Friday, April 27, 2007

Al-Mukmin Bumi Kenangan (Selingan)


Salam wbt


Di tengah-tengah malam ini, saya terkenangkan sekolah lama dulu. Sekolah Rendah Agama Al-Mukmin namanya. Kini telah ditukar menjadi Pusat Pengajian Al-Mukmin (PPAM). Sebuah sekolah swasta di Temerloh, Pahang. Kesemua adik beradik saya bersekolah di sini. Kakak saya merupakan generasi pertama sekolah ini, diikuti oleh saya sebagai generasi kedua dan adik saya Nan dalam lapisan yang ketiga. Adik Aiman yang kini berada dalam darjah tiga saya kira merupakan generasi ke 15 dalam keluarga PPAM. Kini umur Al-Mukmin hampir mencecah 18 tahun.

Di sini saya lampirkan bersama nasyid rasmi sekolah. Terima kasih kepada Kak Tikah kerana menjadi sumber lirik nasyid sekolah yang telah banyak yang saya terlupa kini.

Nasyid yang pertama ini saya gelarkan Di sini Kami Berkumpul. Sebenarnya tajuknya adalah Anak Soleh. Sesuka hati saya saja hendak menukarnya. Tapi inilah perangai budak-budak. Apa yang mudah diingati, itulah yang disebutnya berulang kali.


Di sini kami berkumpul
Sama dalam pengajian
Kami belajar membaca menulis
Semoga Allah berkati

Kami belajar membaca menulis

Semoga Allah berkati
Ilmu itu jadi cahaya
Menerangi hati yang buta
Pembela rohani akhlak mulia
Marilah kita suburkannya
Anak yang soleh jiwanya bersih
Menjauhi .......
..................
..................


Dua baris terakhir sudah tidak teringat lagi. Puas saya memerah otak tapi tetap tidak berhasil.

*************

Al-Mukmin, Al-Mukmin, Al-Mukmin
Padamu harapan ummah dan agama
Engkaulah cahaya alam
Hidayatmu menyinari kelam
Engkau ibarat pelita
Menyinari gelap gelita
Engkau pejuang yang unggul
Penegak manhaj yang syumul
Engkaulah benteng suci
Pembela hidayah ilahi
.....................
.....................

Rangkap yang seterusnya juga telah saya lupa. Terasa bersalah kerana telah melupai nasyid yang banyak telah menjadikan saya Sarah yang sekarang.

Untuk pengetahuan semua, di bumi Al-Mukminlah tempat saya belajar menjadi Sarah yang sekarang. Di sinilah saya mula diketengahkan dalam bidang perbahasan ketika berada dalam darjah lima. Guru bahas saya yang pertama adalah Ustazah Norlida (di mana Ustazah sekarang ye?). Dan pengalaman pertama yang melibatkan saya beraksi di atas pentas adalah pertandingan bercerita ketika darjah dua. Dan
ketika darjah lima saya menang di peringkat daerah untuk mewakili Temerloh ke peringkat negeri dalam pertandingan bercerita. Namun disebabkan Al-Mukmin merupakan sebuah sekolah swasta, kelayakan saya ditarik balik. Menurut mulut-mulut yang saya dengar, alasan mereka adalah pelajar di sekolah swasta pastinya mendapat latihan dan bimbingan yang lebih sempurna dan intensif berbanding sekolah harian biasa. Sungguh saya terkilan dengan hal yang dibangkitkan ini. Teks cerita itu saya karang sendiri 100% dan saya berlatih sendiri di rumah. Cuma dua hari sebelum hari pertandingan, baru saya dipanggil untuk malalui sesi latihan bersama wakil-wakil sekolah yang lain pada waktu itu. Saya mangsa keadaan! Sedih...

