Tuesday, June 12, 2007

Hari Buat Abang Khairil






Assalamualaikum wbt

Khas buat


Abang Khairil Idham Ismail @ KI

(5th Year in RSMU)

Selamat Hari Lahir ke-23

“Sarah, jangan pusing pen tu kat jari boleh tak? Nampak macam tak serius la”, sesedap mulut saja Khairil menegur Sarah, pembahas pelapis dalam pasukan itu. Kalau tak kerana hormat, hendak saja si Sarah membalas semula “Yang awak tu pusing takpe pulak?” Geramnya hanya TUHAN saja yang tahu. Ada ke patut dia tegur macam tu?”, rungut Sarah di dalam hati. Sebaik terpandang akan keseriusan Kak Najah, Kak Ju, Abang Fairuz, Khaliz, Nasim dan Ainur, Sarah segera membuang perasaan geram itu jauh-jauh. ”Lantak awakla Abang Khairil. Asal awak tak malukan saya sudah”, putus Sarah akhirnya.

Abang Khairil,

Ingat lagi tak insiden ni? Yang saya telah sematkan semula di dalam cerpen famili bahas kita. Insiden yang menyebabkan saya sangat sakit hati dengan Abang Khairil satu masa dulu. Hampir setahun saya mendinginkan diri daripada bertegur sapa. Siap memberi jolokan Abang Senget kepada Abang Khairil. Ini semua hasil sepakat Ainur dan saya.

Setahun menghilang, lalu Allah temukan semula kita di Moscow. Dimulai dengan rasa kekok dan kurang selesa kerana diam dan gaduh yang lama, akhirnya, di malam bulan Ramadhan 2003 kita bermaafan. Terasa lucu tapi inilah permulaan saya semakin mengenali dan menyanjung Abang Khairil sebagai seorang abang yang sangat prihatin dan baik hati.

Teringat dulu, sewaktu tahun pertama saya di sini, Abang Khairil sentiasa menjadi penasihat terbaik. Baik hal-hal pelajaran sehinggalah menjadi konsultan masalah peribadi. Terima kasih sangat-sangat. Sampaikan saya menjadi peminjam setia simcard milik Machi kerana skim Ultra Light yang digunakannya membolehkan panggilan dibuat dengan percuma. Ada saja masalah atau gosip yang hendak kita bincangkan, Machilah yang menjadi mangsa saya. Oh, mangsa kita setepatnya.

Oh, tiga tahun yang lalu, pada tarikh ini, kita ke Gorky Park. Sangat gembira. Sepanjang setahun saya menetap di Moscow, masih belum pernah saya ke sana. Walaupun cuaca sangat panas pada waktu itu, tapi kita betul-betul berjaya menjadi kanak-kanak gembira dengan jayanya.

Pernah dulu saya demam di penghujung musim sejuk 2004 dan Abang Khairil menemankan Eza dan Davina mengambil parcel di sebuah pejabat pos pada hari itu. Sebaik mereka pulang, ada ubat disertakan sekali. Terharunya saya. Menyesal dulu selalu mengutuk Abang Khairil dalam diam ketika di sekolah di zaman tok kaduk kita.

Sewaktu saya dalam tahun ketiga di sini, terlalu banyak masalah menimpa ketika saya tinggal di luar. Terlalu banyak. Pernah pada satu malam sedang saya menangis berseorangan di rumah, saya mendapat panggilan mengejut daripada Abang Khairil. Malu untuk mengaku tapi Abang Khairil selalu saja tahu apa yang terjadi dengan setepat dan secepatnya. Rasa bersalah kerana membebankan Abang Khairil dengan masalah saya pula. Sedangkan pada masa yang sama, saya tahu Abang Khairil sendiri berdepan dengan masalah peribadi yang tak kurang besarnya.

Kalau ada yang bertanya, siapakah best buddy saya di Moscow, jawapan saya tiada yang lain melainkan nama 'KI'. Saya yakin, andai ada yang tidak tahu usul cerita, mungkin ada yang sangka KS dan KI adalah adik beradik yang sebenar. Ya. Kita adik beradik di dalam satu keluarga yang kecil tapi gembira. Keluarga yang sedikit tapi meriah. Itulah Famili Bahas KISAS 00-01-02.

Setahun dari sekarang, Abang Khairil akan meninggalkan saya seorang di sini. Dulu pernah saya terfikir 'Owh, saya akan kehilangan seorang buddy. Saya akan tinggal sendiri di sini.' Tapi saya betulkan minda. Itu jalan kehidupan yang perlu ditempuh oleh Abang Khairil. Dia akan pulang bergelar Dr. Idham. Dia akan pulang menjalankan tanggung jawab. Dan saya di sini akan sentiasa mengirimkan doa agar dia dapat menempuh kehidupan alam pekerjaan dengan lapangnya. Agar tersimpang jauh daripada apa yang digusarkannya, seperti yang selalu diluahkannya.

