s: Muqreez, dah lama x dgr fatwa enta..huhu...

Anak Singa said...

i thought so.i read about d prepotem cell in a medical journal.i m just curious :) btw, how do i reach dr am? thanks a lot kak sarah and dr am :D

Anak Singa said...

oh ye, takde siape sakit. cuma minat saje. betul ni. x tipu. dulu hampir jadik budak medic. surat tawaran masih disimpan dalam laci. thanks again.

Sarah Mohd Shukor said...

hanafee:

salam..teringat lauk wkt di dewan makan dulu2. penah x di aspura gelar specific name utk lauk2 yg ada? seingat sy, ada 1 lauk tu bdk2 ni panggil ikan mati lemas n sambal sotong tercekik tulang. sgt la kurang selera nk makan. x senonoh betul sape yg kasi nama tu. tu time f4 rasanye. wkt f5 sume dh best dh kn. awk nnti pun kena la cari isteri yg tau masak yg best2 tu supaya x teringat lauk2 nasi kawan asrama. (n sy tau sape org tu..hehe)

Alif:

dulu rasanya kamu penah mentioned psl being offered to further in medic. no worries. what's written for us is always the best fr Allah =)

Pencatat said...

Belacan layan tu! Kena plak kalau ada resdung! Perghhhhhhhhhhhh!

Vann said...

to Harne:
Fatwa terakhir dari saya, adalah Pres BADAR 2002 sudah tidak layak bagi fatwa sebab tak sambung amik Syariah, dia baru decide buat civil law shj:P

Sarah :

Ikan jaket ada lah...menanti hari jumaat, isnin malam and selasa coz hari tuh makan ayam..

hari rabu tak jejak kaki ke dewan makan coz tak sedap..no wonder i mnged to maintain my weight

Juz having Nasik lemak Wak Kanang dengan Syafiq Ramjis last weeknd waktu attended AGM ALKIS

Sarah Mohd Shukor said...

tebalik:

adui. achuummmm.. x tahannye klu ada resdung duk mkn plak belacan. adui...

bro mukhriz:

knp decide drop syariah ye? kwn bro tu pun sama kn? x pe.. ada sesuatu yg menanti la tu. ikan jaket?? uniknye nama. yg tu sy x penah dgr. ooo..syafiq dh sampai msia ye. bro kutiplah byk2 badi drp sajak syafiq tu. moga2 cepat jumpa calonnya =) sgt x aci ni. sy dh 2x miss AGM ALKIS. daftar pn belum =p

p/s: sy dh call ckgu dh. ckg ct pn dh. trma kasih byk2!

isuzu_aizu said...

sarah. ikan jeket tu ade kat mana2 dewan makan asrama. hehehhe

Sarah Mohd Shukor said...

oo iyo ko..den tatau..hehe

unknowndaei said...

Bro Mukhriz n Kak Sara,
hari rabu kat DS memang x sedap..ade orang sanggup mengatakan makanan kucing...pastu ada kes tu, diorang bagi kat kuceng pun, kuceng tak nak makan...hal ini telah dilaporkan kepada ustazah sumaiyyah..haha... macam2

Vann said...

Baru jumpa Ustzh Sumaiyyah baru nih..Ustazah comel giler

Sarah Mohd Shukor said...

oh..berisu psl ustazah sumayyah pulak ke? hehe. ustazah mmg comel. selamanya comel. :D

h@rne2 said...

hmm..mmg betul ckp muqreez..ari rabu mmg lebih rela x makan..tp lebih rela utk x pegi liqa' dewan makan...huhu...

sy pn tgh belaja masak skrg ni..hehe...persediaan la katakan..:D

Sarah Mohd Shukor said...

seingat sy la, dulu pn sy x amik lunch hari rabu. lauknya hanyir. hanyir ya rabbi.

persedian eh? alhamdulillah..ada org akan makan air tgn suami ni nanti :)

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

never noticed any poo came off from anchovies tau