Tuesday, May 22, 2007

Kisahnya Jodoh

Salam wbt

Semalam saya buka buku koleksi tazkirah lama yang saya usung ke hulu-ke hilir sewaktu di menengah atas dulu. Walaupun kertasnya sudah kekuningan dan lunyai sedikit, namun kenangan bersama buku itu yang saya cukup hargai. Selepas diselak-selak, terjumpa sekeping gambar lama di dalamnya. Tak sangka pula saya ada sisipkan gambar seorang kawan di dalamnya. Di manalah dia sekarang. Apa khabar dia agaknya. Masih belajar atau sudah bekerja dia ye.

Di 10 halaman terakhir buku tersebut, ada coretan teman-teman sekelas dulu. 5 Sains 7. Kelas pertama untuk pelajar puteri aliran sains. Streaming dalam erti kata lainnya. Ada 18 nama saja. Maksudnya ada 4 lagi yang tidak meninggalkan coretan di buku itu.

Setelah meneliti setiap ucapan perpisahan daripada mereka, hampir kesemuanya menyertakan doa sisipan berbunyi: "Kalau kawin, jgn lupa jemput", "Kalau makan nasi minyak, tau2 la nak hantar kad kt alamat tu yek". Macam-macam. Ini semua ragam zaman masih mentah dulu.

Lalu saya imbas wajah seorang demi seorang kawan-kawan seangkatan dengan saya. Di seluruh pelosok dunia bertaburan mereka kini. Ada yang di Mesir, New Zealand, Australia, USA, UK, Ukraine, India, Indonesia dan tak kurang yang berada di seluruh ceruk IPT di Malaysia. Ada di kalangan mereka yang telah pun berkahwin. Paling menjadi kenangan buat kami semua, seorang kawan, yang dahulunya sangat rapat dengan Makcik Dobi kini telah pun bergelar menantu kepadanya. Siapa sangka. Jodohnya Allah temukan dengan anak lelaki Makcik itu. Walaupun masih belajar, saya yakin, kedua-duanya berjaya mengharunginya dengan baik.

Sebenarnya ada beberapa pasangan lagi yang telah pun berkahwin. Tak kurang juga yang telah mengikat ikatan pertunangan (Tahniah untuk Nurul dan Haikal). Namun tak satu pun yang sempat saya hadirkan diri. Malang rasanya. Kenduri biasanya di musim cuti sekolah. Tapi summer break biasanya di hujung bulan Jun. Maka terlepaslah saya majlis keramaian teman-teman lama ini. Hanya SMS atau email yang menjadi ganti diri.

Di awal bulan Jun ini, beberapa undangan perkahwinan kawan-kawan lama telah mula saya terima. Nur dan Safwan (lower form), Zura dan Idham (lower form), Taufiq dan Atikah (lower form), Mr. Pepsi Blue aka Fitri dan Shada (ex-PASUM) dan juga Mimie dan Azrin (blogger, bukan Mimi Amilia ye. Hehe) . Ah.. Ramainya. Sayangnya, saya tak dapat mengunjungi mereka. Mungkin akan bertandang melawat mereka jika berkesempatan bila tiba di Malaysia hujung Jun nanti. (Jangan lupa tuntut hadiah masing-masing ye!)

Sekilas mata saya terpandangkan hadith pertama dalam himpunan Hadith 40, hasil kupasan bicara Kak Nusaibah, naqibah saya dulu yang tercatat kemas dalam buku tersebut.


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawasanya setiap amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia hijrahkan (kerananya)."

Semoga penghijrahan menuju ke sebuah kehidupan baru setiap daripada kita ini disertai dengan niat yang lurus dan semoga jodoh yang Allah temukan untuk teman-teman semua kekal selamanya. Amin.

________________________________________________________________

Hari buat dia:

7) Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya. - Umar ibni Abd al-Aziz-

26 comments:

maddie said...

ppl marry so early these days.

it's all great and lovely, and this isn't because i'm feelin left out or anything (as apparently someone tends to think!).

only...with a decision that is that monumental, comes reposibilities just as big.

read this on the increasing number of divorce rates in north america: http://www.hahmed.com/blog/2007/05/14/divorce-rate-among-muslims-in-north-america-31/

and while i'm sure insyaAllah your friends are not going to end up that way, the whole thing for me is pretty scary. Marriage. Commitment. Love. Fate. it's all those things we used to consider 'grown up' things, and all of a sudden our friends are doin it, getting hitched. all the while i still feel like i'm not all that mature enough to be an adult, like it's still all pretend.