Abang Khairil,

Saya tahu saya bukanlah insan terbaik yang sentiasa boleh membantu menyelesaikan masalah yang ada. Dan saya juga bukanlah adik yang sentiasa punya masa untuk mendengar permasalahan yang kerap timbul kebelakangan ini dek kekangan kesibukan yang tak henti-henti membebani saya. Tapi saya nak Abang Khairil tahu yang saya akan selamanya menjadi penyimpan mohor besar rahsia-rahsia yang ada dan akan menjadi adik yang sentiasa memahami walau tak selalu ada. Teruskan berkarya dengan foto-foto kamu tu ye. Sungguhpun saya tak pernah mengkhabari, tapi saya merupakan peminat nombor satu The Young Venturer Photography. Jangan berhenti bergiat. Andai nanti kita jauh, hanya 'dunia' Abang Khairil itu tempat saya boleh mengintai berita terkini dari tanah air.

Pada hari ini, saya panjatkan doa kehadrat ilahi. Memohon agar Abang Khairil dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dikurniakan kesihatan yang baik dan jalan hidup yang mudah lagi diberkati. Dibijakkan akal dan diterangkan dada dengan ilmu yang diredhai. Dihadiahkan isteri yang solehah dan anak-anak penyejuk jiwa sebagai saham di akhirat nanti. Walaupun doa saya ini saban tahun berulangnya buat Abang Khairil, tapi akan tetap saya doakan kerana inilah yang dihajati oleh Abang Khairil sendiri. Amin Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Hari Lahir yang ke-23. Semoga Young Venturer ini akan sentiasa muda di hati dan jiwa.

Dekat tapi jauh,
Sarah (MMA),
House No. 16, Room 205,
Malaya Piragovskaya Street,
Moscow.

_______________________________________________

Hari buat dia:

HARI BUAT DIA DIBERHENTIKAN SEKETIKA KERANA HARI INI HARI KHAS BUAT ABANG KHAIRIL (^^,)

24 comments:

sarahss said...

kalau saye jadik KI mesti saye terharu sangat-sangat~~

Anonymous said...

words so special and true, yet words cannot describe the thanks I have for you ..

THANK YOU

p/s:
1. aaa..curi gambar..curi la gambar2 yang latest work kut ye pun .. hehehe =)ni dulu kala punya ni ..

2. Berapa kali dah main ulang2 lagu bayu ni ups, lagu amar ni .. (mesti terbatuk2 dah kuammar)

13may said...

selamat selamat:)

Shazwani Adnan said...

happy birthday untuk khairil idham ismail. moga2 hidup sentiasa diberkati Allah dan menjadi doktor yang sentiasa hatinya bersama Islam..
p/s: kalau nak nyanyi lagu happy birthday, sila nyanyi sendiri sbb pitch sy terlalu tinggi sehingga mampu membuat org tutup telinga!

LadyTiz said...

whoa... pnjngnya entri buat sahabat terbaik...

selamat hari lahir!!!

moga hari2 mendtg lebih bahagia dunia dan akhirat!!

Sunan_Jati said...

selamat selamat:)

Sarah Mohd Shukor said...

Sarah:
disebabkan ks bukan ki, yg boleh ks kata, ni masih belum cukup utk ks bgtau betapa ks sgt2 berterima kasih kpd ki sbb dia sllu ada thru think n thin.

Abg Khairil:
words so special and true, yet words cannot describe the thanks I have for you too..

happy birthday! thn ni tak sempat utk jumpa b4 balik. tp doanya abg x nano nano. hihih.

1. gmbr2 yg sy curi ni, semuanya mmg favorite sy ni. lg lama, lg berharga la abg khairil. esply yg autumn tree tu n gmbr abg dgn that lil boy. dh boleh jd ayah dh ni. cepat2. jgn lupa kad utk sy nnti :D sbnarnye sy nk letak gmbr wkt d gorky park dulu tu, tp gmbr tu dh x de dlm collection sy. sayangnya...

2. sy x tau mcm mana nk gmbrkn how precious u r. tp sy dpt rasa nasyid ni dpt ceritakn. wlupun x byk, tp sikit dh smpai maksudnya.

Sarah Mohd Shukor said...

May:
on his behalf, thnks a lot :)

Wani:
ks on ki's behalf, terima kasih byk2. part nyanyi tu, ks rasa ramai dh kwn2 dia nyanyikn utk dia kt hostel. betul x abg khairil?

Thirah:
entry yg panjang ni x dpt ganti nilai 6 thn kenal. (dgn doa x masam2 muka mcm dulu dh!). on his behalf, thank u thirah.

Sunan:
Again, on his behalf, terima kasih byk2.

MakcikMuda said...

si bintang tiba mentaburkan stardust

waah ! untungnye jejaka bnama khairil itu.

doa2 yang baik2 dan terbaik dr ryn utk si dia itu.

