Assalamualaikum wbt
Sudah hampir seminggu hati terdetik untuk menghubungi orang itu. Orang yang bergelar lelaki pertama negara. Orang yang bagai tiada istilah rehat untuk dirinya. Sebaik sudat solat Maghrib, saya mencapai telefon bimbit. Nekad untuk menghubungi ayah saudara yang sudah lama tidak saya temui. Kali terakhir ketika di Kepala Batas 5-6 tahun yang lalu. Matlamatku kali ini hanya satu. Untuk bertanyakan pendapat peribadinya perihal kes Lina Joy.
"Assalamualaikum Pak Lah. Ni cek ni. Sarah anak Mat Shukoq." Salam hormat saya hulurkan.
"Waalaikumussalam warahmatullah. La..Sarah ka. Hang gheja ka la ni?" Balas Pak Lah dengan suara yang girang.
"Idak aih. Cek mana abih lagi. Tapi tak lama mana dah la. Pak Lah apa habaq?"
"Pak Lah lagu ni la. Tapi kalau hang nak kata Pak Lah nampak tua, hak tu Pak Lah tau la", Pak Lah berseloroh bersahaja.
"Nampak tua takpa Pak Lah. Asaikan gheja jalan, negara tenteram. Agama tu yang paling penting. Kan Pak Lah?" Saya memulakan topik secara tidak langsung.
"Lagu tu la yang patutnya. Tapi la ni, kita duk buat A, depa duk usung mulut duk nak-nak B. Kita dah bagi B, depa duk hingaq pasai C tak bagi-bagi lagi. Tapi takpa la. Nak buat lagu mana. Adat duk kat ataih ni lagu ni la. Semua duk tak puaih hati." Pak Lah bagaikan melepaskan tekanan yang dirasainya.
"Ni Pak Lah. Cek call ni nak tanya pasai kes Lina Joy tu. Pak Lah duk rasa lagu mana na? Cek bukan apa Pak Lah. Kes ni pasal maruah. Maruah agama. Kerajaan takleh campuq tangan ka?"
"Hang nak Pak Lah jawab macam mana? Nak yang betui ka, nak cerita yang baik-baik ja?" Pak Lah memulangkan soalan kepada saya semula.
"Nak hak betui la. Hak muhung nak buat apa." Saya ketawa. Pak Lah turut ketawa.
"Disebabkan Pak Lah tau hang buleh dipercayai, belajaq pun tinggi, ilmu agama pun mak ayah hang bagi, Pak Lah bagitau la pada hang. Sebenaqnya, isu ni isu maruah agama. Dan ini pun isu perpaduan bangsa yang ada kaitan dengan agama. Pak Lah sebenarnya tak buleh nak cakap banyak. Satgi ghamai pulak duk kata kita ni duk pikiaq pasai Islam dan Melayu ja."
"Tapi ini pasal maruah, Pak Lah..." Saya agak sedih dengan apa yang Pak Lah katakan.
"Tapi tu la. Sebab Pak Lah duk ingat lagi apa pesan bapak Pak Lah, Pak Lah tau Pak Lah memang kena campuq tangan dalam hal ni. Memang tak berguna la Pak Lah kalau Pak Lah serah 100 persen pada hakim ja. Kalau tak, kalaula jadi apa-apa, Pak Lah akan rasa hina sangat. Sebab tak buleh nak jaga agama sendiri."
"Alhamdulillah. Lega hati cek la ni. Pak Lah nak tau tak, cek sebenaqnya memang duk rasa dah yang Pak Lah misti akan pikiaq cara nak bagi selesai masalah ni. Ni yang cek bangga dengan Pak Lah ni." Saya menyatakan rasa lega kepada Pak Lah.
"Apa yang tengah duk jadi la ni pun buat Pak Lah rasa tak sedap hati. Apa nak jadi dengan orang Melayu kita yang macam tak kenai dah tuhan. Tak kenai dah adat. Tak kenai dah malu. Kadang tu Pak Lah tengok, Melayunya mengalahkan Cina. Pak Lah rasa bertimpa-timpa salah tu jatuh atas bahu Pak Lah. Sebab Pak Lah bukan la oghang yang baik."