Like I said, scary.

Akak, bile nak usrah lagi ni...

Shazwani Adnan said...

ala...sy bukan org first bg komen!! xpe la ks.. nnt kawan2 ks la pulak dpt kad jemputan. brula adil kn? asyik ks je dpt kd... hmm..all the best for your final!

Anak Singa said...

salam. hmmm. hmmm. btw, kelas "5 Sains 7". fuh, banyak nye kelas. kat sekolah saya sampai kelas 5 Sains 6 saje :)

akirasuri said...

ehem!

sarah.

psssttt ada satu lagi pasangan yang tak lama lagi jugak kan kan kan. ehem ehem! bau nasi minyak makin kuat kat lobang hedung saya ni :))

Da' gReaT said...

Salam..
eih? akak bukan 5 sc 5 ker??

p/s Mende elok ni,bila da nampak jalannya,elok la dicepatkn,hehe =)

Sarah Mohd Shukor said...

Salam~

1)Maddie:

I personally agree with those who commit marriage in early age (early 20). at the very least, they can avoid maksiat. diff pple might hv diff perception about this. lets play safe. put in mind that they are ready to give commitment n to give n take to each other.

girl, its not scary (adui. sounds like im married. yerrr!). marriage, it connects pple. in the other hand, it means that u found the other half of u. inysa allah, things will become even easier n happier if everything is based on love to allah.

p/s:usrah kita sabtu ni ok ;)

2)Wani:

diorg nak dapat kad ks, alamatnya kena tggu bertahun lg la. klu nak kawin, benda plg penting kena ada, calonnya cik wani. ks nk tggu mamat adik wani la. selesai 1 masalah. hahahah~~

Sarah Mohd Shukor said...

3)Alif:

batch akak ada 7 kls sains, 5 kls akaun(agama).kls sc 1-3 utk laki. streaming for boys was 5sc3.4-7utk pmpuan. 5sc7 was streaming for girls.5Ag9 streaming for boys (agama) n 5Ag12 streaming for girls.

4)Akira aka cik ati:

pssss cik ati. haah. betui2. sy pun tersangatla x sabar nak ke bangi n johor ni. possible jgk dua2 buat kt johor je kn. hehehe. yg pasti, sy misti dpt tidur dlm bilk pengantin tu sblum akad nikah. lepas akad, sy x leh la dh. ups =p

5)Dzul:

wkt f4, was in 4sc5. naik f5, streaming. so tercampakla di 5sc7. betui2. benda baik elokla dicepatkn (bg yg cukup syarat2nya ye). kamu bila pula dzul? ne ne ne ne ne ne

so'od said...

alhamdulillah.. muda2 dah kawen :)
itulah yg dikatakan jodoh.. kalau yg xde jodoh tu, buat camne pun xdpt2 kawen gak.. redha jela.. huhuh..

Sarah Mohd Shukor said...

tp kena la doa moga2 jumpa jodoh :) takmau la hidup sorg2 je dh tua nnti...haru..

Anonymous said...

salam..
amboi2 sarah n cik ati...buat cite hangat kat sini ye..hehe..doa2kan la kami ye moga dicepatkan jodoh...hehe...cik ati dh book nk jadi mak andam kan:-D....bule je sarah,nak tdo kat bilik pengantin...nnt leh bg aura kat sarah...^_^

miss u ya habibati

Anonymous said...

kak sarah tunggu mr. lawyer ke? ke mr. doctor? tak lama nanti kita sume dgr cite psl kak sarah la pulak ye. tup2 nanti ada kad jemputan letak kat blog ni. waduh..gempar. tringat dulu wkt kuar mkn dgn akak di seafood restaurant di kelantan tu. ramainya duk usha...sampai akak tak bley mkn wkt tu..sian akak..

isuzu_aizu said...

ehe. sarah punye bile lagik?? *wink wink*

isuzu_aizu said...

btw mr journal, akak kelas '5 agama 12'.lagi banyak tu. huhuhuhu.

Zokhri Idris said...

ehem ehem

hanya senyum yang mampu saya berikan..huhu

xxx

Sarah Mohd Shukor said...

7)Faaiqah:

hehe..alang2 sy dh jumpa geng (akirasuri), so lg best nk pekena awk! yeye.dpt tido bilik pengantin. nk bg aura kt sy? time kasih byk2 faiq. ni lg syg kt awk nih.