Dulu saya tidak tahu dalam kategori apakah saya. Baik. Nakal. Pendiam. Atau apa-apa saja yang lain. Tapi saya masih ingat. Saya dan dua orang lagi kawan baik saya dari darjah satu hingga ke darjah enam agak 'nakal' jika kami bertiga bertemu mata dan berborak bersama. Ketiga-tiga kami merupakan pengawas sekolah pada ketika itu. Kami menamakan guru-guru tertentu dengan nama yang istimewa. Sebagai contoh, Ustaz Ariffin kami namakan Ryan (kerana rupanya yang kacak), Ustazah Ainirinazila kami namakan Aini Singa Gila (kerana kegarangannya yang dahsyat) dan Makcik kantin sebagai
Telinga Keling. Sangat dahsyat kan saya dulu? Tapi nama-nama ini hanya kami bertiga yang tahu. Dan kini saya berkongsi dengan anda semua. Tapi mungkin juga kakak saya tahu akan hal ini seandainya diari saya pernah dibacanya!

Sebagai tribusi, saya tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat barisan guru-guru Al-Mukmin yang sempat saya mengutip ilmu dan permata daripada mereka. Terutamanya buat Ustaz Aris, Ustaz Ibrahim, Ustaz Osman, Ustazah Hasyimah, Ustazah Hamdah, Ustazah Selamah, Ustazah Robiah, Ustazah Zalizan, Ustazah No
riza, Ustazah Norlida, Ustazah Rodziah, Ustazah Maya, Ustazah Aini, Ustazah Hasfanizah, Ustaz Mustaffa Haiyyuddin, Ustaz Nabi (berasal dari Sudan jika tidak silap), Ustaz Putih (sudah lupa namanya, berasal dari Jordan jika tidak silap) dan yang lain-lain. Terima kasih tidak terhingga. Kerana jasa kalian, saya menjadi Sarah yang sekarang.

Buat Ustazah Hasfanizah, thanks a lot for teaching me to be a good speaker. Your words rewarding me for the 'record' I've left back in Al-Mukmin
will always be my soul-refiller. Because of you, I always bare in mind that I must have always maintained it forever. Syukran jazakillahu khairan kathira Ya Ustazah.


8 comments:

Anak Singa said...

salam kak sarah,

this entry reminds me of those good old days. nantikan kemunculan entry tentang kehidupan sbg student di SRA Ehya' Al-Falah, biiznillah :)

xanda said...

nasyid asal sekolah tu dah di nyanyikan semula oleh AE-MAN.. nanti kita cari kaset dia ;)

Da' gReaT said...

Owh,now i noe why dont u tell me b4..
soalan ari tu terjawab dalam en3 ni...
but still one more thing u keep it.tak suspen katanyer..pasal 'kisah hitam' darjah2 tu..

~semua soklan terjawab in "mY woRld"~ =P

sarahss said...

kak sarah..xde gambar2 terbaru skolah rendah akak ke? kalau ade gambarnye mesti lagi sronok...saye pernah pergi skolah akak (KISAS) time nadwah 2002 dulu...besar skolah tu kan..hehe

Sarah Mohd Shukor said...

Salam,

1)Alif:

tulis! jangan tak tulis! nak jugak akak tau. sbb tak ramai yg sekolah agama swasta mcm kita ni kan.

2)Nan:

oo yeke? nanti ngah cari di internet.

3)Dzulqarnain:

Bukan sengaja nak berahsia. tapi sengaja je tak mahu bagitahu hari tu. yg pasal kisah hitam tu, nantikan 1 may ni ye ;)

4)Sarah:

gambarnya ada. tp takde yg latest. ooo kamu datang nadwah tahun 2002 ye? wkt tu akak ada jd ajk. yup.kisas memang besar. tak larat merayap 1 sekolah tu. hehe. sekarang tiba2 rasa rugi sbb dulu tak explore abis sampai ke padang kat belakang tu.

Anonymous said...

hoho my lovely skol. kat situ la tempat kite belajar jadi manusia kan ngah....hehehe

Sarah Mohd Shukor said...

haah kan long. n kat situla byk benda yg dh jd yg kita x kn lupa sampai bila2.

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

kejam n nakal jugak kamu mase skola..yg pelik, biasenye lelaki jer main gelar2 neh..
heish