"Takpe la Pak Lah. Kalau tu yang Pak Lah duk rasa sekarang, cuba la buat something yang buleh kasi betui semula apa yang salah ni. Cek tau ramai yang akan sokong Pak Lah kalau Pak Lah buat perubahan ni semua. Cek ni tak gheti politik-politik ni Pak Lah. Tapi yang cek tau 1 ja. Maruah agama dan bangsa bukanlah benda yang kita duk buleh letak tepi. Yang utama tetap utama."
"Baguih hang call Pak Lah ni. Paling tidak, Pak Lah buleh dengaq apa oghang muda duk pikiaq la ni."
"Eh tapi Pak Lah, tak semua oghang muda pikiaq macam cek ni. Tapi memang ada la. Ceq rasa, depa yang duk ngaji tinggi memang tau apa yang betui. Depa yang tak sekolah tu yang duk pikiaq nak enjoy ja." Saya tergelak, begitu juga Pak Lah.
Kring. Kring. Loceng pintu rumah saya di Moscow berbunyi.
"Pak Lah, ada orang mai ghumah cek ni. Cek letak telefon dulu na. Nanti-nanti Insya Allah cek call lagi na."
"Baik. Baik. Hang ngaji elok-elok kat sana. Jangan duk nano-nano."
"Yes sir! Hehehe. Ok Pak Lah. Assalamualaikum." Saya mengakhiri perbualan setelah salam dijawab oleh Pak Lah saya itu.
Saya bergegas ke pintu. Membukanya dan dengan tiba-tiba cahaya yang terang kelihatan di sebalik pintu.
YA ALLAH.... Dah nak cerah! Saya bermimpi rupanya tadi! Mimpi berbual dengan Pak Lah, ayah saudara dalam mimpi. Rupa-rupanya saya tertidur di atas lantai bertemankan nota-nota Neurology and Neurosurgery yang penuh di sekitar saya. Dan loceng pintu yang berbunyi tadi adalah 'alarm clock' handphone Emy. Dan yang cerah kelihatan adalah langit di luar yang sudah nampak rembang cerahnya. Oh, saya tertidur hampir sejam setengah! Dan saya perlu bergegas mengejutkan Wani, Emy dan Fareena untuk solat Subuh! Jam sudah menunjukkan pukul 3.35 am! Syuru' sekitar jam 4.20 am nanti.
Dan semalam, di saat sedang tekun membaca, seorang kawan menghantar khabaran bahawa kes Lina Joy dimenangi oleh Islam. No more joy for Lina.
Adakah apa yang saya mimpikan benar-benar ada menyumbang kejayaan di sebalik kemenangan ini....?
"Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah itu hanyalah Islam"
p/s: Dalam perjalanan menuju ke tempat untuk menukar tarikh balik tadi, saya beriringan dengan Ikhwan, junior tahun 2. Makin susut nampaknya Iku ye. Dia berseloroh, "KS, bila nak sebut nama saya dalam blog KS ni?" Saya bertanya semula, "Eh, kamu baca ke?" Ikhwan membalas semula, "Hari-hari saya bukak." Jadi, sebagai tribusi buat Ikhwan, ni KS nak sebut nama kamu dalam blog ni. TERIMA KASIH WAN MUHAMMAD IKHWAN aka IKU!
(Ini mimpi betul tau!)
________________________________________________________________
Hari buat dia:
11) Berdoa itu ibaratnya memakai baju baru; membawa satu kelainan dan berjalan dengan harapan.

