Assalamualaikum wbt
Empat hari lepas, emak menelefon saya kerana saya demam pada waktu itu. Rasa bersemangat selepas mendengar suara emak. Gembira.
Tiga hari lepas, dapat keputusan yang bagus untuk Obstetrics. Selepas hampir dua minggu hidup hanya bertemankan buku-buku, keputusan kali ini benar-benar memuaskan hati. Alhamdulillah. Gembira lagi.
Dua hari lepas, selepas menyelak-nyelak nota-nota tulisan tangan yang saya sediakan untuk Therapy, boleh dikatakan hampir 70% saya sudah sedia. Walaupun saya rasa masa amat suntuk sebenarnya, tapi saya tahu saya pasti sempat untuk mengulangkaji kesemuanya. Malamnya, mendapat panggilan daripada Abang Khairil. Selepas mendengar sedikit nasihat, terasa seperti telah mendapat semula semangat. Gembira juga.
Semalam, mendengar khabaran terkini pemimpin negara kita. Sudah rezekinya akan berumah tangga kali kedua. Dan semalam juga kualiti masa dirasakan sangat berharga. Hampir 100% saya gunakan dengan sebaiknya. Dan semalam juga, ada beberapa orang kawan yang gembira dengan alasan tersendiri. Saya gembira kerana mereka semua gembira. Dan semalam Abang Wan menghubungi saya membuat kejutan mengkhabari saya bahawa dia telahpun tiba di Malaysia tiga minggu yang lalu. Terkejut tidak terkata. Tapi keriangan kerana akan berjumpanya cuti kali ini. Rindu pada Abang Wan akan terlerai. Gembira lagi.
Hari ini, saya menyudahkan exam Therapy dengan senyum yang lebar. Subjek yang sangat saya suka. Alhamdulillah keputusan yang bagus juga saya khabarkan buat emak ayah lewat SMS. Emak gembira dan mendoakan untuk dua lagi subjek yang berbaki. Gembira tidak terkata.
Dan di saat ini, saya sedang mengemas-ngemas meja belajar saya. Stateskop saya sangkutkan ke tempat biasa berhampiran lampu meja berwarna ungu yang tergantung. Dan kini saya sedang menyusun buku-buku tebal pelbagai disiplin perubatan untuk dipulangkan ke perpustakaan. Sudah lama tak ke sana. Dalam cuaca panas begini (musim panas telah bermula), saya jangkakan pasti penat yang sangat akan menemani kepulangan saya nanti. Tapi yang pasti, kepenatan itu akan terawat sebaik teringatkan seminggu dari tarikh ini, saya akan pulang ke Malaysia bertemu keluarga yang sangat dirindui. Gembira tidak terperi.
Dalam saya bergembira, masih ramai yang berduka. Dan dalam saya tersenyum, ada sesuatu yang saya rudum.
________________________________________________________________
Hari buat dia:
16) Absence makes the heart grows fonder.

16 comments:
good to hear about the exam result.
Agree with your last paragraph. Ada orang bergembira tatkala orang lain berdukacita. Di USA, ramai kanak2 yang menghadapi masalah kegemukan sedangkan di Afrika, ramai kanak2 yang kebuluran. Cukup pelik kan...
tahniah ks di atas result yang cemerlang tu :)
cuti stat bila sampai bile?
tersenyum panjang la anda sbb dah nampak bayangan malaysia, kite jauh lagi la... huhuhuh
duka n suka silih berganti dalam hidup :)
Hafiz:
Betul tu. Its all about the sociality n how they classified the world into 3 groups. Moga ada penyelesaiannya 1 hari nanti.
Hayyi:
terima kasih :) Cuti basically starts right after we finish exm. Thn ni kebetulan abis exm awal (13th). So 15th tu terus sy balik. n new sem akn start everyear on sept 1st melainkan klu 1st tu sabtu or ahad. sy balik sini semula on 31st insya allah. dapatla 2bulan lebih cuti-cuti msia :)
Hannan:
Sabar sabar. tarik nafas.. hembus.. then bukak buku, study dulu :D all the best for all 3 papers! then baru fikir/berangan pasal balik ok :)
Hayyi:
Betul tu. mcm roda. baru je hari tu sy rasa mcm moody. tp sekelip mata allah gantikan dgn benda2 yg happy2 je :)
oh oh!
tahniah sarah. :D
ehem ehem. dah nak balik malaya ek. wah wah wah. boleh la kita blind date nanti ek :D
ada orang tu dah offer nak belanja makan. lalalalala~ berbunga-bunga hati cik ati. [tengah sengeh tak cukup pipi ni]. hahak.
jaga diri. berusahalah :)
ok sampai malaysia bagitau.. leh aku amikkan .. heheheheh!
sunan_jati--> hhahaa..poyo tul sunan_jati nih.nyebok je keje :p
tahniah on ur result. moga cpt jd doktor. sy mahu menambah lg kenalan yg jd doktor, spy leh dpt rawatan yg 1st class nnt..keke. (tp ku tak nak la sakit,huhuhu, mintak simpang!)
alhamdulillah.. Allah kan Maha Adil..
Dia x bagi kita bersedih selamanya.. dan perlu ingat juga.. Dia x bagi kita kejayaan selamanya.. dan perlu ingat juga.. Dia x buat semua tu saja2.. only a chosen few r selected, for a reason :)
Cik Ati:
betul2..kita wajib blind date sambil makan free.. wajib wajib :D
Sunan:
apa sy nak kata kt mak ayah satgi? haha. "sape tu ngah?" "ahli sunan mak" :D terbatuk awk kt situ nnti ha..huhu
Hayad:
mintak jauhkan la dr apa2 sakit ye dayah.. amin..
Dr. Am:
betul tu.. Dia maha adil. dia tarik 1, dia ganti dgn yg lain.
result cemerlang. bagus..
nanti jadi doktor gemilang. alhamdulillah..
pastu rawatan FREE untuk saya ye.ohh terbilang!!!
salam..
semoga hari2 lain akan jd hari yg gembira buat ks..
gembira selepas duka amat bermakna
duka selepas gembira......??
sambung! tidak lebih 3 perkataan.. hehe..
Mudzil:
terima kasih..
amin..
insya allah..!
Wani:
tahniah wani dpt result best!!
oo..nak kena sambung ke?
hehe..
duka selepas gembira pasti ada hikmahnya.
:)
saya juga tumpang gembira :)
wawawa...ks dpt sambung!!tadi xde idea nk wt ape.. so, bagosla ks dh sambung.. betul!
duka selepas gembira pasti ada hikmahnya..
ade sape2 lagi nk sambung?? cam main teka silang kata la pulak
Mama Sarah:
saat gembira biar dikongsi bersama :)
Wani:
oo..td x tau nak tulis apa ke? hehe. ks plak terlebih benda dlm kepala ni. tu yg pakai tulis je tuh. huh. ada sape2 nak sambung jgk ke apa wani tulis tuh?
Post a Comment