:)

Anak Singa said...

salam ziarah. ada orang pernah berpesan pada saya; "jangan terlalu benci seseorang, nanti jadi sayang" XD. selamat hari lahir utk abang KS. moga panjang umur, murah rezeki :D

Anonymous said...

assalamualaikum

abg khairil tu abg idham m2 tu ke? yg selalu bawak kamera tu? lor. baru tau. wkt mula2 kenal ks di embsy dulu, ingatkan ks mmg adik beradik dia pon. tp bila dah tau banyak psl ks & ppim, baru tau bukan adik beradik. nama je lbey krg. hepi bestday utk abg khairil/abg idham m2/ki. byk gile name yek

Anonymous said...

happy birthday buat KI,
.. jaga abng KI elok elok ye... jadi la yg terbaik buat abang ki.
doa saya kirim kan buat kamu berdua. salam

Sarah Mohd Shukor said...

Ryn
awk panggil dia jejaka? mcm kelakar pulak ryn. woh.dia mmg abg yg sgt baik.nak borang x ryn boleh nnt sy pggil kak ryn. muehehehe :D

Alif:
owh..nasib baik dulu ks x benci ki..*ks gelak mengekek-ngekek ni*

jgn buat kesimpulan lain eh. kamu ni mmg cepat je. u know him 1st, then u'l agree wit me

Jr M1:
ks mewakili abg khairil yg byk nama tu mengucapkn trima kasih. dan mmg benar kami bukan adi beradik. adui. nama tu kebetulan je.sungguh.

Sarah Mohd Shukor said...

Anon:
tersedih pulak baca komen kamu. ks rasa ki boleh jaga diri. jd ks pun sllu doa je smoga dia baik2 n sehat2 sllu :) trma kasih krn kirimkn doa utk sy juga ;)

Unknown said...

to Idham,

A very happy birthday to you...
dis is da day u've grown up from 365 days before
da day where u shall be held more responsible for ur decision n action.
and last
da day u become stronger ... much stronger from the past..

my wish on ur birthday (taken from rascal flatt)which i really admire n like da most:

I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

But more than anything, more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.

But more than anything, yeah, and more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

This is my wish
I hope you know somebody loves you
May all your dreams stay big


XXX

adi said...

um, sy ucap selamat kt idham... w'pun kt blog org lain, tp sbb entry ni khas utk idham, jd...

oh, kita x sempat kenal betul2 hari tu (ingat x saiful dr jerman, yg dtg ms akhir april tu). i would say... you're a good person, and an excellent photographer.. n u would make a great doctor.

xleh puji lbh2 sgt ni, heh... pape pun terima kasih atas lynn spnjg kitorg kt moscow aritu.

so'od said...

salam kembali :)

alhamdulillah a year has passed.. x lama lagi bertambah lah doktor2 kat malaysia.. topup byk2.. ganti yg dah expired2.. heheh..

Sarah Mohd Shukor said...

Abg Wan:
here u are. eh, i like ur lines. very much. bday sy x ucap mcm ni pun eh. oilih kasih pd adik2 nih. x aci betul :p

Adilin:
sy yakin dia ingt awk. on his behalf, terima kasih ye adilin. u too. u'll make a great name in d future insya allah.

Dr. Am:
salam. gembira kamu dh kembali. serentak pulak komen kali ni. hmm. mcm mana pulak klu yg baru tu pun invalid x lama lepas tu? apa2pun, happy dr. am dh kembali :) teruskn jaga diri kamu.

Anonymous said...

oh oh.

minggu ni sarah balik malaya kan?
selamat pulang. jaga kesihatan baek baek. menghitung hari nurul balik untuk masak. ha ha ha.

cik doktor. cik ati amatlah kemalasan. sungguh! apakah ubat paling mujarab sekarang ni? hui hui hui...

eh lari topik. selamat hari lahir untuk si penyambut harii lahir tu :)

Sarah Mohd Shukor said...

Cik Ati:
sy smpai pg awal pg sabtu insya allah. jom kita hitung hari tunggu nurul balik sama2.

ubat utk x malas:
senaman kasi segar badan n lepas tu berusahalah menyiapkn apa2 sj kerja yg ada!

bg pihak abg khairil, terima kasih byk2 :)

ainishamsi said...

saye x knal pon sape abg ki nih. tp entry nih comel.hehehe

Anak Singa said...

Salam kembali,

Mana ada saya buat apa2 kesimpulan KS...

Eh eh, cik ainishamsi, apa kamu buat kat sini? Buku biotech kamu memanggil2. Hehe..

Sarah Mohd Shukor said...

Aini:
comel eh? ks pun suka :) tp x tau la ki suka ke x.. *wondering*

Alif:
iya la. iya la.
uiks. biarla aini nak berjalan2 kt sini. hihii.

Anonymous said...

terima kasih banyak-banyak!
moga Allah memayungi kalian dengan rahmat , kasih sayang , nikmat dan sebagainya.Amin.