36 comments:
salam
alhamdulillah.. yes, no more joy for lina joy!!! wani pon alert gak pasal bende2 ni,takot pon ade. tp tu la.. org skang ni dh sanggup menggadai maruah agama semata2 unt kepentingan sendiri! wani nk ckp lebih2 pon,bukan ade ilmu sangat.. so, jomla kite jaga maruah Islam seluruhnye..
ps:dh lame wani xkomen kt sini.. camne bz nye ks, camtu la wani..cume kurang sikit je!!
all d best untuk obs n yg lain!!!
so, lina joy jadi apa lepas ni? islam kah? pada nama shj?
salam kak sarah,
cisss..kne tipu rupenye aku..bajet jer mimpi..kehkehkeh..btw,alhamdulillah kes tu selesai..impaknye cukup besar,kn..kalau tgk keputusan hakim pn 2:1, dua dari hakim Islam, dan 1 dari hakim bukan islam..(richard malanjun namenye kalo x silap)..
kalau lah lina joy yg menang,xtau la nk kate ape..nnti sng2 jer org bleh tuka agama kat IC..n alamatnye IFC yg suke sgt mencanang2kan pasai artikel 11 tu xtido mlm la dok kempen..nauzubillahi min zalik..
"Menyelamatkan seorang muslim dari murtad satu jihad yang besar." (Ustaz Taib Azmuddin)
assalamualaikum....
sj jer singgah hahahaha!
p/s: oh... dah cerah rupanya...
Wani:
Alert jgn x alert Wani. All the best in Physio. Pastu jom join ks balik awal. hehehe
Amani:
So far, peguam dia kata maybe nak failkan semakan semula. Aloh. Semak balik pn rasanya akan menang 2:1 jgk lg as long as sistem kehakiman negara kita masih ada 2 org yg muslim tu. kes ni diserahkan pd Majlis Agama Islam WP plak. perkataan islam tu x boleh digugurkan drpd namanya. Ikutkan hukum memang dia dah murtad sbb itu pengakuan dia dengan terang dan jelas. lebih 3x pulak tu. tp setidak-tidaknya, lepas2 ni org tay yg nak murtad tu susah dan takleh la nak dipersenda-sendakan mcm tu je. Cuba bayangkan, kalau diorg menang dlm kes ni, misti berduyun-duyun org apply utk buang perkataan islam drpd MyKad diorg sbb ramai dh sebenanya yg murtad. Dgn kemenangan ni, setidak-tidaknya membendung murtad2 yg lain drpd bangun bersuara nk tuntut hak itu dan ini, kononnya..
Mudzil:
Bukan tipu tau. tu memang mimpi betul. Tak mainla tipu2 ni. cerita ni betul bezanya cuma ini mimpi.
Sunan:
waalaikumussalam wbt. sila sila singgah. bile terjaga tuh, bukanlah dh terang benderang. tp rembang mcm pukul 6.20-6.30 klu kt msia tuh. hukhukhuk. bukanla dh cerah siap dgn burung kecip2..
perghh...ingat cerpen, upernyer mimpi betul.xpnh den mimpi seilmiah begini..huhhu
salam sarah,
ahahha..dah agak dah..ni mesti mimpi.kes kes kes..
Alhamdulillah, kemenangan pada Islam!
Saya mimpi ngeri semalam.Mimpi lecturer paper semalm dtg dan bagitau saya jawab sket sangat..tatau nak bagi lulus ke tak.Adoila..risau sampai termimpi2
waaa Ngah-ngah,
terkejut jugak ayah...
wah, hebatnyer mimpi tu. but this issue is far from over. There will be lot of people who will try again and again...and this is only the tip of the iceberg. There are a lot of problems with muslims nowadays.
by the way, orang penang kah ni?
p/s: for further questions about OZ, please contact me via this address
hafiz238ATgmailDotcom
:)
Hayad:
hehe. termimpi. nak buat mcm mana kn. siang hari dayah dh penuh dgn benda2 ilmiah.thats y mlmnya x mimpi yg pelik2 mcm nih kot.
Mimi:
bangun dr tidur tu, mi istighfar tak? tu la anjuran rasulullah. lg pun, mimpi ni kan mainan syaitan. nak uji pd siapa pegangan kita sebenarnya.