8)anonymous:

was-was akak sape la ni. bedah ke? or kwn yg ikut skali time tu? xkn auyun kot. nk buat camne. sape suwoh org tu tgk. nak mkn pn x sng duduk.mahal tau bayar seafood2 tuh. huhu

Sarah Mohd Shukor said...

9)Aizu:

sy bila lg???? adui la..lambat lg..sure korg yg lain buat mjlis dulu. caya la ckp sy nih.

10)Abg Wan:

ehem ehem.. sy pun nak senyum semula kt abg wan :)

sarahss said...

kak sarah..saye baru tahu akakla sarah19185 yang slalu masuk tazkirah online csmu tu kan..hikhik :)

Anonymous said...

kak sarah,besnye diorg nak kawen..wah awal2 plak tu..hehe..kak sarah bilers lagi ek..ktorg pon x sabar menerima kad kahwin yg mmg diaddresskan buat sy..hahaha..asal kwn2 sy tadek sorg pon reti nak kawen lg ni..huhu..

Sarah Mohd Shukor said...

11)Sarah:

hihi.baru sedar eh? sj je low profile. kenal afifi 3rd yr? tu kwn lama akk. dia yg selalu invite.

12)Nabilah:

ks lambaaattt lg. carikn calon dulu la..huhuu.kwn2 kamu x de yg reti nk kawen lg sbb kamu sndiri pn x reti2 nk kawen lg. cek afiq tu kn dekat je. *gulp*

Mimiamilia said...

Salam sarah,
Hik! terglamer lak nama saya kat entry ni.

Aduh cakap pasal jodoh ni.Isk...takmo cakap ah. :P

Doa2la kita sumer dapat jodoh yang baik.InsyaAllah

Sarah Mohd Shukor said...

Salam mimi,

nanti awak tggu entry sambungan saya pasal cerita Monolog Bersama Iman. saya nak promote sorg pak arab syiria ni utk awak. sure awk suka. hehe. ok.jom doa dapat jodoh yg baik insya allah :)

Mudzil said...

salam kak sarah,

perenggan ketiga berbunyi.."Kalau kawin, jgn lupa jemput", "Kalau makan nasi minyak, tau2 la nak hantar kad kt alamat tu yek"..

soklan: perempuan mmg suke tulis cenggini di waktu2 perpisahan ek?hehehehe..

jgn mara yer..saje mengkaji psikologi manusia menggunakan sampel yg ade..ade 18 sampel kat situ kn?hehehe..hampir sume lak tuh tulih camtu..(agaknye sume klas puteri tulih cmtu gak kot..)

Vann said...

Ada peringkat usia yang anda begitu ingin untuk kahwin.Ada peringkat usia yang anda tidak tenang bila anda ditanya ttg kahwin.Ada peringkat usia anda hanya gembira melihat orang kahwin.Ada peringkat usia yang anda sudah abaikan persoalan kahwin. Ada peringkat usia anda sudah terfikir untuk kahwin. Ada peringkat usia anda hanya katakan kahwin itu bukan kemestian...di mana kita?

Sarah Mohd Shukor said...

Mudzil:
bukan semua tau. akk dulu x tulih pn camtu dlm buku diorg. tp psychologically, tu la minda remaja.

Bro Mukhriz:
sy dlm kategori gembira lihat org kawin, dan dah abaikn persoalan kawin utk diri sndiri. tak dek sapa nak! huhuhhu

h@rne2 said...

Salam sarah..

sy pn masih simpan buku tazkirah ms f4 & f5 dl...siap balut dgn kertas warna warni...ade plastic cover lg..huhu...interior design pn x kurang hebatnyer..hehe

tp yang paling berharga, isi kandungan buku tu...alhamdulillah tabiat mencatat ilmu sy masih mampu amalkn smpai skrg..

awk masih ingat what's unique in kisas?

sarah, xkesahla awk nk kawin kt russia or malaysia...yg penting jgn lupe jemput...dulu dah janji kn..hehe

Sarah Mohd Shukor said...

Salam napie,

5 unique things in kisas:

tarbiah
friends
teachers
ukhwah
biah solehah

always in mind...

akn dijemput kalau ada majlisnya. tp nampaknya mmg takkan ada lg la dlm masa terdekat. yg sy seakan sure, sy dtg majlis awk dulu kot. dulu dh janji kn..hehe

p/s: nampaknya sy kena sediakn borang utk org isi la kot klu lepas 2 thn majlis awk berlangsung sy x ke mana2 lg..*sigh*