Ayah:
Hikhikhik. Ngah dah agak dah ;)
Hafiz:
Betul tu. It wont stop here. Many more will come up after this. To fight for their right konon. Sy org Pahang, tp ayah asal Penang (boleh rujuk entry Bahasa Pahang). Tu pasal termimpikan Pak Lah tu. owh..kasi email siap dh ha. klu x mcm2 sy flooded tny itu ini kan =)
salam sarah..
mimpi yang menarik..bukan senang nak jumpa pak lah dalam mimpi kan..hu2.. :)
apa2 pun saya kagum ngan sarah n kawan2 yang masih amik berat pasal isu2 yang berlaku di bumi malaysia ni...
teruskan.. :)
wah! dalam tepu2 dgn neuro leh mimpi pak lah lagi! heheh..
sy pulak kalau time exam slalu mimpi tgh study.. so x perlu study byk2 sbb dlm mimpi pun sy study.. heheh..
salam.
mimpi yang sungguh intelek. mengigau tak?
salam sarah...
sy pn nk try la study smpai tetido...kot2 blh mimpi2 bes mcm ni...huhu
act regarding this case..kesannyer sgt besar kalo lina joy menang...seorang peguam pernah memberitahu..masa depan umat islam akan terancam, sbb nyer, bile mereka menang kes ni, they will come up with tonnes of another appeals...kebebasan pilih agama...ibu bapa x berhak tentukan agama anak2 mereka..kalo suami isteri bercerai, anak x semestinyer ikut parent yg beragama islam...and many more..its very scary...
moga2 kite kt sini terus menjaga dan berbangga dengan nikmat islam...
Hayyie:
ni bukan sekadar isu malaysia hayyie, tp ni isu islam. kat mana pun kita pijak bumi allah, kat situ jugak lah langit tu milik allah. dan selagi tu lah islam ada dalam nadi kita.
Dr. Am:
Kamu lain. geliga, cerdik, pintar, bijak, pandai. Abis otak Einstein, Ibnu Sina sume dh combine jd otak kamu plak. tp agak2nyalah, kalau tgh mimpi tu, drooling tak? :)
Alif:
Mimpi yg dipengaruhi kondisi harian. Ngigau2 ni tak main la. ks tido wali. hihi
Hanafee:
Sangat betul apa awk kata tu. The consequences would be so long...
alhamdulillah.. sebenarnya sy xla pandai mana.. tp disbbkan ramai org mcm Sarah yg sentiasa mendoakan mcm tu.. alhamdulillah lama2 sy jadi pandai.. heheh..
drooling? nak tengok my notes ke as a testimony? heheh..
eh sorry if i'm too busy body.. sometimes i can't help it but being too observant of things..
i notice that ur next entry would be ur 100th post.. correct me if i'm wrong :)
Dr. Am:
Oh..kasi la notes lama2 tu. 1) boleh sy guna. Adik kamu pun dah grad dah. hehe. 2) boleh jd bukti bertompok2 atau clean n clear.
Sangat x sangka ada juga yg sedar ye :) sy baru je nak surprisekan my 100th entry n nak urge u utk lebih semangat to reach ur 100th entry too. nantikan ye :)
p/s: how come kamu boleh tau pasal young mango tu faaiqah ye? musykil betul ni..
oh my cats ate my notes! heheh..
oh masih sempat saya mengejar kamu ye sarah :)
oh faaiqah! i don't know how but i think i have the ability to catch people in the act.. heheh..
cik ati also used to intai me as an anon but as soon as she dropped a comment in my blog, i addressed her by her name in my reply (just like i did to faaiq).. hahah.. caught in the act (of menyekodeng)..
nothing extra-ordinary, but being observant, i could tell who is who by just familiarizing myself with their style of putting up sentences.. itu je :)
oh i should call it a day.. it's my 'night time activity' slot now :)
happy revising!
Dr. Am:
I think i know how u found it out. 1) sbb kamu detect guna visitors counter tu. huhu. so bleh tau IP comp n internet server sekali dgn negara org tu (sbb sy pun buat mcm tu). 2)sbb bila dh tau dia dr mesir, n i so many times had mentioned in my entries about my bestfren who currently is in cairo. plus, maybe the link where she was connected to ur blog thru my blog, so 'quite' obviously that is she.
tp sy sndiri yg baca komen pagi2 td pun mcm dh teragak itu faiq.
faiq, jgn mara na. cek bukan berkomplot sama dr. am. kami hv the ability to catch people in the act. weehee..
selamat beraktiviti malam. (baru sat td sy mcm nak terkong jgk. nasib baik dh ada dlm bilik n ada rumet skali time tu..adui..semoga kita dikuatkan allah ye)
hahak. banyak ahli nujum ni! bahaya. ha ha ha.
lupa! gd lux sarah. :)
untuk nurul jugak :p
*lapar gila ni :(
Cik Ati:
baru bgn tido eh cik ati? kami bukan ahli nujum. cuma kami pandai tgkap org yg suka skodeng2 nih. tp sy pun slalu skodeng2 tmpat2 org, so zasss..layan..hikhik..
terpedih mata sy terkena percikan buih sabun lux cik ati. adui.
salam.
KS, kalau jadik PM nnti, jangan lupe saye. saye nak contract :D
ya Allah Sarah.. xdela sampai cek IP address org.. to be honest, x tercapai dek akalku nak buat semua tu.. sbb sy neh buta IT.. heheh..
u wanna know the truth? as i said, it's all about familiarity. let me explain..
i notice that most ppl hv their own style of saying things @ trademark..
as for faaiq:
1) she always starts her comment by saying 'salam' followed by 2 dots :)
2) she lovesss to use the same emoticons which make her stand out among the crowd (maknanya uniquely hers) i.e. :-D, ^_^, (^^,)
3)her distinct 'laugh' i.e. hihi. x ramai org gelak hihi skrg.. heheh.. and for the record, cik ati gelak ha ha ha & he he he, which is uniquely hers :) (besides oh oh! sungguh!) heheh..
4)faaiq calls me Dr. Am, which only u ever call me that.. and it makes me wonder that this 'anon' could be someone who 'followed' me from ur blog.. dan mmg betul.. heheh..
5) i see the connection betw u, cik ati and her and noticed her 'existence' some time ago in cik ati's blog as ~nurul~ and in urs as sfifqh.. and the rest is history :)
oh Sarah.. i think i just made myself sound like a psycho @ freak @ stalker of some sort.. i think i need to stop scrutinizing ppl.. heheh..
but Sarah, if it were u who's 'disguising', i wouldn't be able to detect.. coz u seem to lack identity.. i mean, Sarah punya style of writing.. i could be fooled easily if u were the one skodenging :)
Alif:
ks x mau jd PM. jd seorg pemimpin tu sebelah kakinya ada di syurga, sebelah lg dah dalam neraka. jd kena sangat bertanggungjawab dan adil.
Dr. Am:
A long explanation with enough evidences. as for points 1),2), 3) and 4), I do realize too. as for point 5), its obviously I knew thats her initial.
U dont sound psycho or freak, but seriously a good observer. even u noticed about my next number of entry.
i never disguised since there's no point to do so. alamak. im lack of identity? hmm.. maybe some who know me well know what is specific for me.later u might familiarize urself with it too, i guess.
oh, from a small simple topic, up till now, we have brought it up like a professional subject to talk about. complete with evidences. adui :)
heheh.. biasalah.. evidence-based learning.. lgpun we r trained to hv a high index of suspicion.. it helps in making good diagnoses :)
yup. we are trained so. and we applied it here. its applicable everywhere huh? =p
thank u KS. insaf insaf...
utk ingatan bersama alif..
mmm...tentang mimpi...tepuk dada tanya selera. kan?
Betul tu. Sbb mimpi tu mainan syaitan...
si bintang tiba mentaburkan stardust
eyh eyh !
tertipuk la.hakhak!
bukan niat sy nak menipu tau ryn.
sekadar kongsi mimpi yg boleh kita ponder for a while.
sonotnya dia balik cuti eh. kata nak belajar hidup tanpa internet.
hikhik. ryn x berjaya!
ceittt...
che' tetipu ngan hang pnya post..
sabaq ja la ngan hang neh.
Post